The early adopters of Apple, Google dan Microsoft, pendokong-pendokong awal, diorang mengenali siapa yang mengasas dan mengetahui kenapa mereka menghasilkan Apple, Google dan Microsoft.
Dan oleh kerana mereka percaya apa yang dibawa oleh Apple, Google dan Microsoft, semua produk yang kedua-dua syarikat ini keluarkan, akan mereka beli dan guna, sehinggalah datang produk-produk lain pun mereka tak akan berganjak dan terus tetap.
The latecomers, yang datang lewat dan menyertai parti parti Apple, Google dan Microsoft ini hanya mengenali produk, dan setengah dari mereka mula mengenali siapa dan kenapa, sehinggakan mereka menjadi seperti the early adopters.
Ada juga yang memang mencari produk terbaik dan selepas kenal, mereka research dan research Apple, Google dan Microsoft dan comes to a conclusion, that this is the best, mereka juga menjadi seperti the early adopters.
Keluar produk iPhone baru harga 1000 dollar, terus beli, no question asked. Microsoft keluarkan Windows Vista pun pakai, itu yang terbaik, no question asked. Android versi apa sekarang pun terima je dan tak sabar tunggu update next version of Android, no question asked.
Sama lah seperti mana sahabat-sahabat Nabi, the early adopters of Islam. Mereka mengenali Allah melalui apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan kepada mereka. Mereka memahami kenapa Allah jadikan makhluk-makhlukNya di muka bumi.
Sehinggalah agama dan cara hidup tok nenek mereka mereka tinggalkan. Dan bawalah apa jua ujian seksaan, boikot, perang dan sebagainya, mereka tetap tinggalkan untuk Allah dan Rasulullah s.a.w. kerana percaya apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan hakikat hidup dan dunia ini.
The latecomer, macam kita, yang lahir-lahir je alhamdulillah Islam, hanya kenal solat zakat puasa, itu haram ini haram, itu halal ini harus, itu bid’aah ini khilaf, dan sebagainya, kebanyakannya on the surface. Tetapi adakah kita mengenali siapa Allah dan kenapa Dia ciptakan kita.
Ada juga yang betul-betul mencari kebenaran dan hakikat hidup dan dunia ini, mereka akan jumpa Allah dan Rasul dan comes to a conclusion that this is it, this is the one I’ve been searching for.
Semuanya bermula dengan effort untuk mengenali. So macamana kita nak kenal siapa yang jadikan kita dan bagi nyawa kita, bagi kehidupan ini? Dan seterusnya siapa kita, kenapa kita hidup dan bernafas saat ini?
– HIS slave
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit