Assalamualaikum Sis Azna (https://iiumc.com/keluarga-mertuaku/). Saya lebih kurang senasib dengan sis. Suami doktor, saya surirumah, mertua kaki control dan kuat merajuk dengan kami suami isteri. Merajuk yang gaya kalau kami tak bersemuka dan minta maaf, jadi anak derhaka dan ke neraka la kami. Nauzubillah. Saya tak boleh komen kat posting sis sebab mertua saya orang popular huhu. Jadi cadangan saya,
1. Sis kena banyak bincang dengan suami peranannya sebagai suami yang melindungi isteri hatta depan mak ayah dia sekalipun. Rumahtangga terdiri daripada suami dan isteri. Bukan suami, isteri, mak mertua, pak mertua. Salah tu. Suami isteri WAJIBBBB sekepala, satu team yang teguh kukuh supaya orang luar (termasuk keluarga mertua dan sesiapa saja) tak dapat gugat keharmonian rumahtangga.
2. Suami perlu utamakan isteri daripada perancangan mak ayah dia (contohnya pergi kenduri je punnn). Apa-apa sebelum buat keputusan, suami kena tanya isteri dan isteri kena tanya suami. Supaya ada persetujuan bersama dan keputusan perbincangan tu tak berubah bila diasak oleh pihak lain. Ajar dia cakap “tak pasti lagi lah ibu abah. Kena bincang dulu dengan azna macam mana” sebelum buat keputusan. Sebab dia dah kahwin, hidup dia bukan dia sahaja. Dalam hidup dia ada sis azna sekali kan. Dan supaya mak ayah dia tahu yang dalam hidup anak mereka, ada insan lain yang perlu diberi keutamaan juga.
3. Sis kena minta jadual dengan suami dan plan masa bersama suami sebelum dia passkan jadual dia dekat mertua. Kalau dia lupa sis godek la fon dia cari jadual tu. Hahaha. Pesan kat suami, bagi jadual kat sis dulu sebelum bagi kat mak ayah dia.
4. Jangan pendam apa-apa, kalau nak meraung sebab suami asyik ikut cakap mak ayah dia, meraung je sampai meleleh hingus, demam-demam bagai asalkan dia dapat point bahawa tak semua benda kena ikut cakap mak ayah dia. Perangai suami sis ni macam suami saya la. Asyik ikut cakap mak ayah dia sampai hidup kami diatur-atur. Saya ni dah la independant jugak. Jadi memang banyak makan hati berendam air mata la sepanjang perkahwinan yang baru setahun jagung ni.
5. Sis kena banyak ambil hati suami (kalau dah banyak, banyakkan lagi) supaya dia lembut sikit dengan sis. Tackle la macam mana. Try and error. Dia kuat makan, masak banyak2 apa dia suka. Layan dia macam raja siap sedia baju atas katil bila dia balik kerja. Picit badan dia penat kerja, tidur atas lengan dia. Senyum dan gurau nakal ke. Apa2 la yang buat dia sengih memanjang. Sis juga kena tolong dia bagi explanation apa kat mertua sis kalau korang tolak apa2 ajakan mertua (senang cite, nak langgar arahan mertua la..). Jangan biar dia terkial sorang2 cari alasan nak hadap mak ayah dia.
6. Kurangkan jumpa dengan mertua kalau takde keperluan. Saya ni, hampir hari-hari jumpa mertua sebab breakfast la, tu la ni la, macam-macam. Hari-hari salam cium tangan tapi hubungan tegang je. Menantu degil kan taknak dengar cakap huhu. Stress sangat rasa macam dah tak ada masa bersama suami. Bagus la sis kerja, ada alasan untuk elak jumpa. Saya duduk rumah mertua lama, hinggakan dia nampak baik buruk saya, dan saya juga terrrrnampak dah baik buruk mertua walaupun cuba berbaik sangka. Oh ye, duk rumah mertua pun sebab mereka tak bagi pindah. Huhu.
7. Banyakkan berahsia percutian ke apa plan korang. Jangan post di media sosial ke apa supaya mertua tak tahu sangat aktiviti korang. Kalau diorang tahu, jangan melebih-lebih cerita. Kena pesan kat suami jugak. “Pergi bandar je beli barang”, “saja singgah taman kejap nak tengok alam”, “teringin nak makan apa-apa kat pasar malam tu haa..” supaya mertua tak rasa dengki haha.
8. Doa banyak-banyak, ajak suami solat tahajud sekali walaupun dah hampir subuh, pergi masjid solat bersama bila ada masa. Kami suami isteri rasa gembira sangat bila dapat ke masjid bersama dan rindu nak pergi bersama lagi. Semoga sis dan suami pun macam tu.
Semoga sis dan suami kuat hadapi cabaran rumahtangga. Semoga saya dan suami juga kuat hadapi cabaran rumahtangga. Semoga apa saya kongsikan bermanfaat sedikit sebanyak untuk orang senasib dengan saya. Wallahua’lam.
– Isteri hampir murung
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit