Aku dalam masalah sekarang ni. Aku tak tahu nak ceritakan kat siapa. Alkisah diceritakan awal tahun lepas ayah aku kantoi ada hubungan dengan perempuan lain. Sejak dari itu ayah dan mak aku selalu bergaduh on and off.
Apa yang ayah aku buat agak teruk jugak lah. Mula-mula ada hubungan sulit. Nak berpoligami bukan satu pilihan sebab perempuan tu selalu cabar ayah aku “takut bini” sebab nak suruh ceraikan.
Ayah aku ada dua biji rumah. Ayah aku bercadang nak halau mak aku keluar, sewakan rumah lama dan duduk di rumah baru dengan isteri baru. Kejam kan? Memang semua orang marahkan dia.
Selama setahun lebih, mereka bergaduh on and off. Sampai tahap bergusti cederakan sesama sendiri. Aku saksikan semuanya. Sampai tahap tahun lepas aku alami depresi, takut fikirkan apa jadi kalau mereka bercerai.
Aku selalu berfikir nak cederakan diri dan nak bunuh diri. Tapi aku kuatkan diri jugak lawan keinginan tu. Alhamdulillah sampai sekarang aku tak pernah tewas. Aku ubah mindset aku, kalau mereka ambil keputusan bercerai, aku kena hormati keputusan mereka.
Ada satu kali tu mereka dengan serius bercadang nak bercerai. Mereka jumpa dengan abang aku nak tanya dia pasal cadangan mereka tu.
Berdasarkan cerita mak aku, masa perjumpaan tu, abang aku boleh pulak cakap padan muka mak nak kahwin lain, dia ingat lagi. Jangan harap dia nak bela mak bila mak dan ayah dah bercerai.
Sejak itu dia jarakkan diri daripada semua ahli keluarga. Dia fed up, dah punya lama bergaduh takde nak selesaikan pun. (Abang aku memang dari dulu sangat nakal, mak selalu pukul dan paksa suruh belajar, sampai dia berjaya jadi orang sekarang ni.)
Aku selalu tanya abang aku, dia ada ke cakap camtu, dia cakap tidak. Bila tanya ayah aku, ayah aku pun kata tidak. Aik? Siapa cakap betul siapa tipu? Mak aku selalu ulang-ulang cerita ni dan selalu kata abang aku anak derhaka, sokong ayah buat salah, tak sokong dia.
Bila adik beradik mak aku nasihatkan mak aku, cukup-cukuplah, fikir positif ayah aku belum ceraikan lagi, belum kahwin dengan perempuan lain tu lagi. Ok kena maki hamun oleh mak aku. Dia kata sokong ayah aku.
Bila adik mak aku yang lain nasihatkan mak aku, kalau sakit hati sangat ambil tindakan, cerai lah. Mak aku suri rumah tak berkerja. Bercerai susah la dia nanti. Ok kena maki hamun juga oleh mak aku. Dia kata tak sokong dia.
Semua adik beradik mak aku, mak dia sendiri (nenek aku) pun dia maki, kata tak sokong dia.
Aku pun selalu kena maki kata tak sokong dia. Sedangkan aku lah yang banyak luangkan masa, pergi lewat ke pejabat pagi-pagi sebab waktu pagi lah dia selalu mengamuk dan keluarkan segala cerita buruk pasal abang aku, ayah aku, dan semua orang sekeliling dia. Aku lah yang duduk situ, tenangkan dia.
Dia selalu nak keluar rumah, aku yang memandu. Dia selalu nak pergi travel, aku habiskan cuti aku. Aku keluarkan duit aku belikan dia barang elektronik dan perkakas rumah nak bagi dia senang dan gembira. Tapi masih selalu kena maki tak sokong dia. Masih tak gembira juga. Tak guna.
Baru-baru ni abang aku pindah. Dia pindah tanpa bagitahu mak ayah aku. Aku pergi jumpa abang aku, suruh dia balik bagitahu dia pindah sebelum hari dia pindah.
Esoknya abang aku datang rumah, mak dan ayah takde kat rumah, mereka pergi ke mahkamah syariah untuk bicara kes masalah perkahwinan mereka (pada aku, akhirnya selepas 1.5 tahun mereka dapatkan jugak bantuan luar). Akhirnya, abang aku pindah tanpa bagitahu.
Pada hari abang aku pindah, aku pergi tolong. Dalam keadaan hari-hari mak aku asyik membebel marahkan abang aku, aku ambil keputusan untuk pergi tolong abang aku pindah secara rahsia. Dalam situasi dia hari-hari maki abang aku, takkan lah nak cakap aku pergi jumpa abang aku?
Pada aku, aku berkecuali. Mak dan abang aku punya gaduh itu antara korang berdua. Aku pergi sebab aku nak jaga hubungan dengan abang aku. Aku berahsia sebab aku nak jaga hubungan dengan mak aku.
Dua hari selepas tu, dia maki aku, kata dia tahu aku pergi jumpa. Dia kata aku belot, sokong abang aku untuk menghina dia dengan pindah tanpa beritahu.
Allahu.
Abang aku pun satu, kalau tak boleh balik jumpa apa salahnya telefon atau whatsapp? Aku tahu dia pun dah fedup, gaduh ni dah berlarutan terlalu lama, dah setahun setengah. Bila nak habis?
Aku tak tahu nak buat apa dah. Buat apa pun akan di-spin jadi salah. Aku syak mak aku dah terlalu depresi sampai dia jadi paranoid, dia anggap semua orang memusuhi dia, asyik fikir negatif dan nak bergaduh je. Takde langsung usaha atau niat nak elokkan keadaan. Fikir negatif dan marah je.
Maaflah kalau cerita aku tulis ni serabut, sebab kepala aku pun serabut jugak. Aku tak tahu nak buat apa. Aku mintak nasihat korang.
– Rashid
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit