Betul Ke Susah Untuk Bertudung?

Assalamualaikum semua.

ADAKAH BENAR PERLU TUNGGU KITA BERSEDIA BARU KITA BOLEH BERTUDUNG?

ADAKAH BENAR JIKA KITA BERTUDUNG KITA TAK MAMPU JADI DIRI SENDIRI & BERPURA-PURA?

ADAKAH BENAR JIKA KITA BERPERANGAI BURUK LEBIH ELOK MENANGGALKAN SAHAJA TUDUNG DARIPADA TERUS MEMAKAINYA?

Alasan-alasan kat atas ini selalu kita dengar bila kita nak bertudung atau seseorang nak mulakan menutup kepala mereka.

Betul ke bertudung tu boleh ‘define’ seseorang melalui karakter , hati & personaliti mereka.

Atau tudung sebenarnya adalah sesuatu pakaian yang wajib kita pakai regardless siapa pun kita.

Harini aku cuma mahu kupas betul ke payah kekal bertudung.

Firstly aku nak bagi tahu aku bukan ustazah atau ahli agama. Aku hanyalah rakyat marhaen yang biasa. Dan aku sangat-sangat tak setuju dengan statement orang yang mengatakan ” LEBIH BAIK BUKAK TUDUNG KALAU PERANGAI KAU BURUK MACAM NI”.

Sebab apa aku tak setuju?

Sebab bertudung itu tak define perangai seseorang.

Bertudung itu adalah satu perkara @ pakaian yang wajib kau kena kan pada diri kau, walau dalam jua keadaan. Bila kau dah mula meningkat dewasa ia pakaian wajib kau. Kalau kau tak pakai macam ia benda yang awkard.

Sebagai contoh, apa kau rasa bila kau keluar rumah kau tak pakai kasut & selipar? Rasa pelik bukan? Sebab ia perkara yang MESTI / WAJIB pakai? Siapa bagi tahu kau yang kau wajib pakai kasut or selipar? Tiada siapa pun bagi tahu. Cuma secara alami nya ia benda yang WAJIB di pakai. Plus fungsi selipar adalah nak melindungi tapak kaki atau kaki kau semasa berjalan atau sebarang aktiviti.

Bayangkan kaki, anggota bawah sekali yang kau guna kan cuma untuk pijak2 dan berjalan pun kau protect dengan kasut / selipar inikan pulak kepala. Of course lah wajib kau protect & tutup. Takkan itu pun perlu di persoalkan bukan?

Macam kasut & selipar? Bila kah waktu yang sesuai untuk mula pakai? Actually if kita perasan sejak lahir dah pakai stokin, kasut dan seterusnya. Kau dah di latih untuk membiasakan untuk kau pakai. sehingga kau rasa akan pelik bila tak pakai.

Begitu juga lah tudung. Nak jadi biasa? Nak jadi tak susah? Kena latih. Latih, latih & latih sehingga kau rasa ia sesuatu yang pelik jika tak bertudung.

Dan bagi menjawab persoalan yang betul ke if perangai ni buruk baik bukak tudung tu, aku nak bagi satu lagi contoh. Pernah tak kau rasa if hari2 kau pakai stokin sampai tido pun pakai stokin kau rasa tapak kaki kau lembap & dan lembut. Berbeza bila kau ada direct touch dgn lantai . Sama juga dengan tudung. Kau nak hati kau lembut , pakai lah tudung betul2. Labuhkan lah sehingga ke dada. Biar dia mampu lembutkan hati tu. *ini cuma perumpamaan.

Bila kadang kita bagi alasan tak bersedia lah untuk bertudung? Sebab rasa tak jadi diri sendiri. Pernah tak satu tahap, kau dah patut pakai pakaian dalam tapi kau rasa kau tak bersedia untuk pakai. Sedangkan sudah sampai masanya untuk kau pakai. Kalau tak terkeluar segala apa yang tak patut. Tapi tak silap aku tak pernah plak aku dgr kes orang kata tak bersedia untuk pakai pakaian dalam.

Yang aku dengar, ‘ ish tak selesa lah tak pakai. Kalau pakai yang nipis nanti nampak’. Sama lah seperti bertudung. Sepatutnya tiada istilah tidak bersedia atau belum sampai masanya. Kerana, bila waktu kau sudah makin dewasa kau wajib tutup kepala seperti wajibnya kau tutup bahagian rahsie kau.

Kau patut tahu yang rambut itu tak boleh di perlihatkan pada khalayak seperti mana kau malu jika bahagian rahsie mu terdedah. Jadi kenapa perlu menunggu & memberikan alasan tidak bersedia sedangkan ia benda yang kita tak patut tinggalkan. Kau gelar sesetengah wanita itu tiada maruah sebab dia penampakkn tubuhnya? Tapi bila kau perlihatkan rambut yang patut di sembunyikan itu adakah kau sama taraf tidak bermaruah juga??

Ada yang kata kau ni memalukan orang bertudung je. Perangai buruk baik kau bukak je tudung tu. Ni nak tanya sekejap, orang pergi sekolah tu, adakah semua nya pandai?? Adakah semuanya straight A? Tidak bukan? Adakah semua yang ke sekolah itu orang nya baik bak malaikat. Tak ada ke yang kaki mengumpat. Tak ada ke yang jenis tidur? Tak ada ke yang jenis panjang tangan? Ada je bukan?

Kenapa aku bagi contoh sekolah? Sebab kita dah memang wajib ke sekolahm daripada umur 7 tahun sampai 17 tahun. Di sekolah yang sama, Semua masuk waktu yang sama. Guru sama. Tapi adakah semua perangai nya sama? Tak bukan? Kenapa kita pergi sekolah?

Sebab dia WAJIB. Mak ayah dah suruh pergi sekolah. Kerajaan dah war2 kan kena pergi sekolah sebab nak pandai. Tapi tak 100% pun pandai. Tak semua pun cemerlang. Ada yang jenis kaki tido, ada yang jenis tak buat keje sekolah, ada yang jenis kaki pukul. Tapi kita tetap harus bersekolah. Sekolah tak menjanjikan perangai kita baik 100%.

Sama lah macam bertudung. Bertudung itu WAJIB. Tapi dia tak beri kita lesen yang kita ni Baik. Bertudung tak menjanjikan pun kita ni berhati mulia. Sebab kita kena faham, hati bersih, hati kotor, perangai baik, perangai buruk ini semua masalah personaliti individu. 200% bukan nya kerana tudung.

Apa jua perangai kita, yang penting kita dah buat satu benda yang wajib bertudung. Perangai tu kena ubah. Perlahan – lahan. Kalau kau rasa dulu kau kaki mengata. Kau jaga mulut. Bukan nya bila kau rasa kau kaki mengata, kau bukak tudung. Atas alasan tak jadi diri sendiri. Bukannya tudung tu boleh tutup mulut pun. Mulut tu kena betulkan. Bukannya terbangkan tudung.

Satu lagi yang kurang manis aku rasakan bila sesuatu kesalahan di lakukan oleh wanita bertudung. Tapi tajuk akhbar yang di keluarkan seperti ingin mencalarkan imej secara melampau. Contoh ” WANITA BERTUDUNG MENCURI RM2″. Bagi aku kenapa? Dan kenapa perlu nak letak headlines.”WANITA BERTUDUNG”?

Adakah jika case itu di lakukan oleh seorang lelaki handlines itu akan bertukar menjadi ” LELAKI BERKASUT MERAH MERAGUT” atau ” LELAKI AWAL 20 AN MERAGUT RAGUT?”. Kenapa bila kes buruk melibatkan wanita bertudung harus di highlight sebegitu rupa? Adakah ini cubaan untuk memburukkan sesuatu? Ia hanya lah pakaian wajib kenapa perlu nak di angkat Headlines sehingga begitu.

Aku berkongsi ini nak korang faham. Bertudung ini tak susah. Jangan kita buat dia sesuatu yang susah. Kita cuba beri alasan itu ini. Seperti ia sesuatu yang berat. Sedangkan ia hanya lah sehelai kain bagi menutupi kepala kau. Adakah kau harus menjadi ustazah selepas bertudung? Adakah kau harus datang dengan cerita hijrah kau selepas bertudung. Jawapan nya Tidak.

Bertudung dahulu dan betulkan yang lain nya perlahan-lahan. Kau tak perlu jadi orang lain pun. Gelak lah besar mana kau nak gelak even kau bertudung janji kau bertudung. Bila kau dah penat gila besar nanti, keluarkan gelak kecik & manis. Tudung tak menghalang pun kau menjadi diri kau. Hanya kau sahaja yang meletakkn halangan dan kepayahan itu sendiri.

Maaf jika ulasan aku panjang, dan memedihkan hati. Aku cuma sedih, kecewa, makin hari lebih ramai wanita indah di luar sana yang membuka tudung. Jadi aku nak korang tau ia tak susah. Cuma perlu latih dan jangan menghalang diri korang drp melakukan sesuatu yang wajib. Teach your self.

Aku cuma wanita bertudung yang menjadi diri sendiri.

Assalamualaikum.

– CENTROSS

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *