Deras suara imam melontarkan selawat nabi. Tanda solat sunat terawih akan bermula. Makmum sayup-sayup ikut sama berselawat. Surau kecil di pangsapuri kami tampak padat dari biasa. Alhamdullillah, ramai penghuni yang mahu mengejar pahala di bulan Ramadan yang mulia ini.
Jemaah kelihatan mula bersiap-siap untuk solat, ada yang mula memasuki saf dan jemaah perempuan ada yang membetulkan telekung masing-masing. Sedang semuanya mahu mula bersolat,di tengah-tengah saf perempuan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki terkebil-kebil mencari ibunya. Agak2 umurnya mungkin dalam 4 atau 5 tahun.
Dia melilau sendiri, mencari-cari ibunya. “Ibu… ibu..” dia menjerit. Tiada jawapan. Dari tengah saf dia berlari ke saf paling depan sekali. “Ibu… ibu”. Jerit suara halus itu lagi. Jemaah sudah bersedia utk solat, saf dirapatkan. “Ibu… ibu…”dia jerit lagi. “Mana mak budak ni” jemaah mula berbisik.
Seorang makcik kemudian kelihatan mengarah anak kecil itu keluar. “Pergi ke luar, jangan duduk sini!,’ lagak gayanya seperti menghalau anak ayam. “Keluar!” “Keluar!” Tegas benar suara makcik ni. Si kecil itu nampak bersedih, dan dia mula menangis. “Ibu, ibu..” jeritnya lagi dgn derai air mata.
Tepat pada waktunya, datang seorang budak perempuan membuka bidai jemaah wanita, “Adam, Adam, sini…” Mungin kakaknya, dia lantas mendukung Adam yang sudah berguling-guling memberontak. “Adam nak ibu! Adam nak ibu…!” jeritnya dengan tangisan sekuat-kuatnya. Aduh, biarpun aku belum mempunyai anak, tapi sedih melihat insiden sebegini.
Mana ibunya, kenapa di biar anak itu seorang diri melilau ke sana ke mari. Kanak-kanak 4 tahun, pasti mahu ibunya selalu kan. Kenapa tak duduk sebelah ibu, ibunya boleh solat di saf paling belakang sambil memantau anak kecilnya. Bahayanya, kalau siapa2 yang mengaku itu anak dia dan terus bawak lari, macam mana? Zaman sekarang di masjid pun orang boleh buat jenayah.
Sedang imam melantunkan alunan suci al-quran, di saf lelaki, sekumpulan kanak-kanak galak berlari ke sana ke mari. Suara mereka menjerit dan ketawa mengekek-ngekek tenggelam timbul dgn suara bacaan ayat quran oleh imam. Mungkin kanak-kanak ini teruja bermain berkumpulan, mereka ketawa keriangan.
Tiba-tiba pung…. bidai yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan jatuh dan menghempap jemaah perempuan. Aduh sakitnya. Budak-budak tu bergurau agaknya. Apalagi semuanya lari lah. Aduhai. Malam sebelumnya sudah ada budak-budak yang bermain bola di saf.
Dan ada juga yang menolak jemaah lelaki yang solat atas kerusi. Itu belum lagi yang main suis, panjat tiang dan sebagainya. Selepas salam, imam terus saja membuat teguran supaya kanak-kanak jangan buat bising semasa orang solat dan ibu bapa kena kawal anak-anak.
Selasai solat terawih dan witir aku ke bahagian luar surau. Ada moreh disediakan. Kanak-kanak ramai juga, alhamdulilah ada makanan. Aku perhatikan anak-anak ini aku sedih, sedih melihat adab anak2 ini, berebut-rebut dengan orang dewasa mengambil makanan.
Aku nampak ada makcik tua yang kena tunggu lama untuk ambil air sirap. Aduh anak-anak semua bagi la makcik tu dulu. Aku geleng kepala. Makanan pun penuh pinggan, dan kita tanya, habis ke tak ni dik. Dia tersengih2. Jangan bazir, pesan ku lagi.
Bukan soal makan boleh atau tidak, ambik sajalah sebab memang orang surau sediakan, tapi adab. Perlukah anak-anak ini berebut-rebut dengan orang tua untuk ambil makanan. Ibu dan bapanya tak tegur kah?
Dan melihat kadar makanan yang disediakan itu tidak banyak, tetapi orang ramai perlu kah kita ambil sehingga penuh pinggan? Bagaimana denagn orang belakang? Biasa kita ambik untuk rasa saja, bukan untuk makan kenyang sekenyangnya. Betulkan? Itulah yang di ajar arwah ibuku dulu, supaya selalu beringat makan tak perlu tamak. Yalah kami hidup susah, jadi selalu diingatkan supaya adik beradik 7 orang itu dapat makan semuanya dan ada yang tidak lapar.
Pembaca budiman, bulan Ramadan bulan yang berkat. Marilah kita belajar untuk hormat bulan Ramadan, belajar untuk hormat surau dan masjid, belajar untuk hormat orang yang lebih tua, beringat supaya tidak membazir makanan dan jangan pentingkan diri atas segala urusan pun. Anak-anak mahu ke masjid surau alhamdulillah kita galakkan.
Tetapi dalam kes yang di atas perlukah kita biarkan mereka datang ke masjid/ surau tanpa kawalan? Sebetulnya ajar anak-anak kecil niat datang ke masjid untuk solat dan mengaji bukannya untuk bermain seperti dalam kes yang di atas. Nak bermain boleh tapi di luar saf, di luar masjid, bukannya kat tengah-tengah saf.
Ibu bapa kalau bab anak ramai yang sensitive, tak boleh tegur, katanya budak lagi. Come on parenting knowledge is very important jangan ambil mudah. kita self check balik bagaimana cara kita didik anak-anak. Akhir kata, mohon maaf atas tulisan ni.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit