Niatlah Kerana Allah

Assalamualaikum. Aku ada kenal sorang perempuan nie. Graduated UIA (fakulti undang2). Awal2 perkenalan aku just tengok dia melalui pandangan kasar, dalam hati aku “baik budak nie” dengan pakai baju kurung, beg sandang macam budak sekolah.

Dah kenal lama sikit dengan dia, aku terkejut sebab dia cakap dia bukannya perempuan yang baik, siap cerita pasal kisah silam dia dekat aku pasal dara dia dah takda since form 2 (2009) masa dia sekolah harian dekat Johor Bahru.

Dia terjebak dengan benda2 tu sebab bergaul dengan kawan2 lelaki dia dekat sekolah harian tu. Dia tersilap langkah couple dengan seorang lelaki ni dalam geng2 lelaki dia. So, bila dah couple tu faham2 lar kan, mula2 ringan2, lepastu berat2. Dekat sini lar bermula nya kisah silam dia.

Bila dah clash, couple dengan lelaki lain pun sama jugak, ada buat perkara maksiat. Bila dia dah terbiasa couple, buat maksiat, pastu clash, berlarutan hingga ke zaman UIA (dari asasi ke degree) perkara nie. Before kenal dengan aku pun, dia ada couple tapi dia di tinggalkan macam tu jer tanpa khabar berita.

So, dia down, broken gila lepas kena tinggal tu, dia silap ambik langkah lagi. Kenal mamat pyscho dekat wechat (mula2 tak nampak lagi lar psycho). Lepas dah lama diaorang chat, mamat tu minta gambar nudes dia. Dia pun bagi (alah bisa tegal biasa) sebab dah pernah buat masa couple sebelum2 ni.

Mamat ni psycho, sebab nak ugut gambar2 nudes dia dekat kawan2 dia dekat UIA (fakulti undang2). Dia rasa terancam, dia bagi lagi gambar nudes bila mamat psycho tu minta. So, nak pendekkan cerita, aku nie stranger tak pernah kenal dia pun dekat UIA. But, Allah gerakkan hati aku untuk belek2 1 group whatsapp nie & dia pun ada dalam group tu.

Aku pun start pm dia, so berkenalan lar kami pada tahun 2017 hingga lah awal tahun 2019. Ya, memang dia ada cakap nak berubah, perlukan sokongan sebab dia jenis introvert. Tapi aku nie lelaki, iman aku pun masih goyang2 lagi. Aku risau aku pun terjebak sekali sebab kalah dengan nafsu. Aku pun tak tahu nak tolong dia macam mana. Aku just tolong mana yang mampu jer.

Tolong dia delete akaun wechat, pastu uninstall terus (sebab tak kena ganggu lagi dengan mamat psycho tu), tolong dia pasal assignment (print2 kan kertas dia yang berlambak), tolong dia bisnes (jual2 makanan dalam UIA), tolong teman dia makan (bila aku free), tolong bagi pinjam duit dekat dia (kalau dia betul2 terdesak nak pakai duit) & macam2 lagi lar.

Sebenarnya, aku ada tersilap niat awal2 kenal dengan dia tu. Sebabnya dia cerita pasal kisah silam dia dekat aku. Hati aku rasa tak sedap, tak tenang kalau aku teruskan hubungan dengan dia. Tup2, dia confess dekat aku, dia cakap dia suka dekat aku.

Aku jadi serba salah masa tu, ya memang aku ada suka dia tapi aku rasa sesuatu tak meyakinkan hati aku. Tapi ntah macam mana, perkenalan kami tetap di teruskan hingga awal tahun 2019. Macam2 dugaan & ujian datang dekat aku dalam tempoh (setahun lebih) kami berkenalan ni. Sampai lah aku rasa fed up dengan perangai dia. Allah test aku dengan nafsu amarah aku.

So, bila dia buat hal dengan benda yang aku tak suka, mesti aku rasa tak puas hati. So, makin lama makin rasa tawar hati dalam perkenalan kami. Dia yang start confess dekat aku, dia juga yang minta nak berpisah dengan aku. Aku setuju jer even rasa kecewa tak bimbing dia betul2 untuk dia berubah kepada yang lebih baik. Silap aku apa? Nawaitu aku pada awal2 perkenalan dengan dia.

Dalam hati “aku dah berkenalan dengan bekas pelaku zina”, mintaklah dijauhkan. Setiap orang yang pernah melalukan kesilapan, kesalahan, maksiat & macam2 lagi pasti ada niat ingin berubah, tetapi kita sebagai orang sekeliling mereka, bantulah mereka sehingga betul2 berubah.

Maafkan aku AA sebab belum layak jadi lelaki yang soleh untuk bimbing kau ke arah yang lebih baik. Terima kasih untuk segala pengalaman & pengajaran sepanjang perkenalan kita hampir 1 tahun lebih. Aku doakan semoga segala urusan kau dipermudahkan di dunia & akhirat.

– Dilemma Lelaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *