Assalamualaikum… Aku penat. Itu yang aku boleh katakan.
Ayah aku meninggal pertengahan tahun 2018. Ayah telah amanahkan aku untuk menguruskan harta pusakanya. Aku telah laksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang ayah aku amanahkan. Tapi malangnya ada sikap tamak dalam kalangan anak yang tidak kenang budi.
Aku boleh kata macam tu sebab semasa hayatnya tak pernah hargai langsung ayah aku. Tak pernah peduli pun ayah aku. Sehingga nazak pun tak datang ke hospital. Anak apa macam tu. Tapi bab harta mereka lah orang yang paling tamak tanya aku ada berapa duit ayah.
Ops, sebelum aku terlupa ayah aku kahwin lebih dari satu. Kiranya Kami semua 7 beradik seibu sebapa. Si A dan Si B sebapa sahaja dan ibu yang berlainan.. Ibu aku isteri yang ketiga tapi dengan ibu aku ni cerai mati tapi dengan mak mak mereka ni cerai hidup.
Sakit hati aku tengok perangai dah tua-tua tapi perangai tak matang langsung. Masa ada tak kalut tapi bila mati masyallah kalut sampai nak bawak bincang pun tak nak. Aku pun dah habis sabar dan habis runding… Sakit hati yang tak boleh nak gambarkan macam mana.
Sepatutnya sebagai anak ni cuba cari kebajikan dan saham untuk ayah di sana. Tapi mereka TIDAK !! Yang mereka tau berapa duit mereka yang akan mereka dapat. Itu sahaja. Ayah aku semasa hayatnya kerja buruh kasar ja. Bukanya tinggal duit juta-juta. Tapi dah nama pun duit semua orang kelabu mata.
Dan part yang paling aku marah sangat-sangat dengan mereka ni tahap menjaja cerita. Buat kesian dekat mak saudara dan pak saudara aku konon2 kami ni nak bolot semua harta ayah aku. Dan…..yang paling aku pelik sekali boleh pulak mak dengan pak saudara aku percaya mereka ni. Sakit hati kan.
Tolonglah kalau aku nak bolot kenapa nama ko berdua aku masuk dalam borang permohonan faraid. Aku yang tamak atau korang? Ko tanggunglah melambat-lambatkan harta pusaka. Dulu aku tak percaya bab harta adik beradik bergaduh. Tapi bila dah terjadi dekat aku baru aku tau betapa sakitnya hati aku. Betul-betul sakit hati.
Aku mohon pembaca doakan aku kuat nak harungi semua dugaan ni. Semoga aku tabah. Semoga aku tenang hadap orang-orang yang gila harta. Apa nasihat yang terbaik aku boleh bagi dekat anak- anak yang tidak kenang budi itu?
Bantu la aku. Aku sangat perlukan motivasi untuk aku kuat hadapi benda ni. Nampak remeh tapi sebenarnya aku sampi tidak boleh tidur malam berhari-hari. Berat badan turun mendadak. Aku memang tension sangat. Emosi aku sangat terganggu.
Terima kasih kepada semua sudi membaca dan aku perlukan kata-kata nasihat untuk aku kuat.
– Zana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit