Assalamualaikum semua. Saya tertarik dengan confession, Tanggangkah Aku? (https://iiumc.com/aku-si-tanggang/). Sesungguhnya, saya cukup kesian kepada confessor yang ramai adik beradik tetapi masing masing tak nak ambil tanggungjawap jaga mak ayah.
Saya ingin menegur anak anak lelaki khususnya bahawa sebelum berkahwin fahami bahawa tanggungjawab menjaga mak ayah tidak pernah putus hingga mak ayah masuk kubur. Berbeza dengan anak perempuan apabila telah berkahwin mereka agak terhad dalam perkara ini bergantung keizinan suami.
Ramai anak lelaki berkahwin hari ini ambil mudah perkara ini atas alasan perlu sara anak isteri. Kena pula jika dapat jenis bini yang hanya kahwin anak, tapi tidak dengan mak ayah. Jadilah keluarga berpisah pisah. Anak lelaki dan mak ayah.
Kaum isteri perlu faham batasan ini dalam menekan kehendak pada suami. Kedegilan kita untuk menjaga privasi keluarga sendiri semata, boleh membawa sebab suami sebagai anak lelaki jatuh sebagai derhaka. Ingat, apabila Allah Taala murka pada anak derhaka, kita satu keluarga anak anak kita juga tidak mustahil akan terima bala as sabat si suami telah derhakanya pada orang tua.
Dalam kes confessor, si ayah nampaknya kurang menyenangkan anak waktu muda. Tapi kita sebagai anak, had kita hanyalah berbakti padanya memenuhi tanggungjawap kita yang lahir sebagai ‘anak’. Dosa si ayah adalah antaranya dengan Tuhannya. Tak perlu kita berlebihan dalam had ini hingga kita menjatuhkan hukum si ayah patuh dihukum atas perkara lepas. Saya cuba faham yang keadaan cukup menyakitkan bagi anak yang punya si ayah macam tu.
Tapi adakah kita sama ingin menjadi manusia sama seperti ayah yang kita tak suka, kita bercakap kejahatan dan keburukan ayah depan anak dan isteri akhirnya anak akan ambil contoh. Anak tak perlu bakti pada orang tua, jika orang tua pernah buat dosa. Bayangkan contoh ini kita bagi pada anak. Saat kita tua, anak juga tidak mustahil akan ulang perkara sama kerana kita yang mengajar dia konsep layanan pada ayah yang berdosa.
seharusnya anak anak lelaki tunjukkan kebaikan ihsan sebagai anak, berbuat baik kepada orang tua biar apa pun mereka pernah buat. Nak pula dalam keadaan dia mungkin telah insaf dan uzur. Saya percaya Allah Taala melihat apa kesabaran kita dalam melayan karenah orang tua. Dan membuka rezeki seluasnya dalam kehidupan atas bakti susah payah kita menjaga orang tua. Keluarga juga akan dipermudahkan atas sabar kita menjaga orang tua.
Urusan berkaitan dengan mak ayah ni patut berhalus sangat, hatta nak kata ‘uh’ sahaja pun dalam Al Quran jelas sebut sudah jatuh ciri ciri anak derhaka. Allah tak sebut yang kita sebagai anak patut ‘punish’ mak ayah yang berdosa. Tapi Allah mendidik dalam surah Luqman perkara yang seorang anak soleh patut buat.
Isu ini membuka mata kita samada kita sebagai anak atau menantu bahawa mak ayah adalah perkara yang bukan kita buat main main. Si isteri sebagai menantu hari ini perlu buat sikap, merasa tidak cukup, atau dengki pada mak ayah si suami jika si suami berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Itu adalah hak yang dituntut.
Ramai lelaki hari ini menjadi derhaka hanya kerana menurut kehendak isteri atas alasan menanggung keluarga. Dan melepaskan tanggungjawap menjaga mak ayah kepada anak perempuan. Seolah olah hanya anak perempuan sahaja yang dilahirkan oleh mak ayah. Barangkali anak lelaki jenis macam ini terjadi sendiri dari benih karot dan keluar dari tanah gamaknya.
Kita seharusnya malu, kerana anak perempuan berkahwin kemampuannya atas izin suami. Selagimana si suami arahkan perkara yang tidak langgar syarak, maka wajib para isteri taat. Namun atas kasihnya pada mak ayah, dia menahan hati antara suami dan mak ayah. kamu anak lelaki dimana?
Dalam kes confessor, pihak suaminya telah mula ajukan rasa tidak selesa dan sudah kerap bergaduh. Confessor perlu fikir keutamaan dalam jaga kerukunan rumahtangganya juga. Melainkan dia dapat pujuk si suami agar redha untuk terima si ayah. Disini anak lelaki harus malu, melepaskan tanggungjawap ayah sendiri pada menantu lelaki sedangkan kita anak lelaki kandung masih hidup. cukup malu dengan wujudnya kaum anak lelaki macam ini.
Dalam perkahwinan suami dan isteri harus tahu pasangan kita ada mak ayah seperti mana kita. Kita pun sayang mak ayah. Mereka pun sama. Jadi sama sama memahami tolak ansur dalam hal mak ayah masing masing. Si suami jika ada kemampuan, jangan meletakkan syarat hingga si isteri terbeban jiwa kerana terpaksa ikut arahan demi ketaatan. Kita berkahwin dengan anak orang ambil menjadi peneman hidup kita. Maka ia adalah hak mak ayahnya sebelum ini.
Begitu juga si isteri patut tahu batasan tanggungjawap suami pada mak ayahnya. Kamu berkahwin dengan anak lelaki orang sama esok anak lelaki kamu akan berkahwin dengan anak perempuan orang lain. Mahukan anak menantu kamu menahan anak lelaki kami berbakti waktu kamu tua kerana contoh pernah kamu beri waktu anakmu kecil. Menjadi mertua juga jangan membebankan anak. Ia akan punahkan hubungan keluarga dan suami isteri.
Saya nampak amat buntu dan serba salah di pihak confessor, saya syorkan banyakkan berdoa semoga Allah taala beri jalan untuk keluar dari masalahnya segera.
Kepada kaum lelaki, jika yang masih muda berusahalah awal memahami tanggungjawap dalam rumahtangga agar kamu menjadi contoh ayah dan suami yang baik dalam keluarga. Usahalah awal bina kemampuan, betulkan diri, kerja baik baik jangan banyak leka dengan dunia muda hingga saat perlu pikul tanggungjawap kamu terkontang kanting. kemudian alasan kamu beri saya tak mampu.
Yang bakal kahwin, selidik pasangan kalian samada dari perempuan yang boleh terima kelemahan keluarga kita. Jangan kahwin hanya pada muka carilah yang ada agama. esoknya tidak dia akan suruh kamu buang keluarga. Fahami jarum orang perempuan sangat berbisa dengan pujukan dan air mata.
Nak yang baik kalian juga harus jadi baik dulu. Lelaki yang baik adalah menjaga solat 5 waktunya tanpa gagal, sebaiknya di masjid, bukan celah bilik. Anak dara periksa lah solat bakal pasangan kamu.
Ini sahaja dari Kak Ros.
– Kak Ros
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit