Tiada wanita di dunia yang nak pegang status “J” atau lafziyahnya “janda” dalam hidupnya. Wanita berstatus ini sering dikaitkan dengan kemusnahan rumahtangga orang lain atau orang ketiga. Tapi wujud juga dalam istilah famous sekarang iaitu ‘penyondol’ dari kalangan anak dara. YA!!! anak dara tua. Mungkin desprate sekali nak bersuami sampai impikan suami wanita lain??????!!!
Assalamualaikum warga iium confession. Aku share pengalaman pahit hidup aku. Kisahnye bermula begini….
Aku dah berkahwin dengan suamiku selama 7 tahun dan diberikan seorang anak. Aku juga pernah diceraikan gara2 suami aku nak berkahwin dengan ex gf nya yang merupakan anak dara terlajak usia. Alasannya wanita itu sungguh pandai berkomunikasi dan kedua mertua aku pn berkenan dengannya. Jika dibandingkan dengan aku, yang tegas dan garang kerana boleh kata 70% urusan rumah terpikul ats bahu ku. Tambah lagi dengan stress mertua aku suka cari salah aku walaupun dah terang2 anak lelakinya salah.
Suami aku pernah bagi syarat kepada aku dan aku syak itu adalah cadangan bernas dari familynya! Dia nak berpoligami dan jika aku tak setuju aku boleh buat haluan sendiri. Suami aku sanggup buat keputusan yang pentingkan diri tanpa memikirkan langsung perasaan aku dan anak kami yang masih kecil. Rasanya waktu ini keluarga mertua aku sedang besorak bertepuk tangan dengan keretakan rumahtangga kami.
Yaa….. Akhirnya kami bercerai. Suami aku pn kahwin dengan ex memerangkap anak dara tua tu. Semasa aku masih sah menjadi isteri lagi wanita itu dah selalu keluar dengan suami aku. Jadi tempat luahan suami aku tentang perangai aku. Kononnya die tidak berhajat nak jadi orang ketiga tapi nak mendamaikan. Dasar penyondol lidah mmg bercabang. Ye lah pandai berkomunikasi ustazah laa… katakan bertudung labuh tapi keluar berhubung wasap dengan suami orang.
Allah tu maha adil kan? Masa kau melangkah kaki bertemu dengan suami orang tu kau xfikirkah perasaan isterinya di rumah??? dan bagaimana jika kau berada di tempatnya???Setelah 4 bulan pernikahan meraka….
Suami aku merayu2 ingin kembali kepada aku dan anak. Dan dia sgt2 sedar bahawa jodoh pertama yang Allah beri itu sangat istimewa dan jauh lebih baik walaupon byk kekurangannya. Suami aku pernah kata keputusan paling bodoh yang pernah dia buat dlm hidupnya adalah berkahwin dengan wanita itu. ya!!! wanita yang dia kejar2kan sangat. Ternyata semua itu adalah lakonan dan nafsu yang membohongi manusia.
Lantas suami aku menyatakan hasrat kepada wanita tersebut yang sudah jadi isterinya bahawa dia ingin mengahwini aku semula. REAKSI wanita itu????
Dia menghubungi aku melalui wasap mengatakan dirinya dianya oleh AKU dan suami aku.
Aku rasa sangat berang!!! aku balas wasap tu dengan berkata”kau yang menganiaya hidup kau sendiri. Kalau kau tau jaga diri kau. Kau tak berhubung dengan suami orang” Kini Allah uji kau dengan meletakkan kau ditempat aku”…. Aku dituduh lagi oleh wanita itu dan keluarga mertua bahawa aku telah menghantar sihir pemisah kepada mereka supaya suami aku berasa benci padanya. Hakikatnya… doa hamba yang dizalimi itu tiada hijab.
Namun, MAGIC ITULAH YANG MEREKA TAK PERCAYA DAN SEDAR! Aku sering berdoa dalam sujudku supaya Allah memberi hidayah kepada suamiku kembali pada aku dan anak.
Buat wanita itu, kau sendiri yang merelakan diri kau utk membina kebahagiaan atas air mata orang lain. Memang betul kezaliman ke atas manusia lain tak kan membuatkan hidup seseorang itu aman apatah lagi berumahtangga.
Akhirnya….wanita itu pun telah diceraikan dan dia juga memegang status J sama sepertimana dia telah menyebabkan aku jadi begitu. TEPAT LAH “what goes around come around”.
Sekian…
– Antapermana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit