Bahagia

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jika confession saya ini disiarkan. Confession ini sebagai jawapan kepada confession “Disihir Tanpa Henti”

(https://iiumc.com/sakitnya-disihir-tanpa-henti/).

(https://iiumc.com/disihir-tanpa-henti/).

Terlebih dahulu, saya ceritakan serba ringkas tentang keluarga saya. Mak saya memang sakit gangguan dari mula mak berkahwin dengan ayah (sebelum kahwin dengan ayah, mak pernah bertunang tapi mak minta putus). Kesannya, bekas tunang mak telah hantar santau kepada keluarga kami dengan tujuan untuk memisahkan. Macam2 la gangguan tu dari saya kecil (saya anak sulung dari 7 beradik).

Antara pengalaman saya dulu, dengar suara pontianak mengilai depan rumah, mak bila sakitnya datang, mak akan bersilat dan bersuara garau. Dan akan sakit selama 2-3 hari. Masa tu, walaupun usia saya masih kanak-kanak, tapi pengalaman keluarga saya buat saya matang. Bermacam2 tempat ayah bawak mak berubat tapi kebanyakan ada yang tipu.

Akhirnya, mak ikhtiar sendiri dengan bacaan al-mathurat dan yassin setiap hari. Ia sebagai perlindungan, yg jin tu tak dapat menguasai hati walaupun dalam badan. Pengalaman tak boleh dilupakan ketika saya berusia 11tahun.

Mak tiba-tiba lesu badan dan menggigil. Mak terus baring. Masa tu mak suruh saya urut kaki mak yang dah sejuk. Saya dah teresak-esak menangis, sebab cara mak macam orang sedang nazak. Saya terus call ayah, ayah terus balik rumah bawa ustaz. Masa ustaz sampai rumah, ustaz pegang kaki mak, mak terus terbangun dan bersilat. Hampir 2-3jam. Dipendekkan, if saya lambat call ayah, kemungkinan mak saya dah meninggal disebabkan santau tu(memang bertujuan nak membunuh).

Pengalaman saya melihat mak saya sakit sampai la saya remaja. Lepas SPM, ketika usia 18 tahun, masa cuti sem saya daftar diri di sekolah pondok. Masa di sekolah pondok tu la, saya baru tahu yang saya ada sakit gangguan. Baru 3 hari di pondok, saya nampak macam perempuan bertekung ala2 pocong duduk di tepi katil saya. Saya tak boleh tidur, asyik menangis je.

Ada macam2 lagi pengalaman di pondok, akhirnya, tak sampai seminggu saya call mak saya nak balik rumah. Masa mak saya ambil saya, mak sempat berleter dengan saya kata tu semua khayalan saja. Tapi hakikatnya, saya yang nampak, tu sebab saya takut.

Sejak tu, saya kerap diganggu. Masa di asrama (diploma), saya selalu histeria dan selalu ponteng kelas sebab badan terlalu sakit. Tapi Allah maha penyayang. Saya masih dapat pointer 3 ke atas dan ditawarkan ‘lompat’ ke degree. Saya terus terima.

Masa diploma, ada seorang lelaki ni ingin berkawan dengan saya. Mula-mula saya tolak, lama-lama saya terima. Pertama kali saya jumpa dia di cafe asrama, dia calitkan sesuatu di tangan saya. Masa tu saya naif, saya tak terfikir apa-apa. Rupanya itulah ‘ubat pengasih’. Saya sasau dengan dia, asyik ingat je walaupun sebenarnya hati saya bukannya suka sangat dia. Alhamdulilah, saya istiqamah qiamullail setiap hari dan baca al-mathurat. Walaupun ada gangguan, tapi ‘ia’ tak boleh kawal hati saya.

Dipendekkan cerita, masa saya degree, keadaan saya makin teruk. Saya jadi macam orang tak betul. Tapi Alhamdulilah pointer saya masih 3 ke atas (dalam bidang pembinaan). Saya mula jadi pendiam, kawan-kawan semua menghilangkan diri dari saya, tak nak berkawan dengan alasan takut ‘berjangkit’ jin tu. Saya masih amalkan qiamulail setiap malam untuk mencari kekuatan. Semakin hari saya seolah2 semakin lupa ingatan. Saya banyak termenung. Alhamdulilah, saya masih konvo on time.

Saya terus melanjutkan pelajaran ke sarjana (shortcourse selama setahun) dalam bidang perbandaran. Masa ni, saya betul2 jadi orang hilang akal. Semua kawan- kawan pulaukan saya, kata saya ni macam2. Sampai satu tahap saya nak ambil ubat gila. Sebab dah tak terlalu tahan. Ketika saya sakit, even saya nak ambil wuduk untuk solat, sampai saya perlu mengesot. Masa tu, tinggal di rumah sewa, yang housemate selalu tak ada rumah. Betapa sengsaranya saya menghadapi seorang2.

Saya pernah pergi berubat di darul syifa tempat ustaz dasuki dengan menaiki motor. Ustaz yang ubati saya tu terkejut saya datang seorang. Sambil meleleh air mata saya jawap saya terpaksa sebab tiada siapa ambil tahu. Ibubapa saya beranggapan yang saya ni buat-buat sakit sedangkan saya betul2 sakit. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. Setiap malam saya tak pernah miss qiamulail. Pada masa yang sama, saya ada belajar mengaji di satu tempat.

Bayangkan, masa saya mengaji, tiba-tiba saya boleh menjerit atau menangis tanpa sebab selama hampir setahun. Bila ada majlis selawat, saya akan pengsan. Saya belum berkahwin, jadi semuanya saya urus sendiri walaupun saya sakit. Tapi Allah maha mengetahui. Dia ‘hadiahkan’ kebahagian hati dengan selalu bermunajat denganNya. Sungguh indah bila merasai ‘cinta’ Allah. Alhamdulilah, saya dapat habiskan ijazah sarjana saya (cuma extend 1 sem) sebab saya terlalu tertekan.

Masa ni, ‘gangguan’ mula menyerang kepala saya seolah-olah macam ada cacing dalam kepala buat saya selalu moody. Sampai orang sekeliling takut tegur saya. Saya selalu keseorangan. Tapi Allah maha penyayang. Dia ‘hantar’ sekumpulan sahabat yang banyak bantu saya dalam menghabiskan ijazah sarjana saya. Alhamdulilah, sebelum majlis konvo saya dapat tawaran kerja di sebuah syarikat kecil.

Siang saya bekerja, malam saya pergi kelas mengaji. Dengan berkat alquran, Allah memudahkan banyak urusan saya. Saya mulai sembuh. Hampir 2 tahun saya pergi kelas mengaji, saya selalu pengsan atau histeria. Alhamdulilah, masuk tahun ketiga mengaji, histeria dah mulai hilang. Tapi saya masih nampak ‘benda2 halus’. Saya pelik kenapa saya masih nampak. Sebenarnya, bila ada jin dalam badan secara automatik hijab seseorang akan terbuka dan akan nampak makhluk2 halus.

Walaupun tidak kene histeria tapi saya masih tak boleh kerja, tak dapat fokus dalam kerja. Setiap 6 bulan saya akan bertukar kerja sehingga kemuncaknya, saya macam orang tak siuman. Saya tak boleh berfikir even perkara kecil sekalipun. Saya kerap accident samada bawa kereta or moto. Akhirnya, saya berhenti kerja dan balik kampung.

Di kampung, saya jadi seorang yang murung. Tak nak keluar rumah, hanya memerap je dalam bilik. Dari pagi sampai malam sampai esok pagi saya boleh tidur je. Masa tu, saya dapat tahu, lelaki yang minat saya hantar santau melalui call sebab nak balas dendam dan kawan baik saya hantar santau sebab cemburu dengan saya (saya jenis ramai kawan lelaki). Masa tu saya tergamam. Macam orang gila. Sekali lagi, saya istiqamah dengan qiamulail setiap hari moga diberi kekuatan.

Alhamdulilah, Allah takdirkan pertemuan dengan seorang lelaki yang banyak membantu saya, dari seorang yang murung menjadi seorang yang ingin mencapai cita-cita. Saya masih meneruskan kelas mengaji saya hampir 7 tahun. Saya sakit gangguan hampir 10 tahun (dari usia 18 tahun hingga 27 tahun). Akhirnya, ketika usia 28 tahun, Allah menjemput saya menunaikan umrah pertama saya. Masa umrah, saya kerap buang air besar berdarah. Alhamdulilah, sejak balik umrah, saya tiada lagi sakit gangguan.

Nasihat saya :

1. Teruskan amalan seperti mengaji, selawat dan qiamulail. Walaupun nampak biasa tetapi di situ ada keberkatan yang Allah akan bagi.

2. Jauhilah sifat dendam, cemburu sebab ia adalah sifat syaitan. Untuk mengelaknya sentiasa berselawat dan berzikir untuk bersihkan hati.

3. Sabar dan solat. Kerana Allah sahaja yang memberi penawar. Bukan perawat or sesiapa sahaja. Mereka hanya asbab sahaja. Penawar itu melalui amalan sendiri dan keyakinan yang tinggi.

4. Jangan terlalu bersandar dengan manusia sebab kita tak tahu hati mereka. Ada yang depan-depan nampak baik hakikatnya hanya nak mempergunakan diri kita.

5. Sentiasa berdoa dijauhi dari manusia yang hasad, dengki dan khianat kerana mereka akan memusnahkan kehidupan kita.

6. Jangan terlalu bercerita apa yang dimiliki kerana tak semua manusia itu hati baik.

7. Yakin dengan Allah. Dia yang memberi sakit dan memberi penawar. Hanya Dia tempat bersandar.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *