Hai. Sebagai jobhunters, ramai yang terdesak untuk cari kerja malah sanggup terima je apa pun kerja yang nampak menarik tanpa mengetahui latar belakang company terbabit. Aku salah sorang mangsa penipuan kerja di Jobstreet. Sape expect dekat jobstreet pun banyak scam?
Meh aku kongsi pengalaman aku kena tipu. Empat kali aku kena tipu dengan tawaran kerja kat jobstreet weh. First kerja aku apply sebab kerja tu memang bidang aku. Gaji pun ok, 2.5k untuk freshie lepasan degree kira nice la kan. Then yang apply pun ramai, more than 300++. Pastu tetiba aku dapat call yang aku dijemput untuk interview. Wahh excited babe. Walaupun jarak nak ke interview tu memakan masa lebih 8 jam tapi aku sanggup sebab yelah excited kot dapat interview.
Sampai je office, aku disuruh isi borang segala bagai. Then tunggu dipanggil untuk interview. Masuk je bilik interview, interviewer tu bagitau aku. ‘Unfortunately position that you applied is no more available because we have selected the final candidate., but we are interested to offer you another position which is blabla with salary RM1.1 K”. What the f**? Kau dah finalize candidate buat apa lagi panggil aku interview bong*k? Memang aku maki je dalam hati. Ingat rumah aku sejengkal ke dengan office kau?
Aku nak datang interview tu bukannya free, kena keluar banyak duit. Alih-alih senang je kau cakap position tu dah diisi. Pastu kau nak offer aku position mengarut yang langsung takde kaitan dengan bidang aku, dah la position tu requirement spm je. Kau ingat aku datang jauh-jauh semata mata untuk mintak kerja lulusan spm yang bukan bidang aku tu ke? Kalau memang itu kerja yang aku nak dah lama la aku apply vodooo ! Hahh marah betul aku masa tu.
Aku check kat jobstreet, nak tengok betul ke application utk kerja tu dah closed. Tapi, masih active ! Gila ! Sah sah aku kena kencing. Pulak tu expired dia bulan mei nanti. Lambat lagi tu. Yang apply pun makin ramai. Vodo. Yang kelakar nya dia tak habis habis pujuk aku terima job tu. Tapi sorry aku decline mentah mentah.
Nampak sangat company ni terdesak nak pakai staff tapi mislead position dengan position lain. Aku rugi dekat RM1k semata2 nak datang interview ni sebab kira kos perjalanan, kos bermalam & kos makan minum. Dah la aku bermalam 3 malam, aku datang awal sehari dan balik lewat sehari sebab tak nak rushing sgt balik terus. Penat la balik hari. Wasted. Perjalanan lebih 8 jam kot
Kali kedua kena tipu bila aku dipanggil interview untuk kerja bidang aku jugak. Kali ni gaji tinggi, 3k untuk new entry. Aku excited once again. Company ni pun top company. Then aku pergilah interview ni. Masuk je bilik interview, sesi temuduga berjalan lancar. Penemuduga nampak professional dan aku pun happy dengan conversation kitorang yang ada 2 way communication. Tapi, at the end kau tahu dia cakap apa? “Actually we dont have no more vacancy but we will try to absorb you for intern.”.
AGAIN ! Modus operandi sama macam kes penipuan pertama tadi. Yang kelakarnya aku ditawarkan untuk jadi intern dengan gaji RM 600 sebulan ! Jauh gila beza gaji 3k dengan 600 tu. Keluar je interview aku menangis. Kalau kau memang takde position kosong apa jadahnya kau iklan kat jobstreet pastu panggil aku interview? Cakap jelah nak pakai intern dari awak. Ni pun mislead jugak. Aku tertekan teruk. Kali ni pun habis duit jugak. Habis duit perjalanan pergi balik & duit makan. Nasib tak jauh sangat jarak.
Kali ketiga kena tipu, aku dapat interview kerja dalam bidang jugak, dekat top company jugak di negeri yang jauhnya 6 jam dari tempat aku. Pun sama, aku kena bermalam sebab interview kul 8 pagi. Aku datang awal sehari so terpaksa stay kat hotel bajet semalam. Datang je office dia, aku disuruh isi borang dan bagi semua salinan sijil. Pastu bila tiba time untuk interview, boleh pulak HR cakap “sorry sekarang orang yang nak interview tu takde pulak. Dia ada di luar kawasan.. Boleh tak datang balik esok?”.
Again aku bengang. Kau dah janji dengan aku suruh datang 8 pagi hari ni sebab ni masa yang kau tetapkan pastu tiba2 kau nak cancel interview ni dan suruh aku datang esok? Omg kau ingat rumah aku belakang office kau ke? Kau ingat aku datang sini pakai air liur ke? Mana aku nak cekau duit untuk bermalam malam ni,? Duit cukup cukup je untuk aku survive sampai hari ni je. Again aku kecewa.
Dah 3 kali kena tipu, aku still tak give up. Aku cari lagi kerja di jobstreet. Kenapa jobstreet je? Sebab aku trust jobstreet more than other website. Website lain aku pernah kena tipu jugak, lagi teruk sebab melibatkan scam & penipuan versi lain. Malas nak citer sebab akan jadi panjang. Kalau rajin aku citer buat topik baru.
Kali ke empat aku apply kerja, aku pun dipanggil sesi interview jugak. Yang kelakarnya position aku mintak ni sama je cuma job description berubah dari yang dipapar di jobstreet. Basic salary kat jobstreet lain tapi yang diberitahu lainn pulak ..entah celah mana tiba2 aku kena buat sales. Kalau ada sale baru dpt komisyen kalau tak gaji basic cuma 1k padahal kat jobstreet indah khabar dari rupa. Wasted again.
Last sekali aku give up nak cari kerja di jobstreet. Aku fikir jobstreet my last choice la sebab aku dah give up dgn web dan apps keje lain yang penuh dgn scam. Tapi jobstreet pun sama je. Ni belum aku citer tentang maklumat aku disalahguna dan sebagainya. Hmm.
Okey sekarang aku buat bisnes sendiri je. Bisnes kecil je tapi yang penting bisnes aku takde risiko ditipu. Kepada yang cari kerja, hati2. Anda mungkin ditipu. Chow.
– Hana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit