Penat Berdikari

Hi semua. Aku seorang bekas pelajar di salah satu universiti awam di Malaysia ni. Baru saja menghabiskan Ijazah Sarjana Muda tahun lepas. Apa aku nak cerita ni bukanlah benda yang penting sangat, sekadar luahan hati, mungkin ada yang senasib dengan aku.

Aku habis belajar umur 24, sementara nak cari kerja tetap, aku kerja lah dekat stesen minyak. So this one tak boleh guna ayat ‘Graduan memilih kerja’ ye. So nak dijadikan cerita, aku dapat kerja tetap, yang boleh dikatakan ‘pay well’ di Setia Alam.

The first thing yang kadang2 jadi persoalan orang sekeliling aku adalah kenapa aku pilih kerja ni, eventhough lari sangat dari bidang. Just to clarify, aku taknak riak, tapi nak dijadikan cerita, aku salah seorang penerima ANC, so masa awal2 aku habis study memang niat tu, nak cari experience dalam bidang sendiri and then maybe further master and strive to be lecturer.

But then, reality hit me, man.. bukan senang nak dapat kerja especially bila bidang kau dimonopoli oleh kaum lelaki. Even masa aku kerja stesen minyak aku still ke hulu ke hilir pergi iv. And ada satu iv ni still buat aku makan hati bukan sebab aku tak dapat, tapi rupa-rupanya diorang nak pekerja lelaki. Kenapalah dia tak letak dalam requirement ke apa kan, ingat dekat ke rumah aku dengan tempat dia, 3 jam weh, lain negeri.

So end up aku amik je peluang yang dah ada depan mata. Masuk-masuk kerja macam culture shock sebab bidang lain and rasa macam zero sangat pengetahuan aku ni. but still, aku gagahkan diri jugak demi nak cari rezeki. And aku tahu mak ayah aku pun lega bila aku dapat kerja yang okay macam ni, so aku taknak lah manjakan diri memilih kerja even tak sehati pun dengan bidang kerja ni.

Pejam celik je aku dah 25 tahun rupanya. And macam semua orang jugak, umur 25 adalah umur yang mana semua benda kau risau. Bila kau nak kahwin, bila nak beli rumah, nak balas jasa mak ayah, nak bayar PTPTN lagi kan. Masa ni lah yang aku rasa kerdil sangat dengan pencapaian aku selama ni.

Tambah lagi bila orang sekeliling kau macam dah start menempuh alam baru, ada yang kahwin, ada anak, ada yang dah berbisnes, berkerjaya. Sedangkan aku still baru nak merangkak dalam alam kerja. Bukan lah aku tak bersyukur dengan nikmat yang tuhan bagi, tapi kadang2 tu terdetik dalam hati, bila aku nak berjaya macam tu jugak.

Yang buat lagi aku rasa sukar sekarang ni bila aku berjauhan dengan keluarga. Walhal selama ni aku jenis berdikari, selalu tercampak belajar jauh dari rumah. Masa diploma belajar kat Perak but rumah kat Johor. Masa tu tegar je berdikari. Tapi baru-baru ni Al kisah aku ada urusan dekat Puncak Alam, but then rumah kat Setia Alam, so takdelah jauh sangat kan, tapi for those yang tahu untuk pergi ke Puncak Alam jalan dia memang sunyi sikit, walaupun dah banyak pembangunan kat sana sekarang.

Disebabkan hal tu memang aku nak uruskan cepat, aku pun plan nak pi Puncak Alam lepas maghrib after work. Aku pun gerak jela naik kereta macam biasa. Al kisah balik tu maybe sebab penat, rushing nak balik rehat, aku tak nampak lubang dekat jalan, so terlanggar and aku ingat sampai situ je. Satgi aku punya kereta bergegar-gegar. Ah sudah, awat pulak kereta ni. Masa tu aku teruskan gerak sebab aku ingatkan maybe bumper belakang ke tercabut.. Hahaha.. Noobnya aku pasal kereta.

But then gegar tu makin kuat, so aku try berhenti kat tepi jalan. Mind u, masa tu gelap gila and sunyi pastu dekat dengan kubur cina, tapi aku gagahkan jugak keluar kereta. Aku on torchlight kat phone and suluh dekat bumper belakang tu. ‘elok jeee’, satgi aku suluh bawah sikit kat tayar… mak aih,,, kempissss…

Masa tu aku dok timbang2, aku nak mintak tolong siapa and sadly mana ada sedara mara aku kat sini, so aku pun berani mati drive jugak nak sampaikan ke rumahh sewa sebab dah agak dekat la, tak sampai 10 minit. Aku bawak sloooooowwwwwww gila.

Hampir sampai simpang rumah aku dah dengar bunyi besi dah kat belakang, memang teruk nak mampuih la bunyi dia. Hahaha.. aku park tepi, bawah tiang lampu, tengok2, mak aih, tinggal rim. Hahaha.. masa tulah baru aku nak call ayah aku.. sebab masa tu memang dah buntu nak buat apa.

Dah habis mengadu nasib, ayah aku suruh try sampaikan ke rumah, slow2.. sampai rumah.. damn.. housemate sorang pun takde.. so punahla harapan aku nak mintak tolong diorang.. sebab mostly diorang ni ada ramai kawan lelaki, aku pulak memang takde, so buntu lagi sekali.

Skrol2 wassap, nak tengok siapa aku boleh tanya, then ada nombor servis kereta area sini yang boleh mai ke rumah.. Aku call, tanya2 if boleh tukar tayar ke tak bagai tu kan, so dia kata boleh, aku masa tu macam rela jela kalau nak kena caj mahal pun kan, sebab dah malam, sekali dia kata servis dia RM80..

Masa tu dalam otak aku.. WTF.. aku pandang tayar, tayar pandang aku.. aku tak tahu berapa standard servis tukarkan tayar, sedangkan tayar spare semua aku punya, but aku still rasa macam mencekik darah, last2 aku cancel and cakap dah ada orang tolong.. walhal takdepun.. kahkahkah.

Okeh, cangkung balik termenung pandang tayar.. nangis sekejap.. call ayah, mintak tolong ajar guna jack kereta ea nama dia tu, alat yang boleh angkat kereta tu ha. Sebenarnya ayah aku pernah ajar cara-cara tukar tayar before aku pergi kerja kat sini, but masa tu macam tak terfikir akan jadi kat aku, so nak praktikkan tu memang naya.

Setiap benda aku tanya ayah aku sambil on call, sambil tulah aku tukar tayar. Masa ni la aku di remindkan beza kudrat perempuan dengan lelaki. Rasa macam nak buasir aku masa angkat tayar tu. And lastly settle semua, aku dahaga sangat, so aku lenjan kereta tu pergi beli air sat, balik, pengsan tidur.

Sejak dari tu aku macam termenung sekejap bila aku fikir susah jugak jadi independent ni. At least kalau ada tempat bergantung or bersandar pun okayla kan, but I have none. Nak bergantung dengan mak ayah rasa malu dah, nak bersandar cerita masalah kat diorang pun rasa macam menambahkan risau diorang je nanti.

Aku arrive dekat conclusion yang maybe aku dah penat jadi independent kot. Tapi feeling penat tu tak lama, walau apa pun hidup still kena teruskan and being independent is much easier rather than bergantung pada orang lain.

Sekian luahan hati saya kali ni. :)

– Syida

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *