Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau post ni diapprove. Ni luahan hati aku tentang abah aku. Aku nak cerita pasal abah aku. Dah lama dah pendam benda ni sorang-sorang, menangis sorang-sorang. Jadi aku nak share dekat sini.
Abah aku ni tak macam ayah orang lain tau. Aku boleh katakan dia ni zero knowledge pasal tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Abah aku ni dah berhenti kerja sbg bus driver sejak 2016 rasanya. Jadinya dia jadi penganggur yang berjaya kat rumah.
Dah dekat 3 tahun mak aku yang tanggung makan minum dia. Mak aku punya la susah payah cari kerja nak tanggung anak2 dia yang masih bersekolah ni. Dah reverse tau dia punya role. Mak aku jadi ketua keluarga cari nafkah, dia goyang kaki dekat rumah.
Satu benda pasal abah aku kan,dia ego sangat-sangat. Pernah sekali mak aku tegur dia suruh cari kerja lepastu dia marah tengking mak aku, dia cakap tak ada kerja yang dia boleh buat. Kalau mak aku tegur, mulalah dia nak ungkit yang mak aku guna kereta buruk dia bawak pegi kerja (btw mak aku kerja dekat kantin sekolah).
Lepas tu dia cakap dia dah taknak bagi mak aku guna kereta tu. Padahal kalau setiap kali kereta tu rosak, duit mak aku jugak yang keluar untuk baiki. Lepastu dia ungkit jugak yang mak aku kerja ni takde hasil apa pon, padahal makanan yang masuk dalam perut dia tu hasil titik peluh mak aku kerja dekat kantin tu. Tiap kali mak aku balik kerja, pandai pulak dia cari makanan (makanan dekat kantin yang tak habis, mak aku bawak balik).
Abah aku kan dia tak pernah beli barang-barang kat rumah tak kira la barang dapur ke, toiletries ke, apa2 jelah yang digunapakai kat rumah aku ni. Semua mak aku beli guna duit mak aku. Tak pernah mintak dengan dia. Kalau mintak, ungkitan yang diterima.
Mak aku ni kerja kantin je. Kalau bulan puasa, memang tak ada pendapatan yang masuk. Abah aku tahun ni dia dapat duit KWSP sebanyak RM50,000. Mak aku mintak la sikit duit untuk beli barang2 dapur dan nak baiki sikit dapur sebab dapur kat rumah memang dah uzur.
Tapi abah aku ni, setiap kali mak aku nak duit, mak aku kena pinjam. Maksudnya bila mak aku dah ada duit, kena ganti balik duit yang dia bagi tu. Tapi kalau dia pinjam duit mak aku,dia tak pernah bayar balik walau sesen.
Korang lelaki kena ingat tau, duit suami ada hak isteri, tapi kalau duit isteri hanya hak isteri je. Walau kau pinjam, kau kena ganti balik. Nafkah lain, duit pinjam lain. Abah aku tak pernah bagi nafkah dekat kitaorang sebagai anak dan isteri dia.
Adalah jugak lepas dia berhenti kerja, dia menoreh getah dan tanam padi, tapi duit hasil tu dia tak pernah kasi kitorang (selalunya dia sorok).
Aku dengan kakak aku belajar lagi. Kitorang dua beradik je. Aku kesian dekat kakak aku. Masa dia mula-mula nak daftar universiti beberapa tahun lepas, tak cukup duit nak bayar yuran. Mak aku dah bagitahu awal-awal dekat abah aku suruh simpan duit untuk bayar yuran kakak aku (masa ni abah aku still kerja as bus driver). Kakak aku dapat second intake universiti. Jadi abah aku ingat kakak aku tak dapat masuk U dah, jadi dia guna duit tu buat beli phone baru untuk dia.
Jadi masa nak daftar kakak aku tu, kalut lah mak aku sebab duit tak cukup. Punyalah tebal muka mintak dalam group whatsapp family dana untuk kakak aku ni. Mak aku menangis. Dahlah untuk beli barang persiapan kakak aku pun kais-kais duit mak aku cari. Kakak aku cakap, kalau dia tahu awal-awal yang duit tak cukup untuk bayar yuran, dia dah tolak awal-awal untuk masuk universiti.
Abah aku tak pernah tanya kitorang duit cukup tak untuk makan ke apa. Pernah kakak aku mintak duit awal sem sebab duit dalam beg ada 2 3 ringgit jer. Tapi akhir sem baru dia bagi. Tu pon dia bagi sekali je. Last-last mak aku kena kerja keras cari duit bankin dekat kakak aku.
Kadang kalau abah aku dah kasi duit untuk bulan ni dlm RM200 ke 300 (ni jer paling banyak yang dia bagi), kalau aku mintak bulan depan, dia dah tak bagi dah sebab dia cakap dia dah bagi bulan lepas.
Aku dengan kakak aku kadang berjimat nak makan. Aku dekat kolej tu sekali sehari je makan sebab tak nak bebankan mak aku. Aku dan kakak aku sampai dah hilang tau hormat dkt dia. Dia tak pernah tegur atau ajar kitorang bab agama. Semua tanggungjawab tu mak aku yang pikul.
Korang mesti cakap kenapa kitaorang tak buat part time ke apa ke untuk tambah duit. Jawapan dia, mak aku tak kasi. Mak aku cakap, kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Duit mak boleh cari. Tapi time cuti sem, kitaorang tolong dia kat kantin sekolah sambil cari duit poket.
Sebelum mak aku dapat lesen kereta, mak aku berhujan berpanas bawa motor hantar aku dan kakak aku pergi sekolah. Lima tahun aku, lima tahun kakak aku. Dkt 10 tahun sorang-sorang dia hantar ambik kitorang. Tak termasuk hantar dan ambik aku pergi kolej. Semua mak aku.
Mak aku (doakan mak aku dapat syurga yang tertinggi) kerja bangun pukul 4 pagi, lepas subuh dah gerak pergi kerja, pukul 3@4 petang baru balik. Abah aku? Dia lepas mak aku balik terus tanya mana makanan. Pernah aku dan kakak aku suruh mak aku mintak fasakh. Tapi entah,mak aku yang tak nak.
Sepanjang 19 tahun aku hidup, dia tak pernah beli apa-apa untuk aku,kakak aku dan mak aku. Baju ke apa ke dia tak pernah beli. Baju raya pon kadang-kadang aku dengan kakak aku kena merayu dekat dia nak duit sebab nak beli baju raya. Tapi duit yang dia bagi tu tak cukup dan tak pernah cukup. Terpaksa guna duit kitorang menabung + duit mak aku.
Ada sekali aku suruh abah aku beli burger. Lepastu dia tanya aku,mana duit nak beli burger. Dia mintak dengan aku weyy duit nak beli burger tu. Aku termarah dia sebab tak tahan sangat dah. Kadang kalau mak aku kirim dekat dia suruh beli roti ke, ais batu ke, dia mintak duit mak aku (even abah aku makan jugak bendalah tu). Kalau duit mak aku bagi tu ada lebih, dia ambik tau duit tu.
Kesian mak aku, kadang menangis sorang-sorang. Semua benda tanggung sorang2. Hutang apa semua tu kena bayar sendiri. Baju untuk pakai harian pon boleh kira ada berapa helai je sebab mak lebih pentingkan anak-anak. Nak beli baju sehelai yang kat pasar tani tu pon kena fikir banyak kali. Emas tak ada seutas pon dekat tangan sebab setiap kali menabung nak beli, kena guna duit tu sebab tak cukup duit nak beli barang dapur.
Mesti korang tertanya-tanyakan takkan takde benda baik yang abah aku buat. Entah. Aku pon tak ingat ada ke tak sebab sikit sangat atau tak ada langsung.
Setakat ni je kut aku cerita. Banyak lagi sebenarnya tapi tak pelah.
Tapi sebelum tu aku nak bagi pesanan, buat lelaki2 dekat luar sana, sebelum kau nak kahwin, kau hadam dulu betul2 tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.. Kalau tak ada ilmu, tak payah kahwin, nanti kesian anak bini jadi mangsa. Kau pon nanti dekat akhirat rebeh tau bahu kiri tu punyalah berat kalau abaikan kau punya tanggungjawab.
Buat wanita pulak, pilih bakal suami elok2. Mak aku dah salah pilih suami. Seksa. Tak ada tempat nak bergantung.
Sekian…
– NUR (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit