Taksub Beragama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni aku nak share sikit berkenaan agama. Tapi bukanlah aku nak celoteh pasal teori agama. Cumanya aku nak share tentang perjalanan spiritual aku. Dan aku percaya semua orang pun ada perjalanan spiritual masing-masing. Kalau nak tahu, pengakhiran seseorang menjadi ateis pun dikira sebagai perjalanan spiritualnya juga, hehe.

Dalam timeline hidup aku, seperti kebanyakan orang aku dididik dengan agama Islam dari kecil. Macam biasa la belajar solat dan mengaji Quran. Masuk alam sekolah menengah just belajar teori2 agama, tapi dah mula juga la dalam kepala mula persoal itu ini berkenaan agama.

Awal umur aku nak cecah 20 an, aku dah mula mengkaji dan explore penulisan2, buku2 dan artikel dari sumber yang dikatakan sebagai ajaran sesat. Sebab dari kecil aku dididik dengan satu aliran sahaja, maka timbul semangat inquiry dalam diri apabila diri semakin dewasa.

Lazimnya, kita diajar untuk menghindari golongan sesat dan aliran sesat. Kita menghindari dari mereka atas alasan mereka adalah sesat. Itu sahaja! Aku tak boleh berpegang pada prinsip begitu, kalau ye sesat jelaskan lah apa yang sesatnya.

Jadi aku berpegang pada prinsip aku sendiri, jika aku dengar satu aliran sekian sekian adalah sesat, aku kaji sampai cerna. Baru aku buat keputusan, tapi tak adalah sampai aku nak menyesatkan orang. Aku just sampaikan hujah aku sendiri kalau aku dapati fahaman mereka ada kelemahan atau tidak.

Ada juga buat research tentang agama selain dari Islam. Dan aku ada juga pengalaman berbual dengan seorang kristian. Dan peristiwa ni berlaku secara spontan, antara aku dan strangers, pertemuan pertama dan terakhir dalam perjalanan aku travel naik bas.

Masa tu di KL, aku nampak ada aunty ni bila dia masuk bas dia buat tiga sentuhan seperti biasa orang kristian berdoa, benda yang selalu boleh nampak dalam live epl. Aunty tu terus duduk sebelah sit aku. Ntah kenapa tergerak hati nak bertanya, secara spontan aku pun tanya.. ‘aunty seorang kristian?’ Dia jawab, ya.

Aunty tu pun tanya lagi kenapa aku tanya macam tu, aku cakap je lah aku curious je pasal kristianiti. Lepas tu dia pun mula berceloteh pasal kristianiti, memang panjang kalau nak cerita sampai habis. Cuma aku tertarik dengan satu benda dia kasitau, dan aku nak highlight hal tu.

Aku tertarik apabila dia katakan bahawan keimanan manusia ini tidak semestinya ditemui berdasarkan kajian ilmiah semata2. Mulanya aku bangkang la juga dalam minda aku, dah tu takkan nak semberono je memilih keimanan.

Sampai rumah pun aku duk pikir-pikir balik apa yang aunty tu cakap. Sambil aku belek2 la kisah nabi menyampaikan dakwah. Bila aku baca kisah nabi berdakwah seolah2 sama dengan apa yang aunty kristian tu katakan. Memang kebanyakan dari golongan Arab jahiliyah susah nak dibilang mereka masuk Islam kerana perdebatan, diskusi ilmiah dan sebagai nya.

Hz Umar r.a saja masuk Islam kerana alunan tilawah Quran. Ada yang masuk Islam kerana nabi cuci najisnya. Ada yang masuk Islam kerana nabi tolong dirinya, dalam masa sama dia menghina nabi sebab dia tak tahu sebelah dia tu orang yang dia sendiri hina. Ada yang tak pernah jumpa nabi, dari jauh dah kenal nabi. Ada yang lari dari rumah lepas dengar nabi dah muncul.

Kalau diperhati lembaran sejarah dakwah nabi jarang2 ada diskusi ilmiah, perdebatan agama dan seumpama. Secara ringkas, nabi memenangi manusia dengan menakluk hati manusia. Cara dakwah yang paling simple, berkesan tapi tak ramai boleh buat termasuk aku.

Hari itu agak aneh, aku ditemukan dengan seorang aunty kristian, pertemuan secara spontan, berjumpa buat kali pertama dan terakhir, dalam perjalanan singkat aku diberitahu bahawa keimanan tidak semestinya diperoleh semata2 melalui kaedah intelektual.

Hari yang sangat aneh, entah mimpi atau bukan. Sampai hari itu aku rasakan perjalanan rohani aku semakin bermakna.

Syukur ke hadirat ilahi.

– Ahmad

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *