Hi readers iium confession. Sebab sekarang ramai confess pasal masalah keluarga dan mak ayah. Hari ni saya nak confess pasal kisah saya.
So briefly saya dari broken family. Mak ayah bercerai since saya baru dilahirkan. Saya 2 beradik sahaja. Sebab kan penceraian ini mak saya kena sakit meroyan. Kami dibuang keluarga kedua2 belah pihak. Hidup dipulaukan. Well stigma tipikal masyarakat bila bercerai perempuan yang akan disalahkan.
Kami masih duduk dengan atuk dan nenek sebelah mak tapi susah. Kami dipulaukan, dipandang hina. Double standard. Baik macam mana pon kami masih dipandang lekeh. Contohnya masa saya dapat 5A upsr, masih datuk saya bangga kan cucunya yang tiada A langsung.
Mak saya juga mata duitan. Terbaca juga confession tentang mak mata duitan tu. Mak saya lebih kurang macam tu, tak pernah bagi duit belanja sepanjang saya masuk asrama dan universiti. Saya bayar duit yuran sekolah dan buku-buku guna duit biasiswa.
Masa saya nak minta biasiswa ni pon berendam air mata. Sebab walaupon mak saya ibu tunggal, gaji mak saya cukup untuk tanggung keperluan kami 2 beradik. Masa tu cikgu saya bagitahu ramai lagi pelajar yang lagi susah. Nak tak nak saya terpaksa cerita masalah keluarga saya jadi cikgu setuju untuk proses biasiswa saya.
Masa di universiti saya pernah tak balik rumah setahun sebab merajuk. Saya ni jarang minta duit pada mak saya sebab dah tahu kalau minta pon tak dapat. Jadi kalau saya minta tu memang tengah terdesak. Waktu ni seminggu saya makan kentang rebus sahaja sampai lidah rasa getah kentang tu tak hilang2.
Lepas tu saya minta mak saya bagi RM50. Kemudian minggu depannya saya minta lagi. Mak saya cakap minggu lepas dah bagi RM50. Bayang kan. Duduk di universiti dengan belanja RM50 boleh tahan sampai bila. Dan RM50 itu lah sahaja duit yang dia pernah beri sepanjang saya masuk universiti.
Rasa macam tak logik kan ada mak macam ni? Tapi percayalah ni betul2 berlaku. Pasal ini sahaja saya bergaduh besar. Masa ni saya memang kuat memberontak. Kalau marah memang mengamuk betul2.
Saya ambil keputusan tak nak langsung balik rumah. Mak saya datang ke universiti cari saya, jumpa kaunselor. Tapi saya lari duduk kat masjid. Sampai mak saya balik rumah. Bila saya dah lega saya jumpa kaunselor. Rupanya mak saya menipu bagitahu kaunselor tu yang mak ada bank in duit setiap bulan rm300 ke saya.
Mak saya takde alasan untuk tak beri saya duit sebab lebih dari cukup gaji mak saya dan saya seorang je yang masih belajar masa tu. Saya bersumpah depan kaunselor yang mak saya tak pernah beri saya duit sepanjang saya di universiti dan saya berani tunjukkan bank statement pada kaunselor. Tapi takde siapa percaya saya masa tu.
Kaunselor tu sebelahkan mak saya walaupon selepas saya dah tunjukkan bank statement. Apa yang kaunselor tu nasihat saya masa tu kena taat pada mak, saya anak derhaka dan bla..bla..bla.. masa ni saya sangat2 marah!
Saya betul2 benci mak saya dan semua orang keliling saya. Saya rasa nak give up study. Saya skip class. Saya di zaman kejatuhan. Pointer amat2 teruk masa ni. Saya depresi. Bila saya cerita pada kawan2 semua menjauhkan diri. Sama persepsi diorang dengan kaunselor tu. Mana ada mak yang akan buat anak sendiri macam tu. Tak logik kan?
So macam mana saya survive? Saya apply zakat. Masa apply ni pon sepatutnya saya tak layak sebab gaji mak saya tinggi dan saya sorang je belajar. Tapi nasib baik ustaz tu lembut hati. Dia luluskan permohonan saya.
Saya kerja part time dalam universiti sebab takde kenderaan tapi gaji saya selalu masuk lambat. Kadang 2 bulan masih tak masuk. Gaji pon tak banyak. RM2.50 je sejam. Sehari kerja 4 jam dapat lah RM10. Tapi bukan hari2 saya boleh kerja. Kadang2 ada kelas, group meeting sebagainya.
Fast forward saya bangkit slow2..cari kawan baru. Saya berjaya grad lewat setahun sebab repeat banyak paper. Lepas grad alhamdulillah saya terus dapat kerja walaupon pointer saya teruk tak sampai 2.5.
Kemudian ada seorang lelaki melamar saya untuk jadi kan isteri. Fast forward..kami bertunang. Semasa buat persediaan berkahwin mak saya minta katering untuk 1000 orang dan katering tu dia yang buat pilihan. Duit hantaran pon tak cukup untuk bayar katering tu.
Mak saya macam biasa tak nak keluarkan duit langsung untuk majlis tu. Dia kata kalau saya tak dengar cakap dia tak payah kahwin dan dia tak nak uruskan majlis saya. Biar saya buat sorang. Macam2 lah yang mak saya cakap sampai dia ungkit air susu semua.
Mak saya juga dah cakap awal2 akan ambil semua duit salam kaut selepas majlis nanti. Saya dah malas nak bergaduh sebab kalau bergaduh macam2 lagi ayat mak saya yang akan keluar. Mak saya tu orang melaka so paham2 je la.
Saya cerita pada tunang saya. Yang menambah burukkan lagi keadaan adalah bila tunang saya tak puas hati dengan mak saya dan suruh saya minta duit salam kaut tu pada mak saya. Suruh saya confirmkan betul2 duit salam kaut tu nanti dapat pada siapa. Sebab bagi dia, dia dah bagi hantaran jadi duit salam kaut tu ada hak dia.
Hancurnya hati saya masa ni.. lepas bergaduh dengan mak saya tunang saya tambah lagi beban saya. Dalam situasi ni saya kena tambah lagi duit untuk majlis sebab nak ikut kehendak mak saya. Ditambah pula kena melayan ketidak puasan hati tunang saya pasal duit salam kaut yang tak seberapa dan yang belum ada pon lagi.
Majlis nya pon belum lagi. Dia asyik bangkitkan isu ni even saya dah tak kisah pasal duit salam tu. Takkan nak bergaduh pasal duit salam pula. Kalau ikut kan yang sepatutnya tak puas hati tu saya. Jadi saya makin rimas sebab kitorang asyik gaduh pasal benda ni. Entah lah.. saya usaha untuk realisasikan majlis kahwin tu. Despite mak saya yang macam2.
Saya pernah uji tunang saya. Saya bagitahu dia saya tak cukup duit untuk beli baju nikah. Dia bagitahu saya yang dia cuma ada duit untuk beli baju nikah dia sahaja. Sebelum buat keputusan bertunang dia ada tunjuk pada saya duit hantaran dah cukup dan dia ada lebihan simpanan untuk lepas kahwin.
Jadi selepas bertunang dia dah tak perlu kumpul duit untuk kahwin. Cuma kumpul persediaan lepas kahwin nanti. Saya yang perlu kumpul lagi duit. Entah lah.. setahu saya kain baju nikah ni pihak lelaki bagi masa hantaran tunang untuk pihak perempuan buat baju masa majlis nikah. Lagipon berapa sangat lah harga baju nikah kalau beli yang dah siap tu.
Dan sepanjang saya kenal dia… baju nikah ni je yang saya pernah minta dia beli kan. Sebelum2 ni keluar makan dan tengok wayang pon gilir2 bayar. Dan sekarang saya dah pon selamat putus kan pertunangan dengan dia.
Dan lagi, saya 2 beradik. Saya ada seorang abang. Sebab kan keluarga saya hidup dipulaukan ditambah dengan keadaan mak saya macam tu. Dia alami depresi mungkin. Dia drop out degree, mula balik dari diploma. Abang saya orang nya pandai. Tapi sayang. Sekarang tak mampu bekerja sebab mind state dia tak sesuai. Dia selalu rasa orang kat tempat kerja tak suka dia, cakap dia gila.
Kadang2 saya borak2 dengan mak saya pon dia ingat saya cakap pasal dia. Sekarang dia selalu cari gaduh dengan saya. Kadang2 pagi2 saya bersiap nak pergi kerja dia cari pasal dengan saya. Tu belum kalau saya terserempak dengan dia dalam rumah ni..dia panggil saya “gila”. Bayangkan hari2 setiap kali dia nampak saya. Tapi saya masih boleh bersabar.
Saya ni seorang yang happy go lucky. Kat tempat kerja orang takkan tahu masalah saya alami. Alhamdulillah tempat kerja saya environment sangat positif.
Sekarang umur saya pon dah 28 tahun. Dah lebih tenang. Lebih redha. Terima keadaan mak dan abang saya macam tu. Saya macam orang lain. Masih bagi duit belanje bulan2 pada mak saya. Layan mak saya dengan baik macam takde apa yang berlaku. Orang luar takkan perasan pon masalah keluarga saya.
Sekarang dah takde rasa marah pada mak saya. Saya terima Allah dah tetapkan bahagian saya macam ni. Belajar redha apa yang Allah dah tetapkan untuk saya. Hari ini mak saya boleh cerita pada orang saya anak yang baik. Saya dengar sendiri. Terharu.
Mak saya ni bukan jenis boleh cerita yang baik2 pasal orang termasuk lah saya. Memang tak pernah mak saya puji saya sebelum ni. Ada je yang tak kena pada dia. Saya ni dibesarkan dalam keadaan sentiasa memberontak, tak dengar cakap, selalu melawan, selalu tak puas hati. Bergaduh dengan mak saya tu biasa. Tapi sekarang saya rasa puas.
Lepas confession ni tersiar maybe akan ada beberapa orang yang tahu ini kisah saya. Sebab kawan saya pon follower iium confession ni. ^^.
– Sri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit