Kecelaruan Naluri

Assalamualaikum, so ni penulisan pertama aku dekat internet kalau ada salah silap harap maafkan.

Aku Hafiz (bukan nama sebenar), sebenarnya mende ni dah lama aku pendam, rasa sakit memendam tu seolah-olah kau menanggung gunung-ganang atas kepala. Aku ada kecelaruan naluri, serius tak tipu.
Aku rasa mende ni dah lama sejak aku darjah 5 lagi and now aku dah lepasan universiti. Aku lebih ‘attract’ pada golongan sejenis lagi2 kalau yang dah tua.

Kalau dalam istilah LGBT mereka golongan tua dan berbulu ni digelar ‘Bear’. Aku asalnya takdelah minat sangat nak jadi gay cume lepas aku form one aku ada sorang kawan yang ada ‘penyakit’ yang sama macam aku.

So aku pernah la buat sesuatu yang boleh buatkan nabi tak mengaku umat iaitu kawan aku ni bawak aku pergi dekat satu rumah, then ade sorang lelaki umur dia mungkin dalam 30-an kot. Lepastu aku ingat diorang nak buat apa, rupanya diorang l*wat. Aku pada mulanya nak lari tapi tetibe lelaki tu panggil aku then suruh aku rasa dia punya batang (sumpah aku taubat weyhh). Tapi bile dah pancut tu hilang rasa nak teruskan mende tu.

So aku teruskan laa hidup aku macam biasa, cume lepas dua bulan semenjak peristiwa tu berlaku, aku rasa macam ada sesuatu tak kene. Yela hidup muda suka menonton filem lucah and so on, but bile part nampak d*ck tu aku rasa lain macam. Aku terus rasa nak melancap. Perkara ni terus berlaku sehinggalah aku form 5.

Ada sorang cikgu ni nama dia Ali (bukan nama sebenar jugak). Masa aku belajar dengan dia aku rasa something different bila dia senyum dekat aku. Mula-mula aku takde laa nak layan sangat perasaan tu, tapi lepas kelas dia aku teringat dekat senyuman dia.

Rupa dia memang “type” yang aku suka. Berjanggut, agak berumur dan ‘mature’. Then boleh kata tiap hari aku melancap sambil tengok muka dia dalam HP. Dia tak tahu pun yang aku minat dekat dia, dan aku pernah harap aku boleh test dia punya d*ck.

Cuma suatu hari tu aku rasa tak tenang lepas melancap. Sumpah tak tenang dan tak best langsung. Aku pon buke la youtube nak dengar lagu. Entah macam mana tersalah tekan bacaan oleh Syeikh Mishary Alafasy.

Aku pon dengarla dengan penuh khusyuk, sumpah aku menangis sambil teringatkan dosa2 yang lalu. Lagi-lagi part “قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِي”.

Maksud dia :“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”

(Surah az-Zumar 39:53)

Aku terus terbaring bila mendengar ayat ni. Allahu rasa sebak tu Allah saja yang tahu. Entah macam mana aku merengek macam bayi sorang2 malam tu. Aku pon terus la ambik wudhu, then solat sunat taubat.

Dalam sujud terakhir tu aku munajat dekat Allah:”Ya Allah, jauhnya aku menyimpang dari ajaran mu, sedang dari alam roh lagi aku berjanji untuk patuh dan sujud padaMu, Ya Allah tolonglah perjalananku yang jauh dan penuh onak duri ni, Sungguh aku tak akan pernah mampu untuk membantu diriku melainkan Engkau yang MAHA membantu aku”.

Lepas dari peristiwa tu, aku sudah kurangkan rasa nak melancap dan layan video lucah. Then aku penuhkan hari2 aku dengan perkara yang bantu aku untuk terus berubah. Ye menipulah kalau kata aku tak pernah tersungkur. Banyak kali jugak aku terbuat balik dosa, tapi aku terus mintak ampun dari Yang Maha Pengampun. Aku pun dah banyak ikut kuliah agama yang diadakan di surau dekat dengan rumah aku.

Cuma satu je yang aku susah nak hilang sikit. Aku still ada rasa sayang dan minat pada cikgu aku tu walaupun dah lama tak jumpa dengan dia. Cuma aku istiqamahkan diri aku dengan solat hajat dan tahajjud agar Allah sentiasa bantu aku dalam perjuangan mencari redha-Nya. .

Akhirul kalam, wahai golongan yang menyimpang, jangan sekali-kali kau berputus asa, kuatkan keyakinan korang bahawa Allah akan mengampunkan dosa korang yang lalu. Jalanilah kehidupan korang macam biasa, dan kalau korang tergelincir lagi atas jalan ini, mohonlah banyak2 dengan Allah agar diampunkan dosa dan sentiasa diberi kekuatan.

Ingat ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang AKU katakanlah bahwasanya Aku ini dekat dengan mereka, Aku akan perkenankan permohonan mereka yang berdoa dan hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu dalam kebenaran. ”

(Surah AlBaqarah 2:186)

Aku akhiri tinta ini dengan kata-kata “Ingatlah manusia bahawa dunia ini tak lain dan tak bukan hanyalah permainan dan tipu daya semata-mata”

ALLAHUAKBAR…

– Pencari Hidayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *