Assalamualaikum. Bila saya dah confess kat sini maknanya saya memang dah desperate nak minta tips/info dari readers. Huhu. Maafkan saya…
Baby saya sekarang berumur 10 bulan. Dia dah mula makan tanpa blend. Dah ada gigi 4 batang. Dia bukan picky eater. Tapi memang totally reject food. Pelbagai tekstur saya dah cuba, dari sejuk ke suam. Resepi jangan cakap, ayam masak merah versi baby, tomyam versi baby, paprik, nasi goreng, segala sup, kari versi baby, ayam kurma.. bubur.. oat, noodles, pasta… pun tak mau makan.
Saya dah cuba letak kat kerusi makan, suap sambil baby main. Atau bagi dia makan sendiri. Dia tak nak makan jugak. Siap panjat keluar dari kerusi makan tu ha.. Kalau makan sendiri tu 3 suap kecik cenonet tu jela pastu stop. Then how??? Mana nak datang zat? Btw saya breastfeed baby. Susu je la dia takkan reject. Bagi makan, tak sampai 5 minit meronta menangis macam kena pukul. Campak2 makanan tu.
Ok, ibu is sabar. Tapi bila dah setiap hari.. for a few months macam ni.. ibu kadang-kadang rasa macam erghhhhh aaaaa gerammmmm. Geram sebab satu, dengar baby menangis macam kena pukul. Kedua, sebab makanan yg kat lantai tu.. hampir 20 kali mop/sapu… baju kotor dgn makanan nak cuci lagi… tambah lagi nak masak, bagi makan anak 4 tahun. Masak untuk husband lepas balik kerja, cuci pinggan takyah cakap. Kerja mencuciii je laaa..
Ok saya boleh handle yg lain tu.. kalau, kalau.. baby nak makan. Sejam habis pun jadi lahh nakk. Tapi dah 4 jam satu mangkuk tak habis lagi. Banyak lagi kerja rumah nak buat.. hurmm. 3 suap kecik je makan … ibu ni penat jadi clown didi and friends semata nak pujuk dia makan. Berat dia dah turun.. asyik nak menyusu je..
Ibu is buntu sangat2… penat masak sedap sedap untuk baby tapi pandang pun idookkk… ketap bibir tuu.. baby sulung saya dulu elok je makan. Behave, selera je makan. Tapi yg 2nd ni.. memang normal, takde autism, takda hyperaktif ke apa.. cuma reject foods.. please ibu ibu bapa bapa kat luar sana ada tips tak..
Kalau boleh saya taknak suap paksa, takut dia lagi traumatize untuk makan. Dah few months macam ni.. surrounding environment pun ada juga test tukar-tukar. Tapi? Hmm.. gitu jelaa. Kawan kata 2-3 suap sehari dah kira ok.. tapi nurse klinik kata tak cukup… nurse minta saya try cari cara pujuk makan. But howww? Dah cuba hampir kesemua. Ada lagi ke saya tak buat ye?
Baby ada slight juling, so dia tak boleh tengok tv/gadjet. Ibu la kena menyanyi untuk dia. Ada ke masalah macam saya ni? Marilah kita ber huhuhu…. thank you ye admin kalau disiarkan. Harap ada lah yang membantu.. Memang dah tahap nak pengsan tengok mop dah ni. Saya perlukan tips untuk pujuk si kecik makan.. then i can be the happiest mother in the world. Yeay~
– Ibu stress
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit