Harta Ayah Jadi Rebutan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/harta-ayah-jadi-rebutan/).

Assalamualaikum. Thanks kepada semua yang sudi memberi feedback samada positif atau negative. So disini aku akan jelaskan dengan lebih details kenapa ayah aku amanahkan aku untuk uruskan hartanya.

Macam yang aku jelaskan sebelum ni diaorang tak pernah nak ambil tahu so macam mana ayah aku nak amanahkan diaorang dan kenapa plak aku perempuan yang uruskan. Dalam kalangan kami semua perempuan kecuali abang aku yang OKU. So aku dalam keluarga aku anak sulung jadinya sebab itulah ayah aku amanahkan aku. So fahamkan.

Isu perceraian dikalangan mak mak mereka adalah disebabkan ibu mereka curang. Macam mana aku tahu semua ni? Of course la dari makcik dan pakcik aku. Jadinya jangan cakap ayah aku suka kahwin cerai kahwin cerai. Kenapa dengan mak aku boleh bertahan lebih 50 tahun.

Lagi satu part kasih sayang ni aku tak boleh nak cakap lebih sebab setahu aku mak mak mereka ni yang tidak benarkan ayah aku jumpa dengan anak-anaknya. Hasut anak anak dia bencikan ayah dia. Yang ni diakui sendiri oleh mereka.

Aku dah nyatakan sebelum ini, yang aku telah mohon faraid dipejabat pusaka. Aku telah adakan satu perjumpaan ahli waris termasuk mereka berdua. Ohh lupa mereka berdua si A dan si B juga adalah perempuan. Aku dah jelaskan berapa semua harta ayah aku yang tak seberapa tu. Tapi salah seorang dari mereka tidak dapat hadir.

Jadinya dia cakap dia bersetuju atas perbincangan tersebut dan aku whatsup dokumen dan nyatakan apa yang telah dibincangkan untuk maklumannya. Dalam perbincangan tersebut aku telah sampaikan amanah ayah aku yang mana dia berhajat untuk membina tahfiz diatas tanah yang diusahakanya. Jadinya semua bersetuju pada masa tersebut.

Selang beberapa bulan pejabat pusaka panggil untuk bicara. Tiba-tiba Si A ni cakap dia tak setuju dan tidak tahu apa-apa. Si B pun join samalah tidak tahu apa2. Ko rasa? Geramkan. Bila dia tak setuju bermaksud kami tak boleh proceed apa yang ayah aku amanahkan. Takpa aku sabar lagi. Aku cakap Allah uji aku.

Akhirnya, kami adik beradik cakap kita faraidkan macam biasa. Kita punya bahagian kita buat tahfiz untuk ayah. Kalau diaorang tak nak biarkan sahaja. Aku nampak itulah jalan yang terbaik. Aku malas nak gaduh-gaduh. Tapi apa yang aku tahu mereka nak lebih dari itu. Sebab itulah berebut sangat. Bahagian perempuan kan tak banyak.

Aku penat bukan sebab uruskan harta ayah ni. Tapi aku penat layan karenah orang yang tidak matang. Hari ni cakap A esok cakap B. Orang kata, cakap tidak serupa bikin. Itu yang aku penat. Sekarang aku ambil pendekatan diam dan tunggu sijil faraid sahaja.

Doakan aku sebab belum habis lagi ni. Banyak lagi prosedur nak kena buat selepas ni. Aku takut aku jadi manusia paling tidak sabar. Aku takut sangat2. Aku ni sejenis yang susah nak marah tapi sekali marah aku takut habis dua orang tu.

Aku share cerita aku ni bukan nak canang satu dunia apa yang berlaku dekat family aku tapi lebih kepada perkongsian dan pengajaran kepada yang lain. Rancanglah harta sebaik yang mungkin. Rambut sama hitam tapi hati tidak semua sama. Dan aku juga suka salahkan diri aku.

Salah ke apa yang aku buat? Salah ke aku sampaikan amanah ayah aku tu? Adakah ini punca pergaduahan. Selalu sangat bermain difikiran aku ni. Iskkkkkkk………

Terima kasih kepada semua sudi baca. Doakan aku kuat dan tabah ya.

– Zana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *