Hi, Asalamualaikum semua, saya ada terbaca berkenaan dengan ‘pengalaman ditipu kerja di Jobstreet’ (https://iiumc.com/pengalaman-kena-tipu-kerja-di-jobstreet/), oleh seorang confessor. Saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya ditipu kerja tetapi bukan dari jobstreet. Harap semua berhati-hati dalam memilih pekerjaan, takut terkena dengan scammer.
Pengalaman saya terjadi sekitar tahun 2015, ketika itu saya merupakan lulusan diploma yang melepaskan jawatan sebagai account assistant dari 1 company ternama di Malaysia kerana stress dengan bebanan kerja. Bermula lah hari2 saya yang malang. Saya try hard untuk mencari kerja dalam masa terdekat. Saya search dekat internet, saya cari dekat newspaper, call sana sini untuk bertanya kekosongan kerja, akhirnya saya dipanggil untuk pergi interview di sebuah menara di Bangsar.
Silapnya masa saya search pasal company tu.. langsung tak ada maklumat dari pakcik google, memandangkan saya dh terdesak untuk dapatkan kerja saya mencuba nasib. Sewaktu sesi interview berlangsung, tak ada apa-apa yang pelik , segalanya nampak normal. Oh ya, menara ini agak usang, maybe pembaca yang stay dibangsar mungkin blh agak kt mana menara yang saya maksudkan.
Dalam perjalanan balik dengan ktm, saya dapat call dari company tersebut dan menyatakan saya diterima kerja disitu . Mereka meminta saya start kerja esok hari pukul 8 pagi. Jawatan yang ditawarkan ialah sebagai Admin assistant dengan gaji sebanyak Rm1800 . Waktu tu even gaji tak banyak dh cukup buat saya happy. So keesokkan nya dalam pukul 8 pagi, saya dah sampai pun ke company tersebut.
Mereka meminta saya untuk tunggu dan tunggu. Semakin lama tunggu semakin ramai yang datang. Saya dh terdetik dalam hati, takkan la ramai sangat nak pakai admin assistant sedangkan office tu bukan la besar pun, usang pulak tu. Jam menginjak ke pukul 10pagi, saya mula resah dan bertanya kepada receiptionist kenapa ramao sangat, receiptionist berpandangan sesama sendiri, dengan muka kerek mereka meminta saya untuk duduk semula dan tunggu dipanggil.
Saya tunggu dan tunggu lagi, dan saya nampak sekumpulan pekerja yang berpakaian santai lalu dihadapan saya. Tidak lama kemudian kami dipecahkan kepada beberapa group. Setiap group harus ikut ketua masing2 dan diberikan token lrt. Saya dah mula pelik. Kami beramai-ramai ikut ketua masing2 dan berpecah mengikut tempat berlainan.
Saya ditempatkan di lrt masjid jamek, sepanjang perjalanan menuju ke masjid jamek, saya diwash brain oleh pekerja2 yang nampak seperti org yang tidak berpelajaran konon nya untuk menjadi seorang admin, saya perlu bermula dari bawah iaitu menjadi seorang jurujual kerana hanya golongan atasan je yang dapat bekerja sebagai admin (betapa cetek dan peliknya pemikiran).
Saya turutkan saja kerana menyangka office ni banyak cawangan lain. Sesampainya di masjid jamek, kami berhenti di hadapan burger king. Rupa2nya barulah saya tau, pekerjaan yang saya akan lakukan bukan lah seorang admin tetapi jurujual kupon burgerking yang tiada gaji basic tetapi kalau banyak sales dapatlah Rm1200.
Saya rasa ditipu hidup2, dalam masa yang sama saya kesian dengan jurujual2 yang sebangsa dengan saya, diwash brain sampai begitu sekali sampai cakap susah nak jd seorang admin, perlu bermula dari bawah seolah2 jawatan admin tu sama macam jawatan manager. Saya xblh nak brain maksud tu. Saya dah mula marah2 kepada mereka sbb tak henti2 untuk wash brain saya.
Last2 saya mengambil keputusan untuk tinggalkan mereka kat situ dan berjalan balik menaiki lrt. Nasib baik lrt dekat je. Saya memang rasa menyesal dan saya jadikan pengajaran . Walau terdesak macam mana pun tlg search dulu berkaitan dengan company yang bakal diinterview. Duit masa tenaga terbuang macak tu je. Sekian terima kasih.
– TheLadyQ
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit