Cara Saya Langsaikan Hutang PTPTN Dalam Masa 3 Tahun

Assalamualaikum semua. Saya ambil aliran sains, pinjaman PTPTN RM28 ribu, kena bayar balik campur ujrah RM32 ribu. Masa mula2 masuk universiti lagi, dapat je duit ptptn saya niat nak simpan duit ptptn yang saya dapat, sampai 1 hari saya boleh bayar balik ptptn pakai duit ni.

Sem 1 di unisza 2011 memang betul2 ikat perut makan sekali sehari je tak pun puasa selang sehari, bila time buka puasa makan roti gardenia + air milo je, 1 bungkus RM2.60 tak silap masa tu. Sebungkus roti dapatlah buka puasa 2 ke 3 kali, esoknya bila tak puasa baru makan nasi, memang kurus betul saya sem 1.

Sem seterusnya tak tahan godaan tapi masih dapat simpan duit ptptn. Barang mandian macam ubat gigi, sabun, sabun basuh baju, teh, gula, milo bawak dari rumah siap2 jadi bila kluar outing dengan classmates pergi mydin mall, semua pakat bawak banyak barang, tugas saya bawak barang2 classmates.

Roughly saya boleh simpan duit ptptn tiap2 sem dalam RM1000-RM1600 dalam tabung haji. Habis satu2 sem baru saya simpan. Kalau simpan dulu tak cukup duit tengah2 sem macam mana? Tiap2 tahun dengan jayanya duit saya beranak pinak di Tabung Haji. Terima kasih jugak kat makcik saya yang selalu nasihat suruh simpan duit.

Orang kata saya boleh la simpan duit sebab belajar dalam negeri sendiri je. Sebenarnya bukan saya je berjimat dan simpan duit ptptn masa di U tapi adik saya yang blajar di UPSI, Perak pun sama. Sepanjang belajar kami tak pernah sekali call umi aboh semata2 nak suruh bank in duit, kami hanya dapat duit belanja tiap2 kali balik cuti sem saja.

Saya sebenarnya rasa malu nak mintak duit dengan umi aboh, sebab sedar diri family saya tak kaya macam orang lain. Adik saya cerita sepanjang di upsi dia tak pernah berfoya2 pergi kl, padahal kl-tanjung malim bukan jauh mana pun. Bila dengar kawan2 dia balik cerita pergi kl jalan2, dia pun teringin tapi tak boleh ikut sebab duit tak banyak masa tu. Bila konvo di upsi 2017 dia ajak suami dia pergi kl semata2 nak pergi klcc.

Berbalik pada cerita saya, saya grad oktober 2015, Februari/mac 2016 start jadual pembayaran balik ptptn.

2016 – Masa tu kerja pusat tuisyen gaji RM500, PTPTN kena bayar RM180 tapi oleh sebab saya pergi awal ofis ptptn dalam Januari untuk tanya apa yang patut, pegawai ptptn cakap jadual pembayaran balik belum keluar tapi dah boleh bayar nanti tolak je baki akan datang, masa tu saya bayar RM100, bila jadual start saya konsisten bayar RM180 walau gaji cuma RM500. Berhenti pusat tuisyen dalam april masa tu pening duk pikir mana nak cari duit bayar ptptn. Tapi Allah Maha Hebat Dia bantu saya lariskan bisnes online saya. So memang tiap2 bulan tak pernah missed bayar PTPTN RM180 ikut jadual.

2017 – Tahun ni dalam bulan September saya azam bayar PTPTN dalam RM500 sebulan. Cuak jugak sebenarnya takut tak mampu bayar, macam bayar kereta je tiap2 bulan. Tapi Alhamdulillah 1 bulan pun mesti saya tak pernah missed bayar. Sampai pegawai ptptn pun hairan, kata dia “awak kerja apa sampai boleh bayar ptptn banyak2” jawapan dia Allah yang tolong sebab saya memang niat sungguh2 nak bayar hutang. Ada je jalan Allah taala tunjuk untuk saya dapat duit bayar pt ni. Saya layan PTPTN ni macam anak saya. Saya akan pastikan saya suap ‘mulut’ dia dulu sbelum mulut saya.

2018 – Misi 2018 nak langsaikan semua PTPTN sebab rasa macam woww dengan offer kerajaan 20% DISKAUN UTK PENYELESAIAN PENUH, tapi sebenarnya diri sendiri rasa tak logik sebab duit dalam bank tak banyak sangat awal tahun tu, apa saya buat masa tu selain kerja keras kumpul duit, saya doa banyak2, suruh orang doakan untuk saya, saya mintak makcik, tok guru mengaji, customers doa supaya saya dapat bayar habis PTPTN tahun 2018 ni.

Awal tahun 2018 jugak saya buat amalan yang diajar confessor di iiumc. Amalan untuk senang termakbul doa. Terima kasih IIUM Confessions – BM.

Amalan yang confessor ajar “senaraikan hajat awak dalam kertas, baca yasin sebelum subuh ikut tatatertib dari al-fatihah, ayatul kursi, selawat dan baca surah yasin macam biasa, sampai di ayat kedua terakhir lepas baca kunfayakun tu awak baca list hajat awk tadi kmudian baca yasin sampai habis”.

Confessor kata dia dengar ni, dalam tanyalah ustaz, ada ustaz tu cerita hebatnya amalan ni sampai ustaz tu boleh potong list2 doa yang dia buat sbb banyak dah Allah makbulkan hasil amalan ni. Tapi saya ni kadang terlajak jugak, orang suruh buat subuh saya buat zohor takpelah.. Janji buat saja ya.

Tahun 2018 ni masih bayar RM500/600 tiap2 bulan kalau dapat brim atau bisnes masyuk sikit bolehlah bayar dalam RM800 ke RM1000 sebulan PTPTN. Tahun ni saya aturkan betul2 strategi nak bayar habis PTPTN tapi langit tak selalu cerahkan?

17/08/18 saya eksiden patah peha  masa ni saya ingat saya tak mampu dah bayar PTPTN habis, tapi Allah Maha Terbaik dia ambik bahagian kaki je, tangan Dia masih bagi. Saya ingat lagi atas katil hospital lah saya buat order2 customers, beg2 tu pulak umi saya yang post.

16 Disember 2018, betapa ajaibnya hasil pertolongan Allah taala saya berjaya bayar kesemua baki PTPTN yang masih ada. Duit tabung haji yang saya kumpul dari sem 1 hasil duit ptptn tu pun saya keluarkan untuk bayar PTPTN. Terima kasih jugak kepada Ds Najib Razak jugak atas diskaun yang sangat membantu, total diskaun 20% yang saya dapat semua dalam RM3000+

Prinsip penting dalam pembayaran ptptn :

1. Habis je belajar sebelum konvo lagi terus bayar ptptn untuk kurangkan jumlah ujrah. Contohnya awak pinjam 26ribu dan bayar lepas jadual keluar ujrah akan dikenakan pada 26ribu tu tadi. Tapi kalau sebelum jadual keluar awak dah bayar katakan 10ribu, so ada baki lagi 16ribu, bila jadual keluar ujrah awk hanya dikenakan pada 16ribu tu je.. nilai ujrah tu jadi makin kecik, makin sikit jumlah ujrah makin kecik ansuran bulanan bila jadual keluar.

Saya dulu takde kakak abang nak cerita pasal benda ni, sbb tu saya sempat bayar RM100 je sebelum jadual keluar, tapi prinsip ni saya cerita pada adik saya dan alhamdulillah dia ikut, adik saya dah dapat posting so gaji dia 3 bulan berturut2 dalam 12ribu dia simpan untuk bayar PTPTN sebelum jadual keluar. Jadi Ptptn dia yang sepatutnya bayar RM160 sebulan (kalau dia mula bayar bila jadual start) skrg bulan2 dia cuma bayar RM70/RM80 mcm tu je ikut jadual  doakan adik saya habis bayar PTPTN cepat2 jugak.

2. Kalau orang hasut cakap tak payah bayar ptptn sebab tak dapat kerja lagi, TOLONG JANGAN DENGAR, bila jumlah hutang awak tertunggak dalam RM800 je, awak rasa dah mahal sangat dah. Saya pernah dengar ada orang cakap tunggakan RM800 PTPTN tu jumlah yang besar tapi handphone dia pakai harga lebih dari RM800

3. Ujrah ni dikira setiap bulan, macam saya punya RM23.25 akan masuk dalam penyata tiap2 bulan, bermakna semakin awal saya langsaikan hutang, maka tak perlulah bayar ujrah bulan2 akan datang. Kan jimat tuuu.

4. Jangan beli benda tak penting pakai duit ptptn, beli handphone baru harga sampai ribu2, baju baru, kasut baru, habis jahanam ptptn 1 sem. Kalau boleh simpan duit ptptn tu, tak banyak pun sikit mesti simpan. Sy pernah dengar ada student yang guna duit ptptn untuk bantu family, kalau yang ni boleh consider lagi tapi kalau yang guna untuk joli2 memang mmmmm.

5. Jangan buat loan bank semata2 nak setel hutang PTPTN, jangan buat gali lobang tutup lobang gitu, ketahuilah interest yang bank bagi adalah berganda2 lebih tggi dari PTPTN. Kalau masih tak mampu bayar PTPTN banyak2, kumpul duit dulu bayar sikit demi sikit.

Dalam bayar PTPTN ada 1 hadis ni sungguh beri inspirasi pada saya sebab saya rasai dulu apa yang hadis ni bagitau sebelum saya dengar wujudnya hadis macam ni.

Hadis ni saya dengar dalam tanyalah ustaz oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman,

“Orang yang berhutang yang berusaha untuk bayar hutang Allah akan bantu dia, orang yang berhutang dan mampu bayar hutang tapi tak nak bayar hutang orang itu orang yang zalim” – Nabi Muhammad s.a.w.

Dari satu sudut, bagi saya hutang PTPTN ni bagus sebab hutang ni ajar saya untuk bergantung pada Allah taala sepenuhnya, berdisiplin, kerja keras cari duit, dan berjimat cermat.  Saya mampu bayar PTPTN sebab Allah tolong bantu saya cukupkan duit untuk bayar, tanpa Dia dan sokongan umi aboh mungkin saya tak mampu bayar.

Satu lagi the power of niat macam Islam ajar, asbab saya niat awal2 nak pakai duit yang saya simpan di tabung haji untuk bayar bali ptptn satu hari nanti. Allah taala mudahkan.

Ohhh ya pasal, amalan yang confessor iium ajar tu memang menjadi betul, awal tahun 2018 saya doa 2 benda yang saya rasa tak logik salah satunya pembayaran penuh ptptn ni.. Dan kalau korang nak tau dua2 Allah taala makbulkan.

Saya pernah tulis entri di wall fb personal, dan saya decide nak post kat sini biar makin ramai dapat manfaat insyaaAllah.

– Linda92 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *