Berubahlah

Dah lama aku nak luahkan segala yang berbuku di hati ni. Lebih kurang 20 tahun jugak bersabar dengan karenah ipar duai yang kadang menyesakkan dada. Tapi demi suami kadang ku tahan jua.

Aku dah berkahwin hampir 20 tahun lamanya. Suami asal dari utara, adik beradik ramai. 8 orang semuanya dan dia anak ke 4. Semua dah beranak pinak, bercucu cicit dah tua pun semua tapi perangai masih tak berubah sampai sekarang.

Tiap kali berkumpul kat kampong suami (hanya mak mertua masih ada, ayah mertua dah lama tiada) berbondong la anak menantu cucu semua. Tapi yang menyakitkan hati, ipar duai yang pemalas tahap dewa dan kedekut tahap haji bakhil.

Bila dah berkumpul ramai, memasing ada anak 5-6 campur menantu dan cucu bayangkan berapa banyak makanan kena disediakan. Masalahnya dah la pemalas nak menolong memasak apatah lagi mengemas lepas makan. Tu belum kira anak2 dorang yang makan 4-5 kali tak ingat orang belakang. Sekali makan terus abis.

Adik beradik suami 6 lelaki dan dua perempuan yang ada dah bercucu pun. Tapi tak pernah terpikir untuk menyumbang apa2 untuk beli barang dapur. Yang selalu jadi mangsa saya dan suami lah. Sementelah saya memang suka masak dan anak2 saya yang tiga orang suka makan. Tapi bayangkan kalau kami je beria beli barang dapor yang lain tau melantak ?

Jujur setelah 20 tahun saya semakin fed up. Dah la biras yang tak paham bahasa nak ajar anak2 tolong basuh pinggan dan kemas lepas makan, dia pun sama naik pemalas.

Kesian tuan rumah. Oh ya, mak mertua tinggal dgn adik ipar perempuan dah berkahwin dan beranak 3. Mereka hanya kakitangan kerajaan je pun. Tapi biras lelaki sangat rajin mengerjakan kebun dan mungkin rezeki jaga mak mertua, mmg murah sentiasa rezeki mereka.

Saya kasihan melihat mereka tiap kali adik beradik suami balik. Lagi parah bila musim raya nak datang. Adik ipar suami isteri biasa akan top up bahan utama, beras, gula minyak dll. Jadi bila kami balik kami amik bahagian beli bahan mentah sahaja.

Yang ada adik beradik suami, pagi raya baru tunjuk muka. bawak perut anak beranak, melantak tak ingat dunia. Sakit sungguh hati saya tiap kali kejadian gini sebab biasanya saya dengan adik ipar bersengkang mata, berdiri berjam2 memasak pada malam raya menyiapkan lauk2 dan makanan raya. Mak mertua dah 80an dah tak larat nak buat kerja2 rumah dan biasa kami akan biarkan dia berehat je.

Ramai adik beradik, memacam perangai. Yang peliknya, suami memasing (abang2 ipar) akan buat bodoh je bila bini memerap dalam bilik, langsung tak menolong keje dapur, langsung tak hulur wang ringgit untuk menyumbang untk raya. Ibaratnya mereka mcm balik bercuti, makan tido,tengok tv dan membawang.

Ikut hati, memang tiap tahun rasa tak nak balik sana tapi kesian mak mertua, kesian suami. Suami anak yang taat dan tak pernah membantah apa jua mak mertua suruh dan kata. Biasa bila nk raya dia lah yang akan sebok mencari daging, ayam dan persiapan membuat lemang segala. Yang lain? tolong tengok dan tolong makan.

Saya tak kisah untuk kakak ipar semua sebab mereka ada suami ada keluarga, tunjuk muka pagi raya or petang raya tu dah biasa. Mereka juga kalau ada ringan tulang tolong memasak atau menyiapkan juadah. Anak2 mereka juga bole di harap. Cuma yang sakit hati yang lelaki2 lain tu. Semua nya membiar bini jadi mem besar di rumah mak mereka apa nak jadi?

Pernah terjadi ketika mak mertua masih sihat, dia smpai krem kaki basuh pinggan mangkuk sedangkan menantu2 dok berlengkar membuta dalam bilik. Alasan, demam lah, sakit kepala lah. Padahal dah 20 tahun macam tu.

Kesian mak mertua saya, terpksa kami yang baru balik beraya menyingsing lengan baju raya menolong basuh pinggan. Masa tu pulak air tak da. Kena berangkut dari kolah yang jauhnya boleh tahan.

Ada sekali kejadian jugak ketika kami balik beraya dapur mak mertua mcm kapal pecah. Kulit buah berselerak, pinggan bertimbun. Dah la gitu meja makan mcm kapal terbalik dibuatnya. Bila bukak tudung saji ada nasi seperiuk kecik yang saya kira dia masak untuk perut dia je. Masya Allah !!

Ikutkan hati memang nak mengamuk sakan. Kakak ipar yang dah tak tahan melihat terus menjerit mengamuk kenapa teruk sangat rumah mak nih.

Belum kes anak2 sedara dok makan tak henti2 sampai kami terpaksa masak 6x. Kisahnya Ibu mertua adik ipar nak datang, jadi dia siap2 masak. Malangnya bila dia letak atas meja makan, abis. Dan dia terpaksa masak lagi dan abis, begitulah seterusnya. Sampai lah dia fed up sebab mak mentua sampai malam, lepas masak dia sorok kan suma lauk2 tu.. sebab dah 6x memasak .

Bayanglah sekali masak 10 ekor ayam pun sekali hadap je abis. Sekurangnya satu keluarga sumbang rm100 pun dah lebih dari cukup kan, ini tak habuk pun takde.

Tiap kali nak raya saya memang agak cuak, nak nak lagi bila tahun ni beraya di rumah mertua dulu. Selalu je saya berdoa, set2 pemalas tu semua tak balik kampong tahun ni. Jadi saya tak penat, tak sakit hati dan tak tambah dosa.

Umur dah makin tua tapi tak pernah nak guna otak dan akal untuk fikir apa yang baik apa yang tak. Suami pulak takut sangat dgn bini2 smpai tak boleh nak bersuara langsung menegur perangai. Itu yang jadi naik tocang.

Saya berharap tahun ni mereka suma tak balik, kalau balik pun biar lepas saya dah balik ke kampong saya di raya ke dua, biar saya dan adik ipar bole bertenang dan tak bertambah dosa membawang pasal mereka.

– Pn Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *