Saya Faham

Assalamualaikum dan hai. Tujuan confession ini di tulis untuk berkongsi pengalaman saya macam mana saya tangani masalah oversweating/ hyperhydrosis. Jujur saya cakap saya naif dulu. Masa sekolah menengah saya still ingat saya pernah rasa tak selesa bila berjalan sikit dah berpeluh di ketiak walaupun cuaca hujan. Serius, masa tu saya ingat benda tu normal tau.

Lama-lama bila saya masuk uni, baru saya perasan benda tu tak normal. Selalu jugak saya tanya kawan-kawan saya, awak berpeluh tak sekarang sebab saya nak tahu kadar perpeluhan saya berbanding kawan-kawan yang lain. Bila saya perhati dan buat perbandingan, baru saya faham apa yang saya alami ‘luar biasa’ dari orang lain.

Awak semua bayangkan, cuaca hujan musim tengkujuh dan saya pakai singlet sambil duk study berpeluh-peluh, basah ketiak tau. Lepas mandi pagi tak sampai 10 minit pun dah basah ketiak tu. Macam orang lepas exercise. Tambah-tambah bila orang perli sebab bau badan padahal saya ni banyak kali mandi tau dalam sehari sampai musim hujan pun mandi 5 kali sehari. Pernah ok!

Bila saya rasa dah teramat tak selesa lah baru saya kumpul kekuatan untuk pergi jumpa doktor pakar. Lepas buat beberapa ujian darah still doktor clueless, tak tahu sebab kenapa jadi macam tu. So, doctor ragu-ragu cakap saya ni ada masalah hyperhydrosis. Dan, di sebabkan saya mengadu masalah ketidakselesaan saya tu, dia cadangkan buat operation dan saya bersetuju.

Nak dekat tarikh pembedahan, saya call dan cancel pembedahan tu. Takut! lagi-lagi bila saya baca review kesan pembedahan yang tak menjanjikan 100% keberkesanan dan mungkin pesakit akan oversweating bahagian lain pula. Ok, lepas tu saya banyak kali bertukar-tukar produk deodorant untuk tangani masalah bau sebab masa ni saya dah start fikir mungkin ini je penyelesaiannya. Unfortunately it’s not! TT

As time goes by, saya start faham semua produk ada limitasinya. Deodorant, anti-perspirant and any other kind of products. So, saya pun mula la cari solusi dalaman selain solusi luaran( produk deodorant, mandian). Aha! saya jumpa tentang rawatan homeopati. Kat sini la bermula journey of healing saya. Mula-mula saya makan ubat homeopati tu, memang rasa tak selesa sebab lidah rasa kering sangat-sangat dan dahaga yang teramat. Lepas 2-3 bulan, baru rasa ok.

Saya cakap awal-awal, kalau awak nak teruskan rawatan homeopati, awak kena commit betul-betul untuk sembuh. Sebab kalau tak kuat semangat, memang akan cepat give up sebab leceh tau nak kena makan 2-3x sehari ubat homeopati tu lagi-lagi kalau jenis travel. Nak-nak lagi rawatan alternatif nie merawat dari dalam dan memakan masa yang lama untuk sembuh. Dalam kes saya, 6 bulan macam tu tapi ada yang sampai setahun lebih baru berkesan.

Lepas 6 bulan, saya baru perasan selain ketiak dah kurang berpeluh (berpeluh normal), belakang badan saya baru start berpeluh kalau beraktiviti luar. Seolah-olah berpeluh sekata lepas consume homeopati tu. Now, alhamdulillah saya rasa bahagia dan rasa normal sangat-sangat. Nama tempat saya beli ubat homeopati tu, google ‘ Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif Tok Jiring’.

Beli online dengan syarat hantar DNA kita contoh sampel rambut/ kuku kat dia. Nanti dah bank in duit dna hantar sampel DNA, dia akan pos ubat kita yang dah dibuat khusu untuk kita je. Kalau orang lain consume ubat tu, takkan menjadi sebab ubat tu based on DNA kita.

Saya nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada confessor bertajuk ‘Cara Penyelesaian Masalah Badan Berbau’ tarikh; 27/11/2016 (https://iiumc.com/cara-penyelesaian-masalah-badan-berbau/). Kenapalah saya tak jumpa awal-awal confession awak nie. Sebab, saya pun baru tahu pasal mandian dettol dan sabun tawas jenama RDL tu. Saya try and error banyak produk tau untuk sedar tentang tips awak tu, kalau awal terbaca tips tu tak lah banyak sangat habis duit TT. Betul sangat pasal dettol tu.

Macam saya, lepas sebulan confirm kena tukar jenis mandian dettol. Contoh kalau saya beli yang refill dettol jenis cucumber, bulan depan kena pakai dettol jenis asli, bulan seterusnya jenis oren pulak. Sekarang, saya guna 2 jenis bila mandi; dettol dan sabun tawal RDL tu (beli di shopee). Serius it works untuk orang dah berputus dengan masalah bau badan! Plus bila guna deodorant dan antiperspirant G&H Amway (shopee/agen seller).

Pernah guna deo Dr. Mist yang air tawas versi spray (watsons/ guardian) tu but ada limitasinya juga. Oh, by the way, saya pernah juga perasan saya jenis tak boleh guna deodorant/antiperspirant jenis spray. Jadi lecak balik ketiak normal saya ni. Hahaha

Anyway, saya harap anda yang ada masalah oversweating/ hyperhydrosis/ bau badan kuat mental untuk menghadapi persepsi orang terhadap anda. Dan saya doakan awak semua jumpa confession saya ni dan cuba tips tu. Kalau menjadi, confess la kat sini. Moga membantu orang lain pulak. Terima kasih

– Syifa (penyembuh)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *