Assalamualaikum buat pembaca semua. Namaku Humaira, bukan nama sebenar. Berasal dari Kedah dan umurku 25 tahun +.
Aku merupakan seorang pelajar Master di salah sebuah Universiti Awam di utara tanah air, Aku ingin menceritakan perjalanan hidupku disihir tanpa henti. Sudah setahun lebih aku menderita sakit sihir atau santau angin buatan orang.
Aku rasa, hanya orang yang pernah sakit disihir yang dapat rasa macam mana tersiksanya zahir dan batin. Bermula episod aku disihir yang sangat teruk, aku rasa tak perlu untuk aku menceritakan sedetailnya , bagaimana sakit yang aku rasa.
Dah banyak tempat aku pergi berubat, dan dah banyak duit yang dah habis. Setiap kali aku pergi berubat, aku sembuh, kemudian, selang beberapa minggu, aku sakit lagi. Kadang-kadang aku rasa macam mahu berputus asa, aku rasa dah give up dengan semua ni. Tapi, Allah sentiasa ada untuk aku, aku perlu kuat menghadapi apa jua Ujian yang Dia beri.
Aku sedih bila dapat tahu orang yang hantar sihir dekat aku ialah bekas Supervisor aku dulu, waktu di sekolah. Waktu aku praktikal Guru di sekolah tu. Dari waktu mula aku sakit, tak pernah lekang dibibir aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan pendinding.
Satu persatu Allah tunjukkan dalam mimpi aku. Aku ingat lagi waktu first aku sakit teruk, aku telah bermimpi bekas supervisor aku berdiri di tengah diantara dua ular tedung selar yang panggungkan kepala. Allahuakbar, sangat seram.
Selain itu, sepanjang aku sakit juga, aku pernah mimpi tengkorak, mayat berdarah, dan bermacam-macam lagi benda yang aneh , seram dan pelik. Macam-macam lagi kisah seram dan halangan yang terjadi dekat aku sepanjang aku hendak berubat.
Sehingga ke hari ini, aku masih lagi sakit, tapi Alhamdulillah, tidak seteruk seperti dulu. Kali ini, lagi dahsyat permainan sihir ni. Waktu Subuh, aku pernah termimpi bekas supervisor aku, kemudian, aku terkejut bangun dan terjaga, aku rasa seolah aku sangat rindu dengan dia dan terbayang muka dia. Aku rasa macam nak pergi sangat-sangat dekat dia. Allahuakbar, dahsyat sungguh sihir ni.
Aku dapat tahu yang dia telah pun gunakan gambar aku utuk memuja , buatkan aku teringat dekat dia. Selain dia mengupah orang lain untuk sihir aku, dia juga menuntut ilmu hitam dengan memuja gambar aku.
Ada satu hari, aku dah tak tahan sangat sakit ni, aku rasa lemah sangat-sangat, kemudian aku hantar message warning dekat dia, aku cakap “kalau kau berani nak sihir aku lagi, kau tunggu balasan dari Allah SWT”. Kemudian dia reply dan dia menafikan yang dia tidak sihir aku.
Aku sedih sangat sebab dia adalah penunggang agama, seorang guru atau kononnya ustaz yang selalu menjadi ketua bacaan Yassin di sekolah, tetapi dia dah syirik dengan Allah SWT. Dia berasal dari Kelantan.
Aku redha dengan ujian Allah SWT untuk aku. Terkadang, aku rasa benda sihir ni sangat mengganggu aku, buatkan aku tidak dapat fokus sepenuhnya dalam pelajaran aku. Tapi aku cuba untuk kuat dan lawan.
Setiap kali selepas solat, aku berdoa supaya Allah timpakan azab yang sangat pedih di dunia dan akhirat kepada orang yang sihir aku. Aku juga selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk dia, semoga dia berubah, mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT.
Kadang-kadang aku dah tak tahan untuk hadapi semua ni, aku pernah berdoa semoga Allah mencabut nyawa aku jika aku dah tak mampu untuk semua ni. Akhir sekali, doakan aku semoga cepat sembuh, dan doakan orang yang sihir aku tu mendapat hidayah dari Allah SWT. Amiin..
– Humaira bukan nama sebenar
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit