Anak Yang Terabai

Assalamualaikum semua. Saya nak luahkan sesuatu yang dah lama saya pendam.

Kehidupan saya waktu kecil mungkin tak sama macam orang lain. Saya hidup dalam keluarga dimana ibu-bapa saya adalah ahli perniagaan. Dan kesibukkan mereka membuat saya rasa terabai. Walaupun Ibu-Bapa saya berduit, tapi saya tak hidup dalam kemewahan.

Saya tak minta kekayaan mereka, saya hanya harap tatkala saya sedih, susah hati, penat, buntu, tak reti buat kerja sekolah mereka ada untuk saya. Ataupun sekurang-kurangnya hantar saya nak kesekolah depan pintu rumah pun jadilah.

Saya selalu jeles tengok kawan-kawan yang pergi sekolah ibu-bapa hantar dan jemput, bawa bekal pergi sekolah, ibu sediakan sarapan, ibu-bapa hantar masa naik bas sekolah, hantar sampai depan pagar rumah tengok rakan saya berbasikal ke sekolah.

Saya pula terpaksa jalan kaki meredah kebun, jalan raya sepanjang lebih kurang 7km ulang alik. Tapi saya dah biasa dan saya tak kisah pun. Saya pernah juga ada basikal yang saya beli hasil kumpul duit belanja sekolah. Waktu hujan saja bapa saya akan hantar. Itupun kalau dia nak.

Saya tak harapkan mereka bagi duit kat saya. Tapi cukuplah kalau tanya, tadi okay tak kat sekolah? Makan apa? Saya hanya budak lebih kurang 7-9 tahun dan saya perlukan perhatian. Saya akan set alarm sendiri, bangun sendiri, cuci baju semua sendiri, dan makan sendiri.

Bila saya balik, rumah saya kosong. Maka hiduplah saya sendiri. Dirumah tiada orang yang memasak. Sebab tak ada dapur pun. Jadi saya akan tunggu sampai makanan sampai. Tengoklah pukul berapa mak bapak saya balik. Kalau lewat, lewatlah. Semua ini rutin sehinggalah saya berusia 13 tahun.

Bila saya dah biasa bersendiri, saya mula hisap rokok seawal umur 11tahun. Saya stress. Saya lepak dengan budak-budak agak berusia. Mula ponteng sekolah, tapi ponteng untuk tidur kat rumah. Saya tak rasa minat nak kesekolah. Cikgu-cikgu semua garang, selalu kene denda, kena rotan. Sebab saya selalu senyap dan tak tau nak berinteraksi disekolah.

Saya tak tahu nak cakap, nak buat apa yang sepatutnya. Kerja sekolah pun tak pandai sebab saya bukan sekolah kebangsaan. Bukan bahasa ibunda kita. Saya macam lost. Kadang cikgu mengajar kat depan, saya termenung tengok pokok-pokok yang rendang dibuai angin.

Saya tak fokus pada pembelajaran. Dan semuanya corot kecuali bahasa melayu saya tak pernah tak dapat A sebab itu bahasa melayu kita kan. Bila dah dewaa baru saya faham, waktu itu saya berada dalam Fasa Kemurungan. Saya “Lonely”

Bila saya dah terbiasa sendirian, suatu hari perniagaan Ibu-bapa saya mempunyai masalah. Dan kami berpindah. Lebih kurang umur saya 15 tahun. Mereka mula nak mengambil berat. Tapi hati saya kosong. Saya sayang mereka, tapi saya tak tahu nak berinteraksi macam mana. Semua terasa janggal bagi saya. Kalau dulu saya bebas, sekarang saya kene ikut peraturan. Mestilah saya memberontak! Saya tak suka dikongkong.

Sehinggalah saya menginjak dewasa, saya jadi seseorang yang tak pandai membuat keputusan. Ada kalanya saya tak tahu bezakan apa yang baik yang buruk. Tersuka salah orang. Kadang buta hati. Orang guna-gunakan saya, saya percaya bulat-bulat.

Saya nampak orang luar baik je sebab diorang layan saya baik untuk kepentingan sendiri. Keluarga cakap pun saya tak percaya. Tak dengar.. Saya tak adalah salahkan Ibu-bapa saya 100 %. Sebab kesilapan itu dari diri saya sendiri.. sepatutnya dah remaja dan dewasa saya patut boleh berfikir mana baik mana tak..

Saya yang kurang kesedaran diri akibat selalu rasa terabai, saya memberontak. Tapi akhirnya saya terpaksa akur, mereka ibu-bapa saya walau seburuk mana pun, itulah ibu-bapa kita dan saya maafkan mereka. Dan kita tiada hak untuk berdendam dengan mereka. Tak bau syurga!

Saya bukan mahu membuka Aib, saya ingin kisah saya jadi pengajaran buat Ibu-Bapa diluar sana. Saya mohon sangat parents yang sibuk dengan pekerjaan, dengan perniagaan. Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak. Cukuplah sekadar pegang bahu mereka, peluk. Tanya buat apa hari ni? Jangan biarkan mereka terabai.

Bila anak tak dengar kata, keras hati, kepala batu, kurang ajar, Tahu tak sebab apa? Kurang kasih sayang dan sentuhan. Saya sendiri melaluinya. Bila kita kurang perhatian, maka kawan mereka yang akan ”take over” tempat ibu-bapa.

Apa kawan buat rasa seronok dan betul terus jadi ikutan.. Masa tu bila ibu-bapa berkeras, anak lagi keras. Atau mungkin terlambat.. anak tu dah “jauh”..

– Noura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *