Untuk part I, (https://iiumc.com/gaslighting-manipulative-dan-pendera-emosi/).
Bismillah… Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua komen2 memberangsangkan dalam confession aku yang lepas. Aku sangat2 hargai respon yang sangat baik dari kalian. Terima kasih jugak pada yang menasihati kami supaya sabar dan bersangka baik. Aku adik beradik n mak dah banyak dh dengar orang bagi nasihat macamni… kalau aku dan adik beradik tak sabar, rasanya ayat aku takkan mampu setenang ini.
Terima kasih juga pada komentar2 yang ilmiah kerana memberi respon yang sangat aku perlukan.. andalah penguat untuk aku membuat confession ini. Sebelum ni aku sangat berhati2 kerana tak mahu membuka aib kelurga. Aku boleh agak, sepupu2 aku boleh baca tulisan aku ni dan mereka boleh tahu aku siapa. Tapi aku terpaksa buat begini sebab aku sangat2 ingin tahu pendapat dan kalau boleh peguam syariah, pakar psychology atau orang arif yang boleh bagi pendapat. Aku juga yakin, ada wanita lain diluar sana perlukan sokongan macam aku. Ade beberapa komentar yang aku suka nak respon. Diharap sambungan ni dapat menjelaskan segalanya, harap aku tak tertinggal apa yang patut aku kongsikan.
Benda ni berlaku dua tahun lepas. Adik perempuan mak aku ade buat kenduri kat pekan besar, abah aku benarkan mak aku pergi dengan abang aku, dan kami adik beradik kumpul berjumpa di sana. Abah aku tak nak ikut. Tak larat katanya. Majlis tengah hari, tapi mak aku datang dalam pukul 9-10 macam tulah.. kalau dulu2, mak aku bermalam dan bergotong royong bersama. Tapi sejak abah dah berkerusi roda, mmg semua orang fahamlah dan tak kisah pun, kenduri sekarang pun pakai ketering tak macam dulu2. Tapi jauh di sudut hati mak aku, die teringin jugak nak berkumpul sama2 dengan adik beradik macam dulu. Tapi mak aku simpan dalam2, semua orang termasuk makcik pakcik aku, even aku adik beradik ambik positif..zaman dah berubah.
Walaupun berhadapan abah yang negatif tu, kami hadapi dengan positif. Sebab mak kami ni, kalau korang boleh nak gambarkan, seorang perempuan yang cakapnya tak pernah kasar, senyuman tak pernah lekang dari bibirnya, semua orang yang baru jumpa mak aku, pastinya akan jatuh sayang. Kawan2 baik aku, kalau datang rumah aku, mesti nak jumpa mak aku. Sepupu2 aku tak payah cakap lah. Boleh dikatakan banyak orang sayang mak aku. So, adik beradik mak aku pun, seboleh2nya nak kakak die ada dengan diorg. Tapi… apakan daya. Cengkaman abah aku sangat jitu. Sampaikan diorg pun tak berani nak lebih2 dengan mak aku.
Abah aku pulak, depan keluarga belah mak, pijak semut pun tak mati. Semua kesukaan makcik pakcik n nenek aku dia akan tunaikan (biasanya bab makan). Kat rumah nenek aku, kalau makan abah aku boleh basuh pinggan sendiri, menolong masak kat dapur. Tapi…kalau kat rumah. Haram. Abah nak tunjuk kat orang yang abah pandai masak dan boleh buat kerja dapur. Hakikatnya, abah aku tahu masak jer, lepas tu tinggalkan mcm tu jer. Sampah pun tak buang.
Kerja rumahtangga? Seumur hidup aku, aku tak pernah nampak abah menyapu kat rumah. Halaman rumah pun tak pernah. Basuh baju? Sidai? Lipat? Jauh sekali. Tapi..orang dulu tak kisah pun kalau lelaki tak buat tu semua kan. Cuma, aku rasa abah aku tak payah la overclaim yang dia bagus mengalahkan orang lain. Aku sabar jer dgn perangai abah ni, dengan anak perempuan abah suruh macam2, tapi dengan abang2, abah suruh belajar jer. Adillah sangat kan?
Berbalik pada majlis. Majlis mula sebelum zuhor, aku n adik beradik aku happy giler dapat kumpul dengan makcik2, dan sepupu. Tak sedar waktu berlalu pantas. Masuk azan Zuhor, mak n aku semua solat on time. Kami minta izin nak balik, tapi cari abang tak jumpa. Rupanya abang tidur di surau berhampiran. Aku dan mak tunggu jelah sampai abang bangun. Lepas tu makcik aku tahan kejap, nak bungkuskan makanan, nak bagi abah aku merasa lah sedikit juadah. Tunggu lagi. Mak dah gelisah dah, mak dan abang dah tunggu aku dalam kereta. Suami aku ade hal dari kenduri tu dia terus pergi. So, aku balik kampung sekeretalah dengan abang, mak dan anak2 aku dan sorang anak saudara lelaki.
Di pertengahan jalan, mak teringat yang abah kirim KFC. Abang pusing semula ke pekan beli KFC. Masa dalam perjalanan tu, ade pembantu Indonesia kami pada masa itu, suami isteri..call mak bagitahu yang abah sudah marah2, suruh mak cepat balik. Kami pun kelam kabut lah..ingatkan KFC tu dapatlah lembutkan hati abah.
Tapi..sesampainya kami di parking, kami releks2 lah nak masuk ke anjung sambil ucapkan salam. Anak2 aku semua dah berlari2 tak sabar nak jumpa atok mereka nak main dalam rumah. “Jangan masuk!!” Jerit abah dari dalam rumah. “Siapa berani pegang pintu nanti jatuh lafaz” anak2 aku semua patah balik ke arah ku semula, aku cuba memujuk, “ni anak adik lah abah, bukak lah pintu”. Kataku lembut dan selamba macam tiada apa berlaku.
“Pergi!! Semua pergi!! Jangan sesiapa berani masuk sini!!” Jerit abah lagi. Aku pandang abang n mak aku. Mak dah terduduk lesu kat buaian besi dengan muka tenang, tapi keruh. Abang aku pulak arahkan aku tuk jauhkan diri dari pintu dan masuk semula dalam kereta. Ikut sahajalah arahan abah tu. Abang aku pimpin mak aku semula ke kereta.
Pembantu Indonesia kami, Tini dan Rizal semua dah kecut perut dengar semuanya. Tini dh peluk2 mak, “usah pergilah nenek, Tini takut kalau nenek ngak ada, gimana Tini nek..” mak aku dh hilang kata2. Abang pun cakap sepatah dua kata dengan Rizal, aku lupa dah apa yang mereka bualkan, sebab aku lebih fokus pada mak dan kak tini. “Jal!! Tini!! Masuk!!” Jerkah abah lagi. “Tunggu apa lagi? Cepat pergi!! Masuk kereta, pergi!!”.
Abang aku pun tamatkan perbualan dan terus masuk dalam kereta, Rizal dan Tini menjauhkan diri dari dilihat oleh abah dari tingkap. Aku pandang muka emak, takde setitis air mata pun. Tapi aku cuba menyelami. Aku pun perhatikan muka anak abang aku yang lelaki tadi, dia kelihatan bingung tapi mendiamkan diri sambil pandang keluar kereta. Sepanjang perjalanan tu kami sunyi sepi. Anak2 aku yang kene jerkah tadi pun seolah2 faham, senyap dan tertido dalam pangkuan emak, lagi dua orang disisi dan pangkuan aku.
Aku menghubungi suami aku, jumpa di pekan semula. Suami aku pelik. Aku cakap, nanti jumpa kite story. Sampai ditempat yang dijanjikan, suami aku dah tunggu di sana. Abang keluar kereta dan bercakap dengan suami aku di meja kedai yang belum beroperasi. Dalam 10 minit, selesai..aku masuk kereta suami aku dgn anak dua orang, sorang lagi abang suruh aku biarkan dengan mak. Kami pulang ke rumah masing2 dan sepanjang perjalanan aku ceritalah dgn suami aku apa yang berlaku. Mak dihalau sehelai sepinggang. Dompet n IC pun tak bawak. Tapi aku tak rasa tu masalah besar, kami boleh jer belikan mak baju baru.
Pada masa itu, aku rasa bebas n lapang. Cuma aku sedang meneka apa yang mak fikirkan. Hari pertama mak di rumah abang, aku datang teman mak waktu abang dan kakak ipar aku bekerja. Rumah kami tak jauh sangat. Suami aku pun memang suruh aku temankan mak, die sudi hantar dan ambik. Hari minggu pulak, adik beradik aku yang lain datang. Masa ni kami diam2 jer tak bagitau saudara mara, kami rasa free giler sebab mak ada dengan kami setiap masa. Siap kami sambut harijadi mak dan adikberadik lagi. Tapi, rupanya kat kampung dah kecoh.
Pada hari minggu, sepupu lelaki kami dari kampung nak datang jumpa kami, nak bincangkan hal ni. Dia ceritalah apa yang dah berlaku di kampung. Sebelum ni pun jiran aku, seorang Ustaz dah mesej kami semua yang abah panggil dia datang rumah, tapi kami tak ambik kisah. Sebab kami yakin, abah tak bercakap hal sebenar. Lagipun Ustaz tulah yang paling abah musuhi sepanjang duduk berjiran, ade sahaja yang abah aku xpuas hati tentang ustaz tu.
Aku tahu, dan aku tak suka abah aku cakap macam2, tapi ape boleh buat, diam jelah. Dan aku sangat pasti yang abah takkan mengaku, abahlah yang halau kami. Takkan dia nak menjatuhkan air mukanya sendiri dihadapan orang yang dia musuhi. Lagipun ayat Ustaz tu pun tak melambangkan yang dia memahami cerita sebenar. Pastinya terlalu banyak yang abah cuba sampaikan pada dia tentang salah mak, tapi tidak synchronized dengan keadaan.
Makcik dan pakcik aku belah mak aku pun dah tahu cerita, sebab lepas kami dihalau, ade adik lelaki mak dan isterinya datang rumah nak jumpa mak, rindu sebab lama sangat tak jumpa, tapi mak takde. Abah kata mak pergi rumah abang, lepas tu abah membebel ape ntah dengan diorg, diorg pun malas layan abah, sebab dah masak jugak dengan perangai abah, lalu mintak diri. Mereka sampaikan cerita tu pada adik beradik mak yang lain, semestinya mereka pelik. Mustahil kakak mereka tega tinggalkan suami yang uzur tu. So, mereka pun menyiasat lah. Tanya mak ada di mana. Aku dan adik beradik tak cerita banyak, just cakap, mak ada kat rumah abang.
Lepas dua hari, abah ade call abang aku tuk suruh mak aku balik, tapi abang aku kata bagi mak masa. Masuk hari ketiga abah aku buat laporan polis melalui telepon kononnya ditinggalkan isteri. Abah jugak datang pejabat agama dengan kawannya, atas isu yang sama dengan hanya membawa kertas report yang ditulis sendiri, bukan yang polis print. Aku suspek abah buat begitu, antara dua. 1. Mengugut mak dan abang. 2. Jika abah yang buat report dahulu kepada pejabat agama, di mata masyarakat kelihatan seolah2 memang mak yang tinggalkan abah dan ingkar. (Peguam, tolong ulas)
Pada waktu itu, abang akulah orang yang paling kusut. Sebab dapat banyak mesej, dan call dari jiran, dari pejabat agama, dari pembantu Indonesia, dari pakcik makcik yang bertanya keadaan semasa dan mencuba untuk menghulurkan bantuan jika perlu. Kerana ada salah seorang adik ipar emak tok kadi yang faham selok belok masalah begini mengikut undang2 syariah. Tapi malangnya, abang aku menafikan yang dia memerlukan bantuan. Abang boleh uruskan sendiri. Aku dah rasa tak sedap hati. Tapi masih beri kepercayaan pada abang.
Pembantu indon tu ada beritahu abang, ada polis datang jumpa dia di pekan baroh, bertanyakan betulkah, abah buat laporan polis katanya isterinya tinggalkan dia. Rizal jawab “mana ada, dia yang halau!, kami saksi disitu, nenek dihalau sehelai sepinggang”. Terdiam melopong polis tu.
Abang aku masih bekerja seperti biasa, tapi otak abang aku ntah kemana. Abah call tak kira masa, semua adik beradik aku abah call termasuk menantu2 semua. Takde siapa jawab. Tu pasallah abah aku g heboh kat jiran2, anak2 saudaranya dan adiknya mintak no telepon orang ini, org itu. Walhal orang2 ni semua abah aku kutuk2 selamani. Orang itulah yang abah cari sekarang, sebab terdesak.
Kami adik beradik dengar cerita ni dari sepupu kami yang datang dari kampung malam tu. Ada juga sumber2 lain yang memang membuatkan aku tersenyum. Lawak pun ada. Kawan aku pun ade wassup aku, die kata abah aku mintak die datang teman abah aku kat rumah. What??? Aku serius rasa abah aku punya terdesak tu mmg kaw kaw. Tapi masih ego. Aku mmg tak percaya yang abah aku dah berubah setelah apa yang berlaku ni. Sebab aku memang dah masak dengan perangai abah aku.
Tapi..lain pulak pada abang aku. Masuk hari ke5 kot, aku dh lupa dah. Abah hantar SMS ‘dah jatuh’ pada abang, yang membawak maksud abah lepaskan mak lebih kurang macamtu lah ayatnya. Tapi serius tak jelas. Korang fahamlah, orang tua bila tulis mesej mcmne. Ayat tunggang terbalik dan takde bunyi cerai tu. Aku senyum jer. Tapi abang tak. Aku dah mula menyelami apa yang abang fikirkan. Mesti pasal apa yang bakal berlaku next, siapa nk jaga bapak n siapa nk jaga mak.
Yang mak pulak, sepanjang diam tu, rupanya mak memang dah agak yang abah akan buat kecoh sekampung macam kes sebelum ni. Sudah pasti abah takkan cakap hal sebenarnye, abah akan ckp yang mak tinggalkan dia dan anak2 pentingkan diri. Kenyataan abah semestinya tidak akan mengaku salah sendiri, dia akan mencipta seribu satu ayat yang membolehkan orang simpati dan menyokongnya. Aku tanya mak, mak okey? Tapi mak sangat2 tenang, sepanjang di rumah abang, mak solat dengan tenang, tidur malam, anak saudara aku yang perempuan akan temankan.
Mak tak banyak cakap, dan bila kami adik beradik berkumpul, bawak mak makan western diluar. Memang bebas sangat rasanya. Semua orang layan mak special. Tapi aku dapat rasa, jauh disudut hati mak, ruginyalah abah tak merasa kasih sayang dan kemeriahan ini. Sebab sebelum2 ini, kalau ada abah, emak takkan boleh enjoy dengan anak2 dan cucu2, seperti ada tembok besar yang akan menghalang kami untuk bermesra dan keadaan rasa kekok. Tapi kali ini, emak pula yang terasa kekok. Tapi kami adik beradik rasa seronok sangat. Berdosa pulak rasanya kan? Abah sorang2 dengan dunia dia, kami disini berseronok2. Tapi aku buang rasa bersalah tu, dah abah halau kami. Bukan salah kami.
Sekarang ni fokus aku dah beralih pada abang aku. Sejak sepupu aku datang haritu, abang mula kendur. Adik beradik perempuan aku termasuk kakak ipar aku dah rasa lain. Kami faham abang tersepit dan tertekan. Tapi kami sangat2 berharap abang terima bantuan dr pakcik2, jangan bertindak sendiri. Malangnya, itulah yang berlaku. Abang balik kampung sendiri, bincang apa ntah dengan abah, takde saksi dan takde bukti. Tapi pastinya abang bertanya tentang SMS abah dan apakah niat abah. Aku ada tanya pada abang, tapi ntah apa yang abah cakap pada abang, aku pun tak dapat info jelas dari abang. Cuma abang cakap, abah takde niat nak ceraikan mak. Pada hari yang sama juga, abang buat keputusan sendiri untuk bawa mak pulang ke kampung.
AllahuAkhbar. Gelap tiba tiba pandangan aku. Kakak aku orang yang paling marah dengan keputusan abang buat tanpa bincang dengan adik beradik lain dan meyakinkan mak yang abah dan berubah. Dan abah mengaku tiada niat menceraikan mak. SubhanAllah AllahuAkhbar. Serius aku sentap, apatah lagi kakak aku. Marahnya pada abah dan abang bukan kepalang. Tapi apakan daya, kuasa lelaki. Dan emak pun sudah dikembalikan kepada abah.
Aku tak pasti apa yang berlaku ini betul atau tidak, memang ada abang dan mak merujuk ke pejabat agama setelah dihubungi untuk datang bagi kenyataan. Tapi aku tak turut serta. Jadinya aku tak boleh jadi defender mak. Semua abang yang uruskan. Emak? Emak dah lama tak pernah buat keputusan untuk diri sndiri selama lebih 50 tahun. Apa yang boleh kita harapkan, lagi2 dalam keadaan mak tak pernah didedahkan dengan hak2 isteri yang sebegini kerana abah menyekat emak untuk menambah ilmu. Mak hanya serahkan bulat2 pada abang.
Kalau orang simpati pada abah aku yang dh berumur 70an sakit pulak tu, bagaimana pula kasih kami pada ibuku yang berumur lewat 60an yang dicabul haknya tanpa ada sesiapa pun yang boleh kurangkan sedikit penderitaannya. Kalau hal abah aku, adik beradik aku bukan kejam untuk tinggalkan abah aku tidak terbela. Kami bukan anak2 jenis itu. Dan emak? Emak jugak menghidap sakit tulang belakang dan sudah bongkok, jalan pakai tongkat. Emak semestinya mahu dihujung2 hidupnye berehat2, simpan tenaganya untuk beribadat dan buat apa yang dia mahu buat.
Tapi, aku juga tidak mahu melawan takdir, jika inilah kemahuan Allah, sekurang2nye kami sebagai anak sudah usahakan sesuatu yang terbaik. Jika sabar emak selama 52 tahun, sabar dan trauma kami adalah seumur hidup kami menyaksikan penderaan emosi ini, anak2 kami pun sekarang saksi neneknya dibuli, mereka hilang hormat pada atuk mereka, dan sukar untuk kami lenyapkan memori mereka, oleh itu sehabis boleh, kami tak mahu menyerah sebelum mencuba pelbagai cara.
Kesalnya aku rasa. Kesal sebab aku sekali lagi percaya pada lelaki, rupanya lelaki tu pun tak mampu melindungi mak. Aku kecewa dengan abang, aku marah tapi aku tak boleh nak zahirkan. Sebab aku adalah satu2nya adik yang boleh menjadi tempat abang aku bercerita. Dengan adik beradik lain, abang aku susah nak bercerita. Jadi aku tak mahu nanti aku susah dapat info dari abang. Tapi..hati aku merintih, kenapa semua lelaki, termasuklah sepupu lelaki yang datang tu tak mahu pengakhiran cerita ini diselesai dengan penceraian. Buruk sangatkah penceraian itu sampaikan sanggup letak perempuan ni dalam penganiayan.
Walaupun aku sehabis baik cuba untuk bersangka baik dengan ketetapan Allah, tapi.. jauh disudut hati aku, aku rasa lelaki dalam dunia ni ada ilmu, tapi hanya untuk selamatkan diri sendiri, bukan untuk melindungi wanita yang teraniaya. Sekalipun mak setuju, itu tak bermakna mak redho. Mak setuju, sebab kakak ipar bagitahu, yang abang hampir dibuang kerja kerana prestasinya teruk sejak kebelakangan ini. Sudah pasti mak aku tak mahu itu menjadi punca mereka suami isteri susah, cucu2nya pun akan terkesan.
Aku tak mampu tulis lagi, sebab aku sedang menahan emosi. Lain kali aku sambung impak keputusan yang tak rela ini. Aku mohon mana yang pakar, tolonglah bagi komentar yang berkaitan dengan syariah.
– Dahleeya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit