Tanda Pemergian Seorang Ayah

Assalamualaikum semua… Firstly, terima kasih admin kerana sudi siarkan cerita saya… Nama aku Iza… aku dah berkahwin dan dah ada seorang anak…. Bulan 3 tahun 2019 abah aku hembuskan nafasnya yang terakhir… Dah sebulan lebih abah aku pergi tapi baru hari ni aku ada kekuatan untuk berkongsi cerita…

Aku anak bongsu… jadi aku memang rapat dengan abah aku… Maksud rapat tu bukan manja ye sampai apa yang aku nak abah aku penuhi tapi lebih kepada aku banyak berkongsi cerita & rahsia dengan abah aku… Jadi pemergian dia satu kehilangan & kesedihan yang paling besar dalam hidup aku…

Abah aku ada sakit kencing manis… tapi dia pergi atas sebab penyakit keradangan hati yang doktor pun tak tahu punca… Masa tu aku sedih sangat bila doktor kata tak tahu punca… Masa akhir bulan 1, abah aku pernah masuk ICU… Masa ni aku la anak & orang pertama yang dengar doktor kata “kita akan akan cabut oksigen kalau ayah awak masih lagi tak sedar”…

Masa tu pemergantungan aku hanya pada Allah… Setiap malam aku bangun solat menangis mengadu padaNya supaya bagi peluang untuk abah aku sedar…. Akhirnya, Alhamdulillah hari ke yang 7 abah aku tiba2 sedar… Sampai doktor pun terkejut abah aku boleh sedar…. Sungguh, Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang….

Masa lepas abah aku keluar dari ICU, waktu aku jaga dia mesti dia akan cakap yang dia nampak orang pakai jubah putih selalu datang kat dia… tapi masa tu aku fikir positif… Aku pujuk dia supaya banyak2 zikir…. Aku sentiasa ajar abah aku mengucap, dengar ayat2 Quran….

Hari berganti hari…. daripada abah tak ada selera makan, abah jadi tiba2 selera makan… Abah mula minta makanan & minuman yang dia rasa nak makan…. tapi kami adik beradik sedaya upaya penuhi juga permintaan dia….

Hingga la minggu akhir2 pemergian dia, abah aku cakap ramai sangat orang pakai jubah putih datang melawat dia… senyum kat dia… Masa ni aku perasaan tanda2 yang dia akan jauh daripada aku… Tanda2 yang dia akan pergi tinggalkan aku… Tapi aku tetap sentiasa pesan kuatkan semangat walaupun masa tu airmata peneman aku je… Kalimah syahadah sentiasa terlafaz di bibir & mulutnya….

Hingga la hari yang abah aku betul2 nazak… Malam tu aku tukarkan pampers dia, aku bersihkan diri dia… Aku tidur dengan dia… sebab aku memang rasa malam tu malam terakhir aku akan bersama dia… Malam tu juga malam pertama aku jaga abah aku waktu malam sebab sepanjang dia sakit turn abang aku yang akan jaga dia setiap malam (sebab kami adik beradik ada jadual jaga abah)….

Lepas aku dah bersihkan abah aku, aku solat hajat untuk dia… Aku doa permudahkanlah segala urusan abah aku… Kalau Allah ambil nyawanya & sayangkan abah aku, ambil lah dalam keadaan yang tidak sakit, mudah & khusnul khotimah…. Doa aku juga ada sebut ambillah ayah aku ketika aku di sisinya….

Malam tu aku pun dengarkan ayat quran sehinggalah aku tertidur dalam pkul 4 pagi… Tiba2 dalam pukul 4.20 pagi ada orang kejut aku dengan sentuh tangan aku…. aku terus terjaga… Aku tengok abah aku makin nazak…

Lepas kali ketiga aku ajar abah mengucap, abah aku hembuskan nafasnya terakhir…. Sungguh, malam tu Allah makbulkan sekali lagi doa aku…. Perginya abah aku dengan cara yang sangat mudah & di sisi aku…. Alhamdulillah pengebumiannya semuanya dipermudahkan…..

Hingga ke hari ini aku masih hidup bersama kenangannya…. Doakan aku kuat melalui hari2 yang mendatang…. Dulu aku pernah terdetik dalam hati bila ada kawan aku di fb yang asyik mengatakan rindu pada arwah abahnya. “Tak redha ke dengan pemergian abahnya?”. Kata-kata seseorang yang tak pernah rasa kehilangan orang yang rapat, yang sangat disayangi. Ya, akulah tu…

Bila aku merasainya, walaupun sudah hampir sebulan lebih abah pergi… rasanya memang seperti baru semalam abah tinggalkan kami…. Sungguh, tak akan pernah hilang rasa rindu tu… Bila sesekali terkenang masa bersama abah, airmata laju mengalir. Sebab tu kadang-kadang aku cuba untuk tidak mengingati kenangan bersama abah, aku tidak mampu tahan perasaan aku…

Dan, sebenarnya kerinduan itu bukanlah tidak meredhai pemergian tapi kesan kasih sayang yang ditinggalkan… Tidak akan mampu terpadam sampai bila-bila…

– Iza

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *