Umrah Mencari Dia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia/).

Alhamdulillah ruangan komen telah aku baca dan teliti satu persatu.. Dah ada aku pm untuk doa personal.. InsyaaAllah moga Allah panjangkan umur aku membawa amanah hajat semua yang mengirimkan doa..

Untuk menjawab beberapa soalan. Ye saya buat pasport baru untuk urusan umrah kedua. Masih dibenarkan sehinggalah cap tangan biometrik di kuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi. Bila dah kuatkuasa buat la pasport 100 kali pun memang kena denda visa rm2000 jika nak juga buat umrah. Sebab dia dah detect sistem cap tangan kita pernah masuk negara dia. Tak boleh lari dah.. haha..

Dan untuk soalan saya masuk pakai mahram siapa. Saya bermahramkan abang kandung saya. Bagi mereka yang berhajat boleh mahram guna turutan mahram wali nikah. Dan boleh semak balik jika arab saudi dah kuatkuasa umur 25 bagi jemaah perempuan boleh masuk tanpa mahram (semak balik, sebab saya ada dengar isu ni sebelum ni, rujuk juga fatwa ulama supaya tak ragu-ragu) Untuk yang bertanyakan soalan persediaan sebelum umrah. Itu banyak sekali jawapannya.. Yang pasti first time umrah kena pergi khursus umrah. Supaya tak tertukar yang rukun dan wajib umrah. :) Ok done. Jom telusuri perkongsian aku next..

Tetiba aku terharu.. Nak cerita baiknya Allah pada hamba ni memang tak habis. Aku baca banyak cerita suka duka dalam iiumc ni.. MasyaAllah banyak benar ujian hidup sahabat-sahabat. Kadang tak tercapai mampu aku sebagai seorang hamba Allah. Tapi Allah baik dia bagi kita kongsi sini supaya kita sama-sama dapat tahu. Wujudnya ujian hidup yang pelbagai.. Tapi tak banyak yang nak kongsi supaya bawa bersama kita mengenang yang memberi ujian. Dan letakkan segala rasa syukur atas yang memberi ujian.

Tuan puan adik kakak.. Dulu aku juga punya kisah suka duka. Aku jatuh sakit dari bangku sekolah sehingga exam pun atas katil asrama. Tuhan sahaja yang tahu ikhtiar aku meneruskan hidup dan kekuatan yang aku panjat untuk terus kuat. Banyak aku mintak tolong dengan manusia sehingga lupa pencipta yang bagi rasa sakit tu.. Hampir 5tahun Allah uji dengan kasih sayang dia. Waktu tu apa je yang tak rasa. Semua tuduhan aku letak pada Allah.. Dia tak adil. Dia jahat. Dia pilih kasih. Dia tak sayang aku.

Dia benci aku. Dia tak ingat aku. Dia tak ihsan pada aku.. Sampai satu masa Allah hadirkan sorang hamba Allah SWT. Mengadap aku, bagi sesuatu perkataan dan ingatan bahawa Allah tu Maha Esa atas segala perkara. Aku jadi cool down. Satu malam aku bangun aku doa.. “Jika ni baik buat hamba.. Maka buatlah sesuka hatiMu.. Aku serahkan segala perkara kehidupan aku padaMu.. Kau je yang tahu mana arah tuju aku akan datang. Kau buat sebab Kau sayang aku..Kau tahu tu baik buat diri aku.. ” Sejak dari detik tu Allah buka jalan sikit demi sikit. Jalan aku belajar kuat balik. Sehinggalah sekarang Allah bagi kesembuhan yang baik buat diri.. Alhamdulillah baik Allah pada hamba.

Waktu aku tahu aku dapat universiti, aku hampir leburkan hajat satu tu kerana keadaan diri tak mengizinkan. Orang tua aku pun berat hati nak lepas. Tapi aku tetapkan hati jalan ni aku pilih dan aku yakin Allah akan bantu. Aku pergi nak menuntut ilmu Dia.. Takkan Dia nak susahkan aku, sedangkan Dia dah janjikan kebaikan berlipat ganda buat yang berjihad ilmu. Alhamdulillah selesai urusan ilmu. Aku bukan best student. Tapi alhamdulillah aku belajar untuk menjadikan diri aku berguna bagi masyarakat. Doakan semoga aku sentiasa beri kebaikan pada manusia.

Masuk alam universiti aku bergiat dengan dakwah OKU. Sebak dapat tengok usaha asatizah nak bangunkan golongan minoriti ni.. Ya mereka ni golongan yang tak sentuh pun takpe.. Mereka ada tiket khas masuk syurga. Tapi atas usaha mengenalkan mereka dengan quran dan solat. Menyebabkan aku yakin dan percaya. Allah tak ciptakan satu ciptaan yang rosak atas muka bumi.. Dia pemilik segala kesempurnaan..

Sedikit sebanyak aku hilang rasa nak sombong dan bangga diri, sebab dari kekurangan manusia lain. Menyebabkan aku rasa aku lagi banyak kurang.. Malu tuan puan. OKU yang aku kenal pun hafal quran 30 juzu’. Buta! Tapi mampu hafal dan baca quran. Pekak dan bisu mampu kenal huruf quran.. Sedang aku pun masih merangkak kenal ilmu Tuhan. Tuhan ajar aku supaya jangan sombong dengan kesempurnaan yang aku ada.

Masuk tahun akhir bersama persatuan ni.. Dalam bank akaun persatuan cuma ada beberapa ratus sahaja. Tu pun ihsan sesama kami kumpul untuk program kecik di universiti. Team aku diamanahkan untuk program besar menyantuni OKU yang tak pernah orang buat. Kira first time buat. Mana je aku tak pergi, tebalkan muka mintak sumbangan dengan manusia. Ada yang layan, ada tak layan.. Satu KL aku jejak dengan team untuk cari dana.. Baliknya cuma dapat sikit..

Esoknya kami berkumpul dengan para asatizah. Sempat asatizah campakkan satu benda berharga pada kami team program ” sebelum mintak tolong dengan manusia, mintak tolong dengan yang cipta manusia.. ” kerdil waktu tu. Lepas je kami betul niat. Ada yang solat hajat, ada yang bangun malam mungkin.. Beberapa minggu menjelang hari program besar tu.. Dana dari mana-mana masuk tanpa kami sangka-sangka. Aku tengok wajah sahabat-sahabat aku menangis gembira. Allah ajar sesuatu pada kami. Bergantung harap hanya pada Dia.

Kebergantungan yang tiada batas tu mengajarkan kami satu pelajaran yang baru. Alhamdulillah.. Sekarang program tu dah jadi program tahunan universiti.. Aku syukur dapat jadi satu tapak membina kebaikan untuk generasi mendatang maju kedepan. Tahniah juga buat mak ayah,adik kakak yang punya anak OKU. Jaga baik-baik mereka, supaya mereka menjadi saksi asbab anda semua orang yang sabar masuk syurga.

Aku sendiri pun selalu pesan pada mereka “Esok awak tengok asatizah ni semua susah-susah dekat mahsyar jangan lupa pimpin tangan asatizah ni semua juga masuk syurga..” kadang diorang tak faham pun, nak-nak anak autism.. Diorang angguk-angguk je bila kita pesan. Tapi kirimlah doa sentiasa.. Kita tak tahu perbuatan baik mana yang mampu selamatkan kita kelak.. Kadang cemburu, diorang dah janji masuk syurga.. Aku kat mana la tempat aku nanti..

Aku melangkah alam kerja. Yang zaman sekarang tak semuanya indah.. Tapi aku tahu Allah yang bagi rezeki jadi aku tak rasa susah walaupun dalam poket atau bank tinggal cuma RM2 ringgit. Percaya satu ni.. Tuhan yang bagi rezeki. Bukan manusia. Tapi tu bukan asbab untuk kita tak usaha.. Goyang kaki.. Duit tak datang cara tu.. Usaha dulu baru kita dapat rasa nikmat rezeki. Apa je yang kita tak telan zaman moden ni.. Kerja kurang dari kelulusan makcik pakcik bawangkan. Tapi harus tetap rasa syukur.. Sebab lagi banyak yang tak makan pakai sempurna seperti yang kita rasa hari ni.

Kita rasa kita banyak kurang, tapi sebenarnya kita cuma kurang satu. Kurang syukur dengan nikmat Allah SWT. Tak salah nak ada perasaan mahu lebih dari apa yang kita ada sekarang. Islam sendiri tak laramg ummat dia kaya.. Tapi niat juga rezeki yang kita dapat tu sama-sama bantu first family kita yang susah dan saudara islam kita. Allah janji pada kita atas satu sedekah tu dia akan lipat gandakan atas kita.

Tuan puan sedekah ni Allah dah bagitahu dalam quran.. Hatta orang mati pun mintak hidup balik walau sekejap nak bagi sedekah..

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Sebenarnya mengeluarkan dan membersihkan harta tu bukan untuk saja-saja.. Tapi pulangan kebaikan berlipat ganda buat kita.. Baik betul Allah.. Sangat baik pada hamba.. Dia pandu sentiasa hidup kita.

Bagi yang masih punya harapan untuk ke tanah suci.. Jangan putus asa. Ingat satu dan pegang satu.

*Allah itu berada dalam sangkaan hambaNya.* Allah bagitahu.. “Aku berada dalam sangkaan hambaku.”

Maka bersangka baiklah sentiasa dengan segala perkara dalam hidup.. Baik ujian, baik masalah, baik rasa sakit, baik pada kurangnya harta dan rasa lapar dan dahaga.. Semua Allah bagi sebab Dia sayang hamba Dia. Dan Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita.. Tiada yang melata atas muka bumi melainkan Allah uji mereka, sebab apa?

Sebab nak tengok jauh mana beriman kita. Aku masih doakan khilaf aku sebagai manusia.. Tapi aku takkan berhenti menulis dan menyebarkan kebaikan. Moga-moga segala sesuatu hal dalam masa dan umur yang kian jauh dan kematian yang semakin menghampir kepada kita memberikan manfaat yang berguna buat semua.

10 akhir ramadhan doa-doa antum akan aku kirimkan pada Dia.. Aku masih harap doakan kemudahan urusan aku dengan kesihatan yang baik. Supaya aku dapat tunaikan dan sampaikan kiriman hajat semua. Ada yang tanya aku, kenapa sibuk-sibuk nak doakan orang lain? Huhu..

Jawapan aku.. “Umrah pertama aku dah bawak hajat seluruh keturunan aku supaya berada dalam kebaikan. (moga Allah kabulkan..amiin..) Kali ni aku nak bawak hajat orang-orang yang masih ada hajat tertunda. Baik yang kenal aku ataupun tak.. Sebab aku tahu tak semua ada kesempatan macam aku.. Aku juga pernah duduk dalam keadaan mengharapkan kebaikan Allah jemput aku kesana.. Jadi tak salah aku nak bantu.. Sebab tak bazirkan tenaga aku.. Malah aku gembira dapat gembirakan semua.. Allah sayang ummat dia yang selalu gembirakan orang sekeliling.. InsyaaAllah.. “.

– Cik Positif

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *