Persiapan Raya

Assalamualaikum dan salam 10 ramadhan terakhir kepada semua readers yang budiman.

Aku tak pandai nak mengarang. Tajuk pun macam hambar je. Huhuhu. Straight to the point je ye.

Alkisahnya raya tahun ni aku dan keluarga kecik kami akan menjadi host untuk keluarga besar sebelah suami. Mak mertua aku sakit dan memang tinggal dengan anak-anak. Tahun ni turn keluarga kami. Suami anak bongsu dari 5 beradik.

Alhamdulillah diberi peluang untuk berbakti pada ibu mertua.

Masalahnya sekarang aku nerveous. Nak raya ni aku tak tahu apa nak prepare. Sepanjang hidup aku inilah kali pertama beraya di rumah sendiri dan menjadi host untuk keluarga besar.

Sebelum ni beraya di rumah mak ayah aku ataupun rumah mak mertua ataupun di rumah adik beradik sebelah suami. Setakat tolong masak2 dan membawang sana sini tu aku expertlah.

Maklumlah dari kecik aku membesar di asrama. Masak memasak setakat nak isi perut sendiri, suami dan anak-anak bolehlah. ITu pun kadang-kadang refer buku resepi.

So disini aku nak minta tolong akak2 dan makcik2 atau adik2 semua bantu aku untuk senaraikan apa yang aku perlu sediakan untuk raya ni.

Untuk pengetahuan semua, ipar duai dan anak2 mereka akan berkampung di rumah aku sehari sebelum raya, sehingga raya ke 2. Ada 5 keluarga semuanya termasuk keluarga aku. Anak buah semuanya dah besar remaja. Anggaran 20-25 orang dewasa semuanya.

Setakat ni, persiapan yang aku dah buat ialah aku dah book homestay sebelah rumah aku ni (alhamdulillah kebetulan jiran aku buat rumah dia jadi homestay) dan tempah lemang 5 batang (cukup ke?)

Persiapan lain terutamanya hal makan minum macam mana ye?

Ayam dan daging nak ready berapa banyak? Macam mana nak plan menu untuk raya ni?

Beras? Bahan memasak nak beli bila? Macam mana nak simpan stok bahan basah banyak-banyak? Peti aku standard letak ayam 3 ekor pun dah penuh.

Tolong aku ye. Nampak macam bangang masalah aku ni. Sebab tu aku malu nak tanya orang lain. Dekat sini orang tak kenal. Huhuhu.

Aku risau kalau makanan tak cukup atau terlalu banyak dan membazir. Aku juga risau kalau tetamu tak selesa. Dahlah hari raya. Buatnya ada yang tak cukup susah nak beli barang sebab kedai tutup. Tokey kedai pun nak beraya.

Baiklah sampai sini saja…

Terima kasih pada yang sudi membantu. Aku doakan raya korang meriah.

– Kiko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *