Bismillahirahmanirahim. Terlebih dahulu aku mempunyai harapan yang tinggi supaya tulisan yang agak panjang ini dapat didedahkan oleh admin dan dibalas oleh mereka yang boleh membantu dari pelbagai sudut yang arif.
Cerita tentang keadaan emak dan abah aku yang sudah berkahwin lebih kurang 52 tahun. Dan.. selama 52 tahun itulah abah aku jadi “Gaslighting” terhadap emak aku. Aku cuba compress cerita ini sehabis baik.
Aku jumpa satu artikel ini, (link: https://m.facebook.com/story.
Dari aku kecik lagi aku perasan yang abah mmg tak bagi mak aku kerja dan ada duit sendiri, walaupun hanya menolong ipar2nya membuat kerepek. Seboleh2nya abah mahu mak bergantung harap pada abah sorang. Alasannya kedengaran berasas. Contoh;
1. Nanti anak2 terabai pelajarannya dan akhlaknya, diberi contoh yang sangat hampir depan mata, iaitu anak2 saudaranya yang ibunya berkerja mencari nafkah, tidak disekolahkan hingga ke pendidikan tinggi.
2. Nanti dah penat kerja tak urus rumahtangga dan tak urus makan minum anak2 dan suami. Alasan yang abah nyatakan semua mmg on point dengan keadaan persekitaran masa tu. Belanja untuk menyekolah kami semua abah tanggung. Abah menjadi ‘hero’ dan Alhamdulillah, seperti yang abah aku harapkan, adik beradik aku semua lepasan ijazah. Walaupun abah hanya berkerja kampung, ambil upah kait kelapa. Tapi abah ada beberapa keping tanah sendiri hasil pemberian arwah atuk. Aku suspek abah pajak tanah tu.
Untuk pengetahuan korang, abah aku agak negatif person, kalau nampak orang yang abah rasa takde masa depan, abah akan komplen, org tu tak betul didik anak, anak orang ni x pandai, anak orang tu mak bapaknya bercerai. Semua komen2 tu diluahkan pada mak, supaya mak menyokong abah untuk mendidik anak2 supaya jangan jadi mcm anak si polan. Dan emak pun kena taat pada abah kalau tak mahu anak2 membesar dalam keadaan ibu bapa bercerai.
Emak pun hanya boleh angguk dan tak boleh membantah. Bahasa tubuh mak jugak tak boleh menunjukkan yang mak tidak bersetuju dengan cakap2 abah apatah lagi mensihatkan abah tak baik cakap anak orang gitu, gini. Abah akan jatuhkan hukuman kalau emak melawan dan tak setuju dengan arahan abah. Jadi isteri derhaka. Tak cium bau syurga. Abah selalu pasang ceramah agama yang kedengaran bias dan menyalahkan perempuan sahaja. Bila ceramah yang menegur suami abah cepat cepat tutup.
Aku pernah tanya pada mak, kan tak baik mak cakap pasal orang, kenapa abah suka cakap2 mcmtu ya. Mak hanya mampu, angkat bahu dan cakap, abah memang macamtu. Lepastu emak pun nasihatkan aku supaya jgn jd mcm anak sipolan2 tu, emak dgn abah nak adik berjaya masuk universiti, belajar pandai2, mak abah tak belajar pandai. Aku terdiam dan mengiyakan hasrat mak abah. Masa itu aku rasakan abah cuma nak yang terbaik untuk aku dan adik beradik.. Abah bagi contoh yang buruk2 supaya aku tak jadi begitu.
Lama kelamaan aku diselubungi dengan perasaan bajet bagus, bila aku berjaya masuk universiti aku tak lagi contact dengan kawan2 sebab sibuk dengan study. Bila aku tamat pengajian, masa itu baru wujud Facebook, ramailah kawan2 lama yang aku add dan contact semula. Bila aku balik kg sahaja aku ke pasar aku suka dan teruja jumpa kawan2 lama aku di kampung..aku lupa tentang tarbiah abah aku yang dulu2 tu. Dan tidak dinafikan aku memang suka berkawan.
Lagi satu, sebab aku dah tak dengar tazkirah pagi dan pengaruh2 dari abah sepanjang aku study. Aku seronok sahaja berjumpa semua laga2 pipi dan reunion dengan kawan2, beraya bersama keliling kampung. Rupanya abah aku masih tak berubah, claim mereka takde masa depan dek kerana dulu mereka tak pandai belajar. Walaupun pada mata aku, kehidupan mereka tiada cacat celanya.
Mereka mampu survive walaupun kerja kampung, mereka sudah ada kereta dan rumah sendiri hasil jual santan, jual kelapa, jual lembu. Bisnes mereka sentiasa ada permintaan walaupun kerja berat dan kotor, tapi mereka happy. Pada aku, itu bukan masalah besar tuk berbaik dengan mereka. Tapi tidak pada abah. Abah mahu aku jadi orang yang kerja pejabat dan bergaul dengan yang hebat2 sahaja. Tak mahu aku bercampur dengan kawan2 yang begini. Tapi aku tak peduli. Aku kawan senyap2 sahaja dengan mereka semua.
Cara abah cipta ketaatan pada mak secara konsisten. Macam tazkirah subuh di masjid2. Boleh dikatakan setiap pagi selepas sarapan kalau ada benda yang abah tak puas hati, abah akan cakpa cakap cakap smpai abah puas, apatah lagi sekarang abah sudah tidak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda, emak setia menemani abah ke mana sahaja. Orang nampak macam mak dan abah macam loving couple, tapi sebenarnya bukan. Ini lebih kepada ‘cengkaman’.
Mana tidaknya, dari abah sihat dulu pun, abah tak suka mak bergaul mesra lama2 sangat di rumah nenek bersama adik beradik mak. Abah kelihatan tidak senang dan tidak berlapang dada apabila mak bergaul dan gembira dengan ipar duai. Kalau boleh abah nak mak duduk sebelah abah sahaja. Abah nak mak pandang abah ni sempurna dan abahlah yang terbaik untuk mak. Jangan membanding2kan abah dengan suami adik beradik mak yang lebih tinggi ilmu agamanya dan pandai bergurau senda dengan anak dan isteri mereka, membantu jaga anak2. Abah ego, tidak mahu menjadi begitu. Abah juga paksa emak supaya mengakui apa yang abah buat selama ini adalah yang terbaik untuk keluarga.
Abah juga sangat2 tidak suka kami berbaik2 dengan sepupu atau makcik pakcik sebelah abah. Pelik kan? Ini semua aku baru faham bila aku dh berbincang dengan adik beradik tentang perihal pelik abah ni. Apa yang dapat kami simpulkan, abah tak mahu pengaruh abah dalam diri kami luntur. Dan segala apa yang abah pernah cerita tentang adik beradiknya hanyalah prasangka abah yang insecure.
Padahal, kalau kami melawat adik beradik abah untuk beraya atau saja bertandang, takde satu orang pun yang bercerita tentang abah, jauh sekali memburukkan abah. Tapi, apa yang aku kerap dengar, abah banyak cerita tentang buruk orang lain. Abah kononnya mahu beri inspirasi dan nasihat…tetapi perlukah membuka cerita buruk tentang adik beradik sendiri? Untuk tunjukkan yang hanya dia seorang sahajalah yang berjaya mendidik anak dalam kalangan adik beradiknya, berjaya mendidik isteri supaya taat dan sebagainya.
Jika ada tetamu yang datang memuji2 abah kerana sudah berjaya mendidik anak2 dan isteri serta hidup senang rumah besar, itu akan membuatkan abah bangga dan satu hari moodnya akan baik. Tapi, jika abah kehausan pujian lagi, pastinya abah akan mencari kesalahan mak. Salah masak telur pun boleh jadi punca dan mak kene pujuk dengan cara yang dia mahu supaya puas hatinya. Pada abah, emak perlu menghidangkan sesuatu yang betul sebagai tanya emak berterima kasih kepada abah atas segala penat lelah abah kerja mencari duit dan menyediakan barang keperluan tanpa gagal. Sebab itu perlu sempurna seperti yang abah mahu.
Itu semua ego dan permulaan pembaziran. Makanan tu bukannya tak boleh dimakan pun, tapi sebab merajuk konon mahu mendidik emak, telur tu tidak diusik dan abah akan masak yang lain tanda protes. Aku dapat merasakan hati mak hanya diselubungi rasa bersalah yang amat sangat bila abah sendiri masuk dapur dan tak usik masakan mak. Terdera emosi mak..lalu menyalahkan diri sendiri. Maka emak pun akan mengaku salah mak dan terpaksa memuji bahawa abahlah yang terbaik, kerana tak mahu menjadi isteri derhaka. Abah menang dan tak pernah kalah, itulah yang menyebabkan abah semakin rasa dirinya berkuasa veto. Taktiknya terhadap mak berjaya.
Selepas abah rasa puas hati dengan pujukan mak, barulah abah bersuara dengan nada marah2 dan psyco. Selagi abah tak habis bercakap bercerita tentang apa yang dia rasa, selagi itu emak tak boleh beranjak ke tempat lain. Akan dijerkahnya mak dan diungkit perangai mak mewarisi keturunan mak iaitu nenek aku, dan adik beradik mak yang mana tegas dengan suami mereka, dan akan menyatakan tidak bersetuju atas sesuatu yang tidak adil pada mereka. Abah tak suka perempuan begitu, dan abah tak mahu emak jadi seperti mereka. Dan setiap kali kalau ada tindakkan mak yang abah tak senang, abah akan tuduh emak, ni adelah yang mengajar dan menghasut ni supaya melawan.
Hakikatnya, emak hanya penat dan dah sakit2 badan. Mak tertidur pun salah, mak tak respon cakap abah pun salah. Semua benda yang mak buat tak betul dimata abah. Tu baru bab bersembang, belum bab masak dan mendidik anak. Semua abah salahkan mak aku, sampaikan mak aku memang mengakui dirinya bodoh dan tak pandai didik anak dan menantu. Hakikatnya disebabkan kesabaran emak berlembut dan kenaifan mak itulah yang buatkan kami adik beradik sanggup berlama tuk temani mak dan selalu balik kampung, sayang kami emak tanpa sempadan. Kalau abah tak habis cakap malam tadi, esok pagi lepas sarapan akan sambung lagi. Diulang2 banyak kali sehingga mak mengaku yang emak bersalah dan mak isteri yang tak pandai jaga suami.
Bila kami dah berkahwin, kami adik beradik perempuan dapat suami yang memahami dan pandai berdikari sesuai dengan perkembangan zaman sekarang. Setakat ambil air sendiri dan urus makan n siapkan anak2, menyapu sampah tu semua dah jadi rutin mereka. Abah aku marah emak, kenapa tak ditegur anak2 perempuannya buat suami macam hamba. SubhanAllah AllahuAkhbar. Kami anak2 perempuan sentap, bila emak kene marah hanya kerana suami kami menjadi baik untuk kami. Kami stress bila setiap kali balik kampung emak akan jadi punching beg kalau nampak suami kami uruskan diri sendiri dan bantu kamu uruskan itu ini.
Sampaikan ketika kami dalam pantang pun, abah tak senang tengok kami ni baring berehat tanpa buat apa2. Dia tak tanya2 pun yang kita ni tak sihat ke, tak tido malam ke. Nanti akan kedengaran di luar rumah, mak kene ceramah dengan abah kadang sampai berejam2 sampai mak lambat masak dan aku dah masuk angin. Bila dah sekali kene macamtu, petang tu aku sendiri siapkan makanan sendiri tak tunggu mak. Sebab aku tak sampai hati dengar mak kene leter dengan abah sampai 3 jam pun tahan tau.
Sehari dua hari aku tahan. Masuk hari ketiga, aku cakap dengan suami..aku nak balik berpantang sendiri, tapi suami aku tak benarkan lagi sebab dia masih kerap outstation, dan anak masih kuning. So, dia uruskan aku ke rumah ibunya yang boleh bawa anak pergi ke hospital untuk check kuning, sehinggalah anak habis kuning. Macam manelah keadaan mak dulu masa berpantang kami adik beradik ya? Tapi menurut mak, adik beradik perempuan abah dan nenek akan datang tolong jaga mak. Tapi orang2 itulah yang dimusuhi oleh abah. Serius aku tak faham.
Satu lagi perangai abah ni, depan orang luar abah sangat berbeza. Orang luar nampak abah ni funny suka mengusik, melawak n pandai bersosial. Abah sangat mudah pengaruh orang luar tuk dapat jawatan macam2 di kampung. Antaranya, pernah memegang jawatan di masjid dr AJK sampailah Pengerusi masjid, sebelum tu, pengerusi surau, menganggotai pasukan Rela dan kalau ada mesyuarat PIBG atau rumah sukan, mesti abah akan tersenarai diantara orang penting.
Tapi..bila di rumah, abah jadi orang yang sangat berbeza. Tak banyak cakap dan muka bengis, jarang senyum bila dengan mak dan anak2. Aku fikir baik pada awalnya, mungkin ini mmg cara orang lama mendidik keluarga. Tapi, lama2 aku perasan yang abah ni ada agenda. Abah memang suka memanipulasi orang, bila abah perlukan sesuatu abah akan cari orang yang berkepentingan untuk mintak sokongan.
Tapi, bila tiada kepentingan, abah tak pernah pun puji2 orang2 tersebut, abah hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan abah sahaja. Apatah lagi dengan adik beradik abah yang abah pandang rendah. Tak mampu sekolahkan ank2 mereka sepertimana yang telah abah lakukan. Itulah alasan abah berulang kali bila mahu emak bersyukur dan beruntung emak berkahwin dengan abah, nasib emak terbela, xpayah susah kerja semua tersedia.
Tapi hakikatnya, itu semua bukanlah tanggungjawab yang abah ikhlaskan. Rupa2nya abah buat ini semua hasil duit pajakkan kebun, abah berhutang banyak dengan tokey2 kebun. Abah memberi dengan harapan pemberiannya akan dibalas oleh anak2nya. Abah sentiasa buat hutang baru dan pajak tanah lagi, hinggakan sampai satu tahap abah membazir. Abah buat hanya untuk menunjukkan kemegahan n kebanggannya anak2nya sudah berkahwin, berjaya dan berkereta besar semuanya. Lalu dia membina rumah besar.. tapi yang besar bukan untuk isi rumah. Tapi untuk ditunjukkan apabila tetamu datang.
Kami yang sudah beranak pinak ni, walaupun dah sumbangkan macam2 untuk rumah tu, tapi tiada bilik tuk kami menjaga aurat dengan ipar duai. Abah tidak pernah berbincang atau tanya pendapat kami. Tahu2 sahaja abah akan suruh emak call salah seorang dari kami, minta duit untuk bayar hutang kedai yang menjual bahan binaan. Setiap kali kami balik kampung akan ada sahaja binaan baru yang tidak masuk akal. Dari halaman rumah yang luas, jadi sempit bertiang seribu.
Kami adik beradik sudah hilang sabar, aku dah warning abah, jangan tambah apa2 lagi. Sebab kami dah tahu hal pajakkan tu. Sumber pendapatan mak abah dan makin kurang. Kini abah kacau duit bulanan yang adik beradik aku bank in kan pada mak. Aku sangat yakin, yang mak tak pernah dapat nafkah dari abah dan kini simpanan mak pula abah usik. Kami marah dalam diam. Mak merelakan sahaja abah perlakukan mak sebegitu kerana tarbiah2 abah setiap pagi tu melembutkan hati mak untuk berkorban dan terus berkorban. Walhal itu semua hanya untuk kepuasan abah.
Cerita ini lebih tragis hingga dihalau dan usaha 2 alternatif yang penuh misteri. Terpaksa aku stop sini dulu supaya korang bernafas dan boleh bagi pandangan dulu.
– Dahleeya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit