Aku Rasa Bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku harap admin siarkan luahan hati aku yang tak seberapa nie.

Aku anak perempuan yang keempat dari 7 orang beradik. Ibu bapa aku dari negara seberang yang dah lama menetap di malaysia. Arwah ayah dah lama meninggal sejak aku umur 3 tahun. Ibu aku seorang yang agak panas baran. Mungkin sebab tekanan menjaga kami adik beradik tanpa bantuan suami.

Aku tinggal dengan kakak aku yang no 1 dari aku umur 6 tahun. Zaman kanak-kanak aku pun tak bahagia. Aku sering dimomokkan dengan ayat” kau kalau tak dapat sumbang atau beri bantuan kepada orang sekeliling kau, lebih baik mati dari hidup”.

Ayat tue dah ditanamkan dalam kepala aku sejak umur 6 tahun. Abang ipar aku didik aku secara military. Aku tak boleh nangis atau mengeluh kalau ada apa-apa yang aku tak suka. Sepanjang aku tinggal dengan keluarga abang ipar aku, aku takde bilik atau tempat tidur yang sepatutnya. Tempat tidur aku, ruang kosong berdekatan toilet.

Alhamdulillah, aku dapat survive hidup dengan keluarga abang ipar aku sampai umur 13 tahun. Tue pun sebab aku sakit sampai 2 minggu tak boleh bangun. Aku start tinggal dengan ibu sejak umur 13 tahun. Aku tak mesra dengan ibu aku sehinggalah aku berumur 19 tahun. Sebab dia, aku marah, benci dan dendam dengan apa yang terjadi dekat aku. Dari aku kecik sampai aku besar. Aku kena buli oleh keluarga abang ipar aku, kena buli di sekolah, kawan- kawan sekitar rumah pulaukan aku.

Sejak aku kecik, dah tak terhitung berapa kali aku cuba terjun jambatan,cuba kelar tangan dengan pisau dan banyak cara lagi. Aku benci dengan diri aku sendiri. Aku tahu sebagai orang islam, bunuh diri dosa besar dalam islam. Tak masuk syurga.

Bila aku umur 19 tahun, aku macam dapat kesedaran. Untuk baiki hubungan aku dengan ibu aku. Tue pun sebab ayah tiri aku selalu nasihatkan aku untuk jadi anak yang baik. Masa tue, aku dah cuba untuk berbaik dengan ibu aku. Hubungan aku dengan ibu dah baik sikit masa tue.

Masa aku umur 19 tahun, aku ambik stpm. Ibu aku suruh kerja. Aku ingat lagi sampai sekarang ayat dia “Kau takkan dapat apa-apa pun belajar tinggi- tinggi nie. Kalau kau nak belajar jugak, aku takkan bagi satu sen pun untuk kau sambung belajar”. Aku gigih kerja part time dan layak masuk universiti.

Sepanjang aku sambung stpm, aku sering dipulaukan rakan sebaya sebab aku nie kolot, ulat buku, hidup aku nie cuma kerja part time dan belajar. Aku apply universiti pun tak bagitahu ibu aku. Lagi 2 minggu nak masuk, baru bagitahu ibu aku. Lagi sekali, ayat aku takkan bagi sesen pun untuk kau sambung belajar. Aku telan dan hadam segala kata-kata ibu.

Akhirnya aku grad, ibu dan adik beradik aku, takde sorang pun yang datang tengok aku grad. Aku jeles tengok orang lain. Sebab dari aku kecil, sampai aku besar, takde sape yang kisah pasal pencapaian aku. Lepas beberapa bulan kerja, aku pindah rumah. Duduk sebilik dengan roommate aku masa zaman study. Tak sampai 2 bulan, ibu aku bising suruh balik rumah.

Dia kata, tugas aku kena bagi duit sebagai bayaran dia lahir dan jaga aku. Aku ade tolong bagi belanja duit rumah dekat ibu. Tak banyak pun, dalam 300 tiap bulan. Ibu aku akan layan aku dengan baik untuk beberapa hari.

Aku pindah balik rumah ibu semula. Aku masih teruskan hidup aku macam biasa. Telan dan hadam setiap kata-kata.Ibu dan ayah tiri aku selalu bergaduh. Mungkin sebab ayah tiri aku nampak aku nie selalu disalahkan ibu aku, dia layan aku dengan baik. Dia layan aku macam anak sendiri. Aku bersyukur tentang tue.

Sebab layanan ayah tiri dengan aku baik, mula timbul syak wasangka di kalangan ibu dan kakak- kakak aku. Dieorang selalu cakap” jangan lebih- lebih dengan ayah tiri tue.” Ibu pun selalu cakap” jangan bila ibu dah tua, kau pulak yang ganti tempat aku nie”.

Aku speechless masa tue. Tak tahu macam mana nak describe. Aku terasa dengan kata-kata dieorang. Aku sumpah, aku layan ayah tiri aku selayaknya layanan anak perempuan kepada ayahnye. Aku tak pernah terlintas untuk buat perkara sumbang mahram tue.

Disebabkan aku baik dengan ayah tiri aku dan ibu rasa tergugat, dia selalu suruh aku khawin. Bila aku kata, aku belum terfikir untuk berkhawin, dia akan bandingkan aku dengan adik perempuan aku. Dia selalu cakap,”takde guna belajar tinggi-tinggi tapi takde orang nak. Tempat perempuan tue kat dapur. Kalau ade sesiapa nak dekat kau, kau ambik je.”

Dalam tahun lepas, aku ade kawan perempuan. Aku selalu luahkan perasaan dekat dia. Aku tak sedar dengan perbuatan aku tue, membuatkan dia rasa terbeban dengan aura negatif hidup aku nie.
Aku mula jarakkan diri, aku anggap, aku kena jadi orang yang berguna dalam hidup nie. Jangan bagi masalah dekat orang lain. Ade orang nak kawan dengan aku pun, aku sepatut nya bersyukur.

Dari luaran, orang nampak aku bahagia. Sebab aku nie seorang yang ceria. Di tempat kerja, aku kategori ceria dan peramah. Ramai tegur, mesti best jadi aku. Dieorang cakap, ramai suka bergaul dengan aku dan bagi pandangan mereka, aku dikategorikan sebagai ade rupa.

Aku cukup benci bila orang kata aku ade rupa. Sebab rupa aku nielah, ibu kandung aku kurang suka dengan aku berbanding yang adik beradik aku yang lain.

Aku akan jadi seorang yang ceria di depan umum tapi aku akan jadi diri sendiri bila aku berseorangan. Manusia yang benci dengan kehidupan yang dialami dan sentiasa berharap untuk ditamatkan riwayat. Aku pasti, akan ada yang cakap, kau jadi macam nie, sebab kau tak bersyukur, kau tak dekatkan diri dengan tuhan kau.

Tiap kali aku bangun tidur, aku selalu cakap dekat diri sendiri, kau kena bersyukur sebab masih hidup. Aku akan rasa aman semasa berada di atas tikar sejadah. Tapi perasaan tue cuma sementara.

Lepas habis solat dan aku buat perkara lain contohnya, baca buku, minda aku akan terdetik “tak guna kau buat semua nie. Hidup kau cuma menyusahkan dan mendatangkan beban kepada orang sekeliling. Lebih baik mati”. Tue ayat yang selalu berlegar dalam kepala aku. Aku takut. Takut dengan diri sendiri.

Aku tahu hukum bunuh diri tue berdosa besar dalam islam. Tue je yang halang aku untuk dari tamatkan riwayat hidup nie.

Aku minta maaf sangat-sangat kalau sesiapa yang baca luahan aku nie dan rasa aura negatif. Aku minta maaf sangat. Aku tak tahu cara lain yang boleh aku buat selain tulis luahan yang tersangat panjang nie untuk kurangkan beban dalam otak dan hati aku nie.

From,

– Arora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *