Isteri Yang Mahu Berubah

Assalamualaikum. Terima kasih kalau confession ini disiarkan. Saya ingin mulakan dengan bercerita tentang keadaan semasa saya membesar. Saya ada 4 adik beradik perempuan dan seorang lelaki.

Ayah seorang yang panas baran. Setiap hari kami perempuan dipukul oleh ayah dan abang. Saya masih ingat lagi, ada satu hari saya demam dan tak dapat kesekolah, ayah saya mengamuk dan hentak kepala saya ke dinding.

Ayah pernah paksa mak minum air longkang. Ayah akan bawak mak ke pasaraya untuk beli barang dapur. Kemudian tinggalkan mak dan mak akan balik jalan kaki. Rumah saya agak jauh dari pasaraya, mak pun tak ada duit untuk bayar tambang.

Setelah bertahun disiksa, mak saya kena depression. Mak berkurung, tak nak keluar bilik. Duduk dalam bilik gelap, termenung, menangis. Mak larikan diri dari rumah. Kami adik beradik perempuan kejar mak dan pujuk akhirnya baru mak balik. Tapi mak saya dah tak sama. Mak jadi pemarah. Dah mula maki hamun.

Mak selalu pesan, jangan cari suami macam ayah kau orang. Jangan biar lelaki pijak kita macam tu. Saya membesar memandang jijik pada lelaki. Saya bukan sahaja tidak percaya lelaki, malah saya jugak insecure dan tidak percaya diri sendiri. Saya pemalu. Tiada keyakinan diri.

Pada 2013 saya berkahwin dengan anak kawan insurans mak. Mak yang padan dan uruskan semuanya.

Saya bersyukur Alhamdulillah dapat suami yang sangat baik, sangat hebat (terima kasih mertua ku atas didikan mu). Sudah 6 tahun berkahwin, suami langsung tidak pernah tinggi suara. Tidak pernah naik tangan. Malah tak pernah kena marah pun.

Suami saya macam Anas dalam cerita cari aku di syurga. Memang terlalu baik. Tak terhingga baik nya. Beza suami saya dan anas ialah suami saya orang senang.

Tapi saya pun, umpama Lisa.

Disebabkan saya berpegang pada kata kata mak, dan saya membesar melihat penderaan. Saya pemarah orang nya. Saya sangat panas baran.

Contoh, suami balik kerja lambat. Dia dah janji nak gerak pukul 6. Tapi dia gerak 6.05 minit. Lambat 5 minit je. Tapi sumpah seranah saya bagi pada dia. B*d*h s*al. Semua keluar. Kemudian saya akan termenung dan berkurung dalam tandas menangis menyesal. Sebab dia tak balas balik.

Dia sabar dan terus sabar. Kalau dia salah beli sayur pun saya mengamuk. Kalau sayur tu tak ada kat kedai pun saya mengamuk. Setiap hari, selama 6 tahun hanya caci maki sahaja. Saya juga dah banyak ki pukul dia. Kaki tangan naik. Tapi dia sentiasa peluk cium dan cakap sayang saya.

Setiap hari saya doa, ya allah lembut kan hatiku. Kau dah bagi aku suami sebaik ni, tapi aku derhaka.

Suami saya tidur 3 4 jam je sebab balik je kerja, dia akan jaga anak. Walaupun mata dia dah hitam dan bengkak kepenatan. Saya tau dia penat cari rezeki kerja tapak pembinaan. Tapi saya tetap bertindak jahat. Saya tetap nak dia jaga anak.

Suami asalnya tak pernah bela kucing. Dah kahwin dengan saya, saya ada 20 ekor kucing. Suami tolong uruskan jugak. Dia memang penat.

Walaupun dah banyak kali dia tertidur masa drive.

Jahat kan saya.

Saya sebenarnya bergelut dengan diri sendiri. Saya berlawan dengan diri sendiri. Saya terlalu insecure. Saya terlalu prejudice. Saya tak tau macamana nak berubah. Saya dah solat, dah baca quran, dah berdoa.

Tolonglah saya. Tolonglah. Saya sayang suami saya. Bantulah saya berubah sebelum terlambat.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *