Siapa kat sini tak suka promoter? Aku sure, majority tak suka diekori oleh promoter. Yang suka, cuma segelintir sahaja. Sebab korang rasa terganggu dan tak selesa bila diorang duk perhati je korang. Hahahaha. Meh sini aku nak cerita sikit pasal hal-hal seorang promoter. Boleh jadi juga aku nak betulkan persepsi korang semua terhadap promoter.
Aku sebenarnya bekas promoter kat sebuah kedai pakaian yang ternama kat Malaysia ni. Menjadi promoter ni sebenarnya risikonya tinggi. Kerjanya mencabar kerana kau akan berdepan dengan customer yang pelbagai ragam.
Bagi aku bila berdepan dengan customer ni seperti aku tengah bermain dengan emosi antara promoter dengan customer yang masuk ke kedai. Sebagai promoter memang tugas aku perlu memerhati sekeliling. Memerhati pelanggan yang masuk dan itu juga tanda hormat aku pada customer yang datang.
Bila aku pandang customer,secara tak langsung aku hanya fikir “Is he or she need my help. I hope so”. Memang tugas aku untuk peka dengan keadaan sekeliling. Takut-takut diorang perlukan bantuan aku. Pernah terjadi aku tak pandang customer, kau nak tau apa nak jadi, diorang blah macam tu sebab fed up takde yang nak layan diorang. Dan aku pun terlepas sales. Sayang sekali!
Aku juga selalu baca dekat ruangan komen. Ada yang cakap promoter ni act je lebih. Pandang customer dari bawah ke atas macam nak makan orang. Paling tak pun seperti promoter tu macam pandang kau sengkek je. Tak berduit. Tak semua promoter macam tu guys. Jangan salah faham. Boleh jadi memang riak muka dia memang macam tu. Sebab itulah aku akan senyum tiap kali customer masuk ke dalam kedai, aku tak nak korang tersalah anggap.
Pernah juga aku senyum, tapi dia buat dek je. Gelak lah aku sorang-sorang kat situ. Aishhhh dia tak senyum balik. Aku malu juga rasa sebenarnya. Sebab senyumku tak berbalas. Aduh terasa! Tapi tak menjadi masalah pada aku. Aku tetap steady. Hahaha. Wahai customer seandainya ada promoter yang senyum pada kau tolonglah sambut dengan senyum semula. Bila kau senyum balik, itu macam satu pencapaian atau kelegaan emosi pada aku. Tau tak! Hahaha.
Ada part yang paling menyedihkan aku bila jadi promoter ni. Aku tengah mop lantai ni. Depan customer pulak tu. Boleh pulak dia lalu. Lalu pijaklah lantai-lantai yang masih basah tu. Aduh! Aku tepuk dahi aku. Barangkali dia memang tak nampak. Hidup kena positif beb! Hahahaha. Aku tau customer always right! Tapi tolonglah tunjuk ihsan sikit. Ataupun kita panggil common sense. Janganlah dipjijak lantai tu kalau lantainya masih basah. Sudahlah dipijaknya satu kedai dan kotor semula. Lepas tu satu barang apa pun tak beli. Aduh! Haaaaa aku tepuk dahi lagi.
Nampak tak. Kerja sebagai promoter ni sangat mencabar. Kau kena bersabar dan kene belajar control emosi kau. Kita tak boleh nak hembus customer sesuka hati. Aku kena profesional sikit. Bila kes mop lantai ni dah jadi macam tu. Aku terpaksalah tegur secara berhemah bila berdepan dengan customer macam ni.
Contoh ayat yang aku akan guna, “Kak, akak boleh guna laluan disana ya. Kami nak mop lantai sebentar”. Sambil senyum. Ya. Diorang boleh terima dengan baik. Ada juga dah cakap tapi tetap lalu gak. Memang panas juga hati ni. Kalau semua aku dah buat berhemah solusi terakhir yang aku akan buat behenti kejap buat kerja lepas tu pandang diorang dengan muka serius. Itu tanda protes aku hahaha. Dan diorang akan berlalu pergi meninggalkan kesan tapak kasut. Memang kecil hal ni bukan? So, jadilah seorang yang menyenangkan hatta dengan sesiapa pun! Kau akan diberi kemudahan dalam hidup.
Siapa kat sini pernah lalui kes tukar barang yang sudah dibeli? Mesti ada kan. Termasuklah aku. Sebagai promoter memang tanggungjawab aku untuk sampaikan segala maklumat tentang semasa dan selepas membeli barang. Info ini semua sangat penting supaya aku tak nak customer salah faham. Sebagai contoh, kalau di syarikat aku, barang-barang promosi memang tidak boleh ditukar dan diberi diskaun lagi.
Semua info ini memang akan aku cakap awal-awal. Supaya aku dan customer tak rugi apa-apa in case barang ada masalah. Dan kebiasaanya aku pastikan apa-apa yang dibeli, kena check terlebih dahulu. Tapiiiii pernah terjadi juga, customer yang beli barang promosi datang semula untuk menukar barang. Aduhhhh! Aku paling benci hal ni. Sebab apa kedua-dua pihak akan berakhir dengan duka. Hahaha. Barang promosi ni terhad. Dan ini juga adalah polisi syarikat aku. Aku bukan suka-suka tak bagi tukar tau! Lainlah kalau barang bukan promosi, memang no hal lah untuk ditukar.
Ada satu kes lawak bila aku berdepan dengan customer ni. Pernah tak korang nak pergi ke arah customer lepas tu diorang blah. Hahahaha. Aku bukan apa kalau dia dah lama sangat membelek barang, aku kena pergi juga tengok. Manalah tau dia perlukan bantuan. Apa yang lawak kat sini. Aku baru nak gerak setapak. Nak angkat kaki. Eh kau (customer) dah blah. Hahaha. Aku paling barai bila jumpa customer macam ni. Selalu juga aku dah bejalan lepas tu dia blah. Bila aku pusing balik atau berhenti dia patah balik. Eh… Hahaha.
Jadi berlakulah sesi kejar mengejar antara aku dengan customer. Hahahaha. Ada kes juga aku pergi ke arah customer, dia pun gerak untuk keluar. Aku tak stop tapi aku follow je dia sampai keluar kedai lalu aku gelak sorang-sorang. Aduhai. Aku bukan apa guys, kalau diorang dah lama kat situ, bukak sana bukak sini, aku anggap diorang perlukan bantuan. Mungkin nak cari saiz or warna ke. Itu sahaja. Aku tak nak ulas panjang. Memang tujuh keturunan pun tak habis.
Baiklah. Ini sahaja perkongsian aku sebagai seorang promoter. Kerja sebagai promoter memang best. Bagi aku sangat menghiburkan. Hahahahahaha. Sekian. Terima kasih.
– Tok
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit