Hi. Nama aku Ira, berasal dari selatan tanah air dan berusia 26 tahun. Sebelum ni aku dah beberapa kali hantar artikel dekat IIUM, dan juga telah disiarkan. Aku nak berkongsi sedikit cerita aku, walaupun cerita jodoh ni agak klishe dan ‘memboringkan’ bagi certain orang. Kalau cerita ini disiarkan sekali lagi, terima kasih admin.
Dulu, dua tahun lepas aku pernah hantar satu artikel “Relevankan perigi cari timba?” dan rata-rata aku mendapat komen & balasan yang cukup positif.
Part I, (https://iiumc.com/relevan-lagi-ke-perigi-cari-timba/).
Part II, (https://iiumc.com/relevan-lagi-ke-perigi-cari-timba-ii/).
Kalau masih ingat, aku pernah mengurat atau memulakan langkah untuk berkawan dengan seorang ustaz UIA (Amir) yang aku kenal masa pergi travel dahulu.
Untuk pertama kali aku buat confession kepada lelaki, dan ianya di’reject’. Tapi tak mengapa. Tahu kan, bila kita yang buat first move ni, lepastu kita akan rasa lega sangat. Malu tu memanglah malu, tapi kejap je. At least, kita dah boleh berhenti berharap kat situ. So dari situ, aku dah tak attach sangat nak kawan dengan lelaki & move on.
Setahun selepas tu, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki ni. Berusia 35 tahun, Khairul namanya. Berasal dari Pantai Timur dan bekerja di Selangor. Ini pengalaman pertama aku berkawan dengan lelaki yang lebih berusia dari aku. Memang taste lah kiranya.
Pada aku, lelaki berusia ni lebih matang dan serious, dan sangat protective. So, kami berkawan macam biasa. Selalu contact, WhatsApp, cumanya kalau waktu office, tak lah. Masing-masing sibuk dengan kerja kan. Dia pun akan cari aku bila lepas office hour dan kadang-kadang kitaorang akan on-call juga malam-malam.
At the same time, dia selalu janji nak jumpa dengan mak ayah aku, dan nak jadikan aku isteri dia. Aku pun macam, wow impressive. Manada lelaki nak jumpa mak ayah kalau bukan betul-betul kan. So, aku berkawan dengan dia macam biasa. Hari berganti hari, bulan berganti bulan.
Satu hari tu, dia mengaku sebenarnya yang dia dah kahwin dan ada 2 orang anak dah. Kau dapat rasakan tak macam mana perasaan aku waktu tu? Waktu dah mula sayang, waktu dah nak mula serious dengan masa depan.. Melalak jugak aku kat office waktu tu.
Lepas aku dah tahu macam tu, dan aku tak boleh nak teruskan, dia contact pulak dengan mak aku. Katanya betul-betul serious nak jadikan yang kedua, dan perlukan sedikit masa untuk stabilkan kembali kewangan & kerjaya dia.
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk move on dan tinggalkan Khairul. Tak sanggup rasanya nak berkongsi kasih dengan wife & anak-anak dia. Khairul pun masih tak berhenti memujuk & mencari. Satu call atau WhatsApp aku tak pernah jawab.
Lepas daripada tu, aku move on agak lama juga. Aku jadi lebih berhati-hati nak berkawan dengan lelaki. Entah macam mana, satu hari tu aku dm-dm dengan kawan lelaki kelas aku masa sekolah menengah dulu. Hakim namanya. Aku dengan Hakim memang kawan yang agak baik tapi nakal dari sekolah dulu. Pantang berjumpa, ada aje yang nak digaduhkan. Perangai pun dah macam langit dengan bumi. Dedua perangai gila-gila.
Walaupun macam tu, setiap kali tahun raya, kitaorang akan tetap pergi beraya rumah masing-masing. Gaduh mulut orang kata hahahaha tapi cumanya, lepas habis sekolah dulu, kitaorang dah tak berapa contact sangat, sebab dia pun dah ada girlfriend masatu.
Baru-baru ni kitaorang terjumpa balik, lepas hari aku graduate haritu. Entah macam mana, kitaorang terjadi rapat then borak-borak pasal kehidupan memasing. Hakim plan nak berkahwin tahun ni, tapi tak jadi.
Aku tak tahu sebab apa aku dipertemukan kembali dengan Hakim. Daripada memula jenis cakap kasar, dedua nak memang je, tanak kalah dan sekarang dalam progress nak kahwin. Kau rasa? Hahahaha benda yang tak dijangka selalu menjadi kan?
Kau bayangkan, aku punyalah mencari jodoh dari selatan ke utara ke pantai timur, last-last jodoh aku dengan rakan sekelas je masa sekolah dulu.. Aku siap belek balik gambar kelas dulu, dua tahun gambar kelas, dia berdiri belakang aku. Dua-dua tahun ok.
Ahhhhh hahahahaha cari-cari rupanya memang ada depan mata je? Benda ni tak amik masa yang lama pun. Benda ni jadi masa hari pertama puasa baru-baru ni, dua-dua hati digerakkan tuhan dalam masjid kat tempat yang pertama kali kitaorang jumpa.
Dan sekarang… Kitaorang dalam progress nak kahwin awal tahun depan insyaAllah. Siapa sangka, bukan taste aku lelaki sebaya ni, rupa-rupanya jodoh. Rupa-rupanya kawan sendiri sekelas pulak tu. Siapa lah kita untuk menidakkan takdir. Kadang-kadang kita rasa kita perlukan yang ni, tapi Tuhan bagi yang tu. Kadang kita rasa yang ni baik, tapi rupanya yang tu lagi terbaik. Husnudzon lah dengan Tuhan.
Untuk siapa-siapa yang masih struggle dengan jodoh, sabar lah. Jodoh tu ada, cuma cepat dengan lambat je. Salah satu tanda, dengan orang yang tak disangka-sangka pun ya juga.
Lepas broken teruk dulu, aku move on dan Tuhan jumpakan balik dengan orang yang memang dah kenal aku lama. Dah tahu perangai baik buruk aku. Siapa sangka kan? Bila macam ni, baru aku tahu Hakim ni macam mana orangnya. Alhamdulilah. Tuhan maha baik.
So, la tahzan. Percayalah, kalau lepas hujan tu ada pelangi, tu betul. Tuhan takkan amik sesuatu yang baik dari kita untuk gantikan dengan yang lebih baik ;)
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit