Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana siarkan confession aku yang tak seberapa ni.
Aku seorang mahasiswi di sebuah universiti awam di Malaysia. Tak macam uni lain, uni aku tak sediakan asrama untuk pelajar tahun 2, 3 dan 4 jadi pandai2 lah cari rumah sewa.
Bila dah cari rumah sewa kau kena bersiap sedia dengan segala kemungkinan sebab kat sini tak macam hostel yang ada makcik cleaner bersihkan lumut tandas, buangkan sampah dan sebagainya.
Cliche sgt la kalau aku nak cerita pasal perangai housemate2 aku. Sebab kebanyakan confession yang korang baca pasal housemate pengotoq apa semua kan? hahaha housemate aku nak dikatakan pengotor takda la pengotor. Pembersih je aku tengok. Tapi aku rasa hal kebersihan ni bermula dengan pendidikan awal mak ayah kepada anak mereka.
Macam aku, mak ayah aku mmg strict. Ayah aku kalau nampak sinki lumut sikit dan kebetulan masa tu aku kat dapur mesti dia membebel. “Esok orang datang rumah nak masuk meminang awak, depa tengok habis ni sinki ni ada lumut ke tak”, kata ayah aku pada suatu ketika.
Begitu juga dengan mak aku. Kalau masak kat dapur ke apa wajib kemas kasi licin takda kesan minyak ke apa ke. Sebab tu bila aku pindah masuk rumah sewa ni perangai aku macam mak2 sikit. Sampah aku mmg tak leh tgk penuh, mesti aku gatal tangan nak buang jugak walaupun jadual kemas dapur bukan aku yang buat. Mungkin sebab common sense dan aku tak nak dicop sebagai anak dara pengotor.
Tapi tu lah. bukan aku nak puji diri aku. Aku takde lah cantik mana. Housemate aku semua cantik2 tapi perangai tak sama dengan muka. Sibuk jaga muka tapi peti ais takmau jaga. Biar ais batu membeku. Beli barang frozen banyak2 , biarkan kotor sedangkan aku dah buat jadual tugasan masing2 tapi tulah tu.
Aku malas nak bising sebab nanti ada yang makan hati. Aku sendiri tak faham sebab umur masing2 dah lepas belasan tahun dah. Sepatutnya ada deria tambahan bukan sekadar puji aku “wow rajinnya” padahal ketiak aku dh berpeluh teruk bertungkus lumus kemas dapur.
Aku tak kata aku rajin sebab aku pun ada hari malas aku jugak. Tapi kalau aku tak buat sampai esok2 nya lah sampah tu. Ada satu hari tu sampai berulat. Nasib baik aku bukan yang jenis suka mencarut.
Ada juga housemate yang suka mengajar aku dan macam benda yang dia buat semua betul padahal bekas makanan dia biar berapa lama dari sebelum cuti midsem atas sinki tak basuh sampai la masa aku kemas sinki aku yang basuh.
Aku tak marah cuma aku tak suka perangai macam tu. Tolong la berubah kalau korang ada perangai macam kat atas. Nak minat korea boleh, nak gelak2 boleh tapi pastikan ikut jadual yang kawan korang dah buatkan.
Ingat sikit rumah sewa ni takda bibik nak tolong buatkan semua.
Apa2 pun aku doakan semoga semua berubah dan ada common sense masing2.
Sekian…
– Manja
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit