Takdir Aku

Assalamualaikum semua. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk minta pendapat dari warga iiumc sekalian. Aku akan ceritakan daripada awal supaya semua paham.

Aku berumur dekat 30an. Satu satunya anak perempuan dalam keluarga. Lepas habis belajar 6 tahun dahulu, aku dapat pekerjaan di kuala lumpur sebagai akaun. Boleh dikatakan gaji pon dah ok dah stabil, hanya naik motor ja pergi kerja. So gaji tu banyka boleh simpan.

Namun, dua tahun lepas mak buat permintaan supaya aku pulang. Maksudnya suruh aku berhenti kerja dan balik jaga dia. Mak ada kanser. Mak dah buat rawatan kimoterapi. Dan seterusnya kena buat radioterapi pulak. Suara mak dah menangis nangis di telefon jadi aku kena lah buat keputusan.

Jadi, aku beri notis seminggu berhenti kerja. Manager pujuk aku supaya ambil cuti sebulan untuk balik kampung. Tapi aku terpaksa berhenti jugak.

Dipendekkan cerita, aku balik awal tahun 2017, bulan 12 2017 mak pergi mengadap illahi. Sepanjang tahun tu aku menganggur untuk jaga mak sebab mak terlantar di katil. Aku dan abah yang bnyak uruskan mak. Cuci, bersihkan. Semua aku dan abah. Adik beradik lain? Semua tak ambil peduli.

Abang aku dan adik aku kerja kerajaan. Semua kritik aku yang menganggur. Kata macam2. Kecam aku. Kata aku tak usaha cari kerja. Aku hampir deepression dengan kelar tangan sendiri lepas mak meninggal.

Lepas mak meninggal merata aku hantar resume. Abah buat permintaan supaya aku kerja dekat dengan rumah sahaja memandangkan abah tinggal sorang sekarang ni. Aku pun akur lah. Tapi masih tak dapat kerja hingga sekarang. Kampung aku ni pekan kecil sahaja. Susah nak dapat kerja. Masih menganggur.

Kini, pada tahun 2019. Pada bulan april abah disahkan ada kanser usus stage tiga. Dah buat pembedahan buang. Dan sekarang kena pakai beg stoma. Aku lah yang jaga abah di hospital. Sakit badan tak terkata lah. Duit makin susut.

Lepas keluar hospital aku lah yang cuci segala najis dari beg stoma abah. Masa seminggu abah di hospital nak operation, aku dapat kerja akaun di peneng. Tapi terpaksa tolak sebab nak jaga abah. Aku sendiri tak ada duit untuk diri sendiri.

Tetapi, yang menjadi konflik adalah, abah ada isteri baru yang dia kahwin tahun lepas. Tapi kami berdua tak ngam. Dia pernah pukul aku dan belasah aku. Tapi abah sebelahkan dia. Dia hina aku yang belajar tinggi tapi takda kerja sedangkan anak dia yang spm pun ada kerja. Abah hanya diam.

Dua kali abah pernah terlepas cakap suruh aku cari rumah lain kalau tak suka bini dia tapi akhirnya abah yang minta maaf balik sebab aku lari dari rumah. Bini dia langsung tak pernah masak. Abah ja yang masak. Kalau aku yang masak, bini dia tak pernah sentuh. So, abah yang sakit2 tu lah kena masak. Sapa yang jaga sapa sebenarnya?

Masa abah lepas operation tu jugak, pompuan tu suruh abah drive kereta beli nasi kat dia. Aku punya lah risau takut jahitan perut abah tu terbuka. Abah baru operation dia dah suruh abah beli nasi kat dia.

Tak ada hati perut punya pompuan. Please note, pompuan tu tak nak aku beli. Aku tatang abah bagai minyak yang penuh. Segala apa yang dia nak makan aku belikan. Dia sakit aku cari ubat. Tapi inikah balasan yang aku dapat?

Hari2 aku menangis sebab kecik hati dengan sikap abah. Rata2 kawan aku suruh sabar, sabar dan sabar. Tapi aku cuma manusia biasa. Sampai bila nak sabar? Ayah kepada kawan aku ada nasihatkan aku, bila dah jadi macam tu kena pikir diri sendri.

Bukan tanggungjawab anak perempuan. Tapi aku sendiri yang tak sanggup nak biar abah aku macam tu. Perlukah aku tinggal abah duduk dengan bini dia? Tapi bini dia tak pernah masak. Geli tengok najis abah. Macam mana aku nak tinggal. Apa perlu aku buat?

– Melon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *