Simpan atau Lepaskan?

Hi guys. Saya seorang wanita berumur dalalm lingkungan 30-an dan mempunyai pekerjaan yang stabil. Begitu juga dengan suami saya. Tujuan saya membuat confession ini adalah ingin mendapatkan pandangan anda semua yang bijak pandai berkenaan pengurusan aset dan pelaburan. Lately ni, selain daripada masalah cinta dan rumahtangga, saya juga tertarik dengan perbincangan berkenaan pinjaman loan ASB yang banyak diceritakan di sini.

Namun begitu, setakat ini saya masih belum terbuka hati untuk membuat loan ASB sebagai pelaburan kerana saya mempunyai beberapa sumber simpanan dan pelaburan di tempat lain. Tetapi saya akui, pembacaan saya berkenaan loan ASB sedikit sebanyak membuatkan saya agak teruja dengan pulangan yang dijanjikan. Cuma saya kurang gemar menambah loan untuk pelaburan. Entahlah.

Izinkan saya menceritakan sedikit secara general tentang latar belakang perbelanjaan bulanan saya. Buat masa ini, saya menanggung semua pembayaran bil di rumah ibu bapa sepenuhnya. Pencen bulanan yang ayah terima digunakan untuk minyak kereta dan makan sahaja. Setiap bulan saya memberi duit bulanan, walaupun mungkin tidak banyak, tetapi secara konsisten. Alhamdulillah. In fact, sebagai contoh, ketika hari raya, saya menanggung sepenuhnya keperluan raya ibu bapa, daripada pakaian sehinggalah kepada keperluan rumah, langsir dan kuih muih.

Selain daripada perbelanjaan ibu bapa, saya juga membantu menyumbang sedikit perbelanjaan di rumah yang kami tinggal. Buat masa ini kami masih menyewa kerana kondo baru yang dibeli oleh suami masih lagi dalam pembinaan. 1-2 tahun lagi mungkin akan selesai pembinaan dan sedia diduduki. Memandangkan rumah tersebut merupakan nama bersama, saya bersetuju untuk membayar separuh daripada instalment rumah, kira-kira RM1,200/sebulan, dan separuh lagi suami yang bayar. We agree on that. No issue.

Untuk aset sendiri pula, 2-3 tahun lepas saya ada membeli sebidang tanah lebih kurang 650 meter persegi yang terletak di pinggir KL. Tanah tersebut berstatus free hold dan merupakan tanah rezab Melayu. Di sekeliling tanah tersebut merupakan lot tanah banglo dan beberapa buah banglo telah pun didirikan dan ada juga yang masih dalam pembinaan. Rasa seronok dan excited tak payah cerita la tengok rumah bakal jiran yang besar-besar tu kan.

Saya dalam diam mengimpikan untuk membina sebuah rumah yang tidak terlalu besar, tetapi cukuplah mempunyai 5 bilik. Selain ada bilik untuk solat dan bilik tetamu, saya seronok jika saya mempunyai bilik khas untuk saya baking dan sewing – both adalah minat dan passion saya. Lepas tu macam-macam la saya berangan lagi kan, since berangan kan free hahaha. Itu antara tujuan saya pada mulanya ketika saya membeli tanah tersebut. Nak bina rumah impian.

Oh, tanah tersebut saya beli dengan harga lebih kurang RM300 ribu. Instalment yang saya bayar untuk tanah tersebut pada masa sekarang adalah lebih kurang RM1,200. Oh ye, rumah yang ibu bapa saya tinggal sekarang, ayah dah amanahkan kepada saya. Alhamdulillah rumah tersebut telah habis bayar, so takdelah beban di situ. Cuma saya bayar untuk utility bills dan maintenance sahaja. Dan mungkin pada masa akan datang, jika ibu bapa dah takde, rumah tu dapatlah kami adik-beradik gunakan untuk berkumpul especially masa raya.

Selain dari itu, dalam mengatur perbelanjaan bulanan, saya ada allocatekan beberapa simpanan ke dalam fund-fund secara konsisten seperti travel, car insurance, raya, etc. Sumbangan untuk fund-fund tersebut ada yang saya allocate guna duit sendiri, dan ada juga share dengan husband. Dan ada sedikit juga saya allocate untuk simpanan di beberapa institusi kewangan lain. In the end, baki yang tinggal untuk personal spending saya tidaklah banyak.

Pendek kata, kalau tiba-tiba saya teringin nak beli tudung, kasut atau baju yang mahal sikit, maka akan habis lah duit saya tu. Disebabkan itu, saya akan berfikir panjang setiap kali ingin membeli barang. Then saya terfikir on how to increase my personal spending money without touching the available fund yang saya dah allocate siap-siap tadi. Saya cuma terfikir untuk mendapatkan sedikit freedom dalam saya membeli barang yang saya suka tanpa perlu fikir banyak sangat. Haha. Dan paling penting tanpa perlu meminta-minta daripada husband saya, walaupun dia okay je. Saya sejenis yang tak suka susahkan orang even husband sendiri. Oh ye, nafkah yang suami bagi bulanan, separuh saya simpan dan separuh saya gunakan untuk tampung perbelanjaan bulanan.

Berbalik kepada isu tanah, as time goes by, dengan perbelanjaan sekarang dan bayaran yang bakal saya dan suami share untuk rumah kami nanti, saya pernah terfikir yang saya mungkin tidak akan mampu untuk membuat rumah atas tanah tersebut memandangkan usia saya yang semakin meningkat, walaupun saya mempunyai allocation pinjaman lebih kurang RM450 ribu lagi untuk membina rumah di atas tanah tersebut (separuh kelayakan loan adalah untuk tanah, dan separuh lagi untuk membina rumah di atas tanah tersebut. Macam tu lah lebih kurang). Takkanlah bila dah retire nanti masih sibuk fikir cari duit nak bayar loan, kan?

Saya sedar, jika saya nak bina rumah atas tanah tu sekalipun, saya takkan gunakan semaksimum loan tersebut untuk buat rumah sebab bayaran pinjaman semula akan menjadi amat, amat membebankan. Ikutkan hati, saya pernah juga terfikir untuk membina beberapa lot rumah di atas tanah tersebut dan sewakan, macam ramai orang buat sekarang ni. Ada juga terfikir nak bina mini hall untuk sewakan for training ke, small event ke. Macam-macam lah berangan. Tapi yelah, sebagai permulaan untuk membina lot-lot rumah/hall tersebut, saya perlukan dana yang besar (loan). Sakit juga nak membayar tambahan loan bulanan tu.

Dan ketika inilah saya terdetik, kalau susah-susah sangat, instead of membeli tanah, why not saya let go the tanah dan beli sebuah apartment atau condo di KL dengan jumlah instalment yang hampir sama, so saya mungkin boleh sewakan. Instead of bayar bulan-bulan seribu lebih untuk tanah yang tiada pulangan setiap bulanan, saya kira lebih bagus jika saya beli dan sewakan rumah. Atau setup Airbnb ke. So that mungkin saya akan ada lebihan cash hasil daripada duit sewa yang dikutip. Dapat la saya tambah duit for personal spending saya.

So inilah dilema saya. Perlukah saya terus kekalkan tanah tersebut? Atau saya perlu jual dan beli apartment dan sewakan? Atau mungkin ada jalan lain yang lebih baik. To be honest, saya sangat sayangkan tanah tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, saya rasa seperti saya hanya membayar instalment yang tinggi ke atas tanah tersebut tanpa mendapat apa-apa return secara bulanan. So far kami sekeluarga selesa dengan rumah bertingkat yang sedang kami sewa ni. Setiap ahli keluarga ada bilik sendiri. Plus it is simple, secure and less maintenance.

So saya fikir kami juga akan rasa perasaan yang sama – simple and secure untuk tinggal di rumah baru nanti, rumah bertingkat. So, kalau saya jual tanah tersebut dan beli seunit rumah lain, boleh juga saya sewakan. Atau, dengan sejumlah instalment tanah tersebut, saya channelkan untuk membuat pelaburan loan ASB ke, apa ke. Entahlah. So memandangkan saya dan suami tidak mempunyai pengalaman dalam perkara ini, saya mohon jika anda semua dapat memberikan pendapat.

Jujur, saya tidak pernah mempunyai niat untuk menjadikan pelaburan seperti ini sebagai mata pencarian utama, apatah lagi mempunyai target 40 buah rumah sebelum mencecah 40 tahun ke, apa ke. Oh tidak. Tak perlu secomplicated itu. Apa yang saya fikirkan cumalah dengan aset yang tak seberapa yang saya ada sekarang, macam mana saya boleh memaksimumkan ROI. Tu aje. Dan boleh la saya beli tudung Duck banyak-banyak (haha gurau je. Jangan kecam).

So saya harap kepada anda especially yang mempunyai kepakaran dalam perkara ini dapat memberikan sedikit pandangan membina. Saya dan suami ada juga plan untuk jumpa pakar kewangan untuk bertanyakan tentang hal ini tetapi masih belum ada kesempatan. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua atas pandangan-pandangan yang bakal diberikan. Dan terima kasih juga kepada pihak Admin yang sudi siarkan confession ini.

– Miss Dilemma

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *