Assalamualaikum kepada semua pembaca dan Salam Ramadan aku ucapkan kepada semua. In Sya Allah aku doakan semoga Ramadan kita tahun ni lebih bermakna daripada Ramadan kita yang dulu. Kalau kau tak puasa atau suka curi2 dalam puasa, masa ni lah kau nak perbaiki amalan kau.
Okay, aku nak cerita pasal Redha. Baru2 ni aku terbaca pasal confession pasal Prinsip-prinsip Penting Dalam Mengenal Bakal Jodoh (https://iiumc.com/prinsip-
Aku ni seorang anak gadis, yang masih single dan masih sibuk dengan buku dan bahan kajian aku. Dah masuk awal 30an, bukan sebab aku memilih atau aku tak mencuba, aku dah ikhtiar, tapi aku rasa Allah kata belum sampai masa untuk aku berpasangan mungkin. Personaliti aku sederhana, cuma sekali kau nampak aku, kau akan kata aku kasar, dua kali kau pandang aku kau akan kata aku ni ustazah, orang kata nampak ‘nur’..
Aku aktif join program sukarelawan dari zaman sekolah sampailah sekarang, Alhamdulillah Allah pelihara aku, cumanya kelasakan aku tu tak dapat nak tutup lah, lemah lembut tu tetap ada, tapi aku lagi suka dengan ketegasan aku. Aku suka buat aktiviti2 lasak, lone ranger pulak tu. Pernah junior tempat kerja lelaki cakap kat aku, aku ni mula2 kenal garang gila, nak senyum pun susah, cakap pun nak tegas je memanjang, kadang2 rasa nak cari gaduh je bunyi dia.
Tapi dia cover balik, lama2 saya kenal akak, baru saya nampak sisi akak yang lemah lembut tu. Aku dah biasa office mate aku panggil aku muslimah rock. Aku dah terbiasa first impression orang pasal aku, aku ni kerek, sombong… Sorry, abah aku tak ajar aku senyum dengan sebarangan orang.. haha.
Okay cukuplah sikit sebanyak pasal personaliti aku. Ditakdirkan satu hari entah macam mana, ada orang nak kenal dengan aku. Bukan kenal biasa2, tapi proses taaruf untuk ke peringkat seterusnya. Mula2 kenal aku rasa janggal gila, sebelum ni aku pernah berkawan, tapi takdela yang serius macam ni. Lama2 aku kenal dengan dia, aku rasa dia ni kategori rare, jarang aku jumpa lelaki yang macam ni.
Aku kenal melalui taaruf, melalui orang tengah, so kau jangan expect aku bercinta, bergayut telefon, keluar dating semua tu. Tak, aku dengan dia tak buat pun semua benda tu, awal2 aku dah sebut ikhtilat antara aku dan dia, alhamdulillah masing2 faham. Lama2 aku berkawan dengan dia, masing2 serius, setuju nak ke fasa seterusnya. Ibu abah aku lah yang paling happy, yayyy akhirnya aku dah nak ke fasa seterusnya.
Apa yang confessor sebut pasal cara2 nak kenal pasangan tu, semua aku pernah buat, alhamdulillah semuanya positif, habis kawan2 dia aku stalk, nak tengok lenggok bahasa dia, MasyaAllah sopan gila mamat ni, kalah aku yang kasar ni. Okay lah tu, melengkapi, aku kasar, dia lemah lembut. Jangan tanya macam mana aku kenal dia walaupun kitorang terbatas melalui orang tengah, hendak seribu daya, xnak seribu dalih kot.
Tapi, kadang2 aku tertanya juga, awat macam mudah je jalan aku ni. Lama2, baru aku nampak, kat mana dugaan yang Allah nak bagi. Antara aku dengan dia, tiba2 kami putus. Sebab dia? Rupanya family dia tak berkenan dengan aku dan keluarga aku. Diorg jenis yang dididik, tak berani nak bersuara lebih, apa yang parents dia kata, itulah yang diorg ikut. Faktor utama, aku dan dia tak sekufu. Aku ni bukannya kaya sangat pun, yang kau nampak kaya tu, harta abah dan ibu aku, bukan harta aku… Sadis gila…
Dahtu apa aku nak buat? Aku undur diri baik2, aku cakap kat dia, kau ikutlah pilihan orang tua kau, aku nak serius ni aku nak restu dan redha dari orang tua. Aku selalu yakin redha Allah tu terletak pada redha orang tua. Walaupun aku sakit, dan aku tahu kau lagi sakit kan.
Orang kata aku dan dia bodoh sebab tak nak pertahankan hubungan ni, tapi entahlah aku tak mampu nak hidup kalau takde redha orang tua ni. Nasib baiklah aku jenis yang tak suka share dengan orang pasal life aku, dan dianjurkan juga pertunangan itu dirahsiakan. Last2, kami putus walaupun ikatan antara kami baru sangat, nasib baiklah aku tak tempah doorgift lagi, kalau tak mungkin bolehlah aku sedekahkan kat sape2 yang memerlukan.
Okay cerita antara aku dan dia setahun kemudian, yayyy aku dah teruskan cita2 aku sambung belajar dekat negara yang ada salji. Haha, dari kecik kot aku nak duduk tempat ada salji… Terima kasih dekat kau, sebab kecewa aku pada kau, aku teruskan cita2 aku nak sambung belajar dekat oversea, tunggulah lagi 3 tahun kot aku habis belajar.
Dan dia? Aku dah lama tak contact dia, last aku dengar dari orang tengah aku, dia pun sambung belajar, nak naik pangkat kata dia, wajiblah sambung belajar. Dalam hati aku, eloklah kau sambung belajar, nanti kau dah naik pangkat, mungkin dimata orang tua kau, kau dah sekufu dengan aku.
Korang yang baca ni, doakanlah antara aku dan dia, aku tak tahu kenapa dalam diam rupanya aku masih berharap dekat dia. Mudahan panjanglah jodoh antara aku dengan dia. Doakan hati ibu ayah dia terima aku seadanya… Dan akhir kata, sentiasa ingat ni, redha Allah terletak pada keredhaan orang tua kita…
– Cik Redha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit