Assalamualaikum. Aku harap kau dapat siarkan cerita ni. Bukan cerita aku tapi kawan aku. Dengan harapan, andai pembaca IIUMC terbaca cerita ni, mereka boleh bagi segala macam bantuan yang diperlukan seperti pendapat, pandangan dan sebagainya. Terima kasih aku ucapkan admin kalau kau sudi siarkan cerita kawan aku ni.
Aku rasa aku lah manusia yang paling banyak diuji tapi ternyata ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Macam kawan aku. Aku gelarkan dia Amna (bukan nama sebenar). Ujian yang dihadapi lebih hebat dari apa yang aku lalui. Amna yang aku kenal sebelum dia berkahwin ialah seorang yang baik, sangat baik, tak pernah berkira tenaga mahupun wang ringgit, apa lagi bab makan. Segala rezeki yang dia dapat, dia kongsi dengan kawan-kawan, dengan keluarga, dengan sesiapa saja yang memerlukan.
Susah nak tengok dia nangis atau sedih sebab dia memang seorang yang ceria, sentiasa bergelak tawa, suka bergurau. Walaupun tinggal jauh dari keluarga, dia di utara, keluarganya di selatan, dia tak pernah mengeluh. Sebulan sekali mesti akan balik ke selatan jumpa orang tuanya. Memandu seorang diri dari utara ke selatan. Aku pun tak mampu nak jadi macam dia. Sangat berdikari orangnya. Suara lunak merdu bila mengaji dan mengacara majlis.
Setelah dia berpindah tempat kerja di ibu kota, dia masih lagi sama. Kekal dengan sifatnya sampailah dia berkenalan dengan A. Setahun berkenalan, mereka akhirnya putuskan untuk bernikah. Aku tak maklum pun bila majlis nikah mereka, yang aku tahu kami semua dijemput hanya untuk meraikan harinya menjadi raja sehari. Walaupun pada hari itu aku tengok Amna tidaklah seceria mempelai lain. Aku cuma mampu berkata dalam hati mungkin dia keletihan.
Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. sebenarnya A, suami Amna sudah beristeri, dan mempunyai seorang anak. Bermulalah kisah keperitan hidup Amna. Keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara si A menyerang Amna bertubi-tubi. Amna mengadu pada aku. Rupanya mereka bernikah di Songkhla!
Aku tanya Amna macam mana dia boleh bersetuju menikah di sana. Dia kata dia seperti terpukau, dan menurut saja dengan permintaan si A. Aku memang marah dengan A sebab buat Amna macam tu. Dahlah tipu dia, guna-gunakan dia pulak. Siapa yang mahu lepaskan Amna, cantik, baik, elok serba serbi. Tapi sayang, Amna yang tersalah kenal lelaki.
Bila keadaan huru hara, A suruh Amna berhenti kerja dengan alasan dia mampu tanggung Amna sebab si isteri pertama ada pendapatan sendiri. Antara rela dan terpaksa, Amna turutkan ditambah pula masa tu dia disahkan mengandung 2 bulan tapi rahimnya tak cukup kuat dan berisiko untuk keguguran.
Sepanjang Amna mengandung, aku selalu tengok dia sedih, tak bermaya. Bila aku tanya, dia selalu kata tak ada apape. Sampailah saatnya baby R dilahirkan. Episod duka Amna berterusan. Berpantang seorang, uruskan anak seorang diri. Si A lepas tangan. Selalu minta tolong aku dari segi kewangan. Aku cuma mampu tolong setakat yang aku boleh sebab hidup aku dengan dia tak jauh beza.
Baru-baru ni, Amna hubungi aku. Nak pakai duit katanya untuk baby R. Untuk pengetahuan semua, baby R ada masalah kesihatan dan setiap bulan memang dia perlu berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan. Selain pneumonia, dia juga ada masalah jantung bocor. Since dia nikah di Thailand, baby R tak ada mykid. Segala rawatan dia buat di hospital atau klinik swasta.
Si A janji nak daftar pernikahan diorang tapi dah 4 tahun kahwin, baby R dah nk setahun, still tak daftar lagi dan latest Amna bagi tahu, si A nak ceraikan dia. Lagi berbulu aku dengan mamat tu. Nafkah awal-awal je bagi. Bila baby R lahir, terus dah tak bagi. Macam pengemis si Amna dibuatnya. Segala simpanan Amna gunakan utk sara diri dia dan baby R. Untuk pengetahuan juga, Amna yang dulu ceria sekarang berubah 360 darjah, pendiam, banyak bersedih dan hilang semangat juang ya. Dia sekarang menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan Anxiety.
Bila aku dengar Amna dah tak ada duit nak buat rawatan untuk baby R dan dah kehabisan susu dan pampers, Aku memang menangis. Sebab aku tak mampu bantu. Aku cuma hulurkan sekeping not RM 50 untuk dia beli susu dan pampers baby R.
Jadi, aku nak minta pendapat dan bantuan dari readers semua, macam mana nak dapatkan bantuan untuk Amna. Boleh ke dia dapatkan bantuan dari baitulmal ke apa. Aku ada juga cuba minta derma untuk dia, tapi masih tak berjawab. Aku harap reader boleh tolong aku supaya sama-sama boleh bantu Amna dan baby R.
Yang berharap,
– Nur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit