Aku Yang Tak Berguna

Assalamualaikum semua. Setelah mengikuti page ini untuk beberapa tahun dan beberapa kali cubaan untuk aku hantar luahan, hari ni aku sudah tak tertahan.

Aku tak pandai mengarang, tapi aku cuba. Aku berumur pertengahan 20 an sekarang, aku baru pulang ke kampung dari bandar raya. Seperti biasa sebelum aku pulang ke kampung aku harus bersedia mental dan fizikal aku sebab apa? Sebab aku akan mengalami tekanan perasaan.

Kisahnya pendek, ibu aku yang berumur awal 60 an masih bekerja kuat atas dasar mahu beri anak cucu sesuap nasi sedangkan mereka dah besar panjang.

Wallahi, aku terasa aku sudah cuba untuk menolongnya sebaik mungkin, tapi baginya aku tetap sama. Semalam barusan pulang dari bandar aku telah pun singsing lengan untuk bersilat (buat kerja). Niat ku hanya satu, inginkan syurga dari ibu ku, impian sejati ku adalah menjadi anak solehah. Tapi masih juga tidak, aku bukan anak kegemarannya.

Untuk lebih tepat lagi, sudah 7 tahun lebih ibuku memulakan perniaagannya, ingat lagi aku waktu mula2 menolongnya aku demam seminggu gara2 waktu tidur yang tidak teratur. Itupun setelah aku hampir pengsan. Ibu aku kalau aku ckp aku tak sihat selalunya dia tak endahkan melainkan aku nmpk macam nak mati.

Di sini highlight aku yang lain, aku ada 6 beradik, yang sulung dah kerja, yang kedua ibu tunggal anak 2, yang ketiga bersuami anak 2, abang aku menganggur, aku kerja biasa asik aku belajar lagi.

Yang abang dah kerja biasalah balik pun sebulan sekali tapi kadang2 pentingkan diri tapi kadang2 baik hati. Sebab kadang2 dia ni panas baran sikit tapi dia anak feveret ibu aku. Dia kalau tak buat keje pun takpe sebab aku perasan dia ajar lelaki tak buat keje pun takpe tapi itulah bila dah besar panjang susah nak tolong dah.

Yang kedua aku ajak tinggal bersama demi menyara anak yang ada, anak2 dia tinggal dengan ibu aku. Duit belanja semua bergantung pada duit yang bekas suami bagi. Hidup di kota nampak indah bagi dia baru2 ni, sebab dia baru berkenalan dengan sorang lelaki ni. Anak2 di kampung ibu yang uruskan. Kadang2 ibu tak terurus, nak meniaga di pagi hari, nak mengejarkan cucu nak bersekolah lagi.

Aku kalau balik kampung, melihat dia tersengguk2 menyiapkan bahan2 untuk esok pagi ditwngah malam, sumpah aku sebak dlm diam sambil menguli. Aku melihat satu persatu ubannya. Aku sedih bagi pihak ibu tapi apa boleh aku buat, aku hanya mampu menangis sorok2.

Yang ketiga sudah bersuami, dulu ada rumah sewa sendiri setelah berkahwin tapi tak mampu bayar datang duduk sekali dengan ibu. Sudah hampir 3 tahun rasanya mereka disini. Makan minum semua ditanggung ibu kalau dirumah, yang ditanggung olehnya kalau dia mau ikut tekak sendiri. Bil api air tidak kongsi bayar. Makanya bergantung pada duit perniagaan saja.

Ayah aku pula pencen, duit pencen kurang dari 200. Pernah suatu ketika dia buat onar, pinjam along yang mau tolong akhirnya terkandas tak mampu bayar bulan2, ibu aku terpaksa keluarkan sejumlah wang 5 angka demi tidak disembelih oleh along. Abang ipar aku ni dari kakak aku kenal lagi memang tiada apa.

Akak aku pinjam duit ibu aku untuk dia beli moto, dia jual. Ayah aku belikan keeeta secondhand dia jual. Handphone pertama kakak aku ayah aku belikan bagi kepada dia, dia jual. kakak aku banyak support dia tapi sama juga. Lama kelamaan aku tenogk kakak yang aku rapat dan feveret aku waktu remaja jadi lain dah sekarang. Aku tak lagi rapat dengan dia. Betul lah, suami yang corakkan isteri.

Pernah sekali aku balik ke kampung, dia tanya aku ok ke kerja. Aku cakap ok je. Bila aku balik bandar mak aku tepon kata kakak kau cakap ibu nk ke biarkan lily keje mcaam tu je sedangkan belajar beriye iye dulu. (Aku kerja sebagai guru taska je gaji tak banyak.) Aku memang sumpah lepas dia kawen aku memang tak gemar dah dia, cakap pun kasar dengan ibu apatah lagi aku. Mulut dia jadi celupar terlampau.

Kerap kali ungkit syoklah aku dulu belajar ayah keluar banyak duit, sedangkan dia pun sama juga belajar juga. Aku tak paham apa yang dia cemburukan. Banyak lagi dia cucuk ibu, kata aku macam2 tapi ni je yang buat aku paling terasa sebab kat depan aku lain kat belakang lain. Oh lagi satu suami dia tak suka kakak aku tolong ibu sebab dia kata kakak aku busuk. Dia tak suka.

Abang aku pula menganggur setelah grad hampir 5 ke 6 tahun juga. Duduk di rumah saja, dulu dia sumpah goyang kaki je makan tido makan tido sekarang adelah tolong ibu sikit2 tapi itulah kalau mintak tolong lebih sikit dia akan naik suara. Apa kurangnya ayah juga, kadang naik suara jugak dekat ibu.

Dulu waktu aku habis grad, aku tolong ibu dengan ayah macam biasa tapi bagi dia tak pernah cukup. Makian anjing lembu babi aku dah biasa dah tapi nangis jugalah. Ibu aku ade jugak tolong carikan abang aku keja sumpah aku tak tau penyakit apa dia ada, dia memang taknak keja, aku cuba nak carikan pun dia tak endahkan aku.

Adik aku dia akan tolong ibu bila ada upah sahaja, kalau takde upah jaranglah dia nak tolong. Kadang dia keluar entah kemana aku jugak yang kene. Kadang aku cuba cakap berlembut dengan dia, nada dia kerap kali tinggi dengan aku.

Dia rapat dengan kakak aku yang kedua, dia pun mengata tentang aku pada ibu dan ibu berkata kepada aku melalui telefon. Dia ckp, lily sajelah tu jarang balik kampung sebab malas tolong ibu. (Aku jarang balik kampung kalau aku rasa mental aku tak kuat dan duit kurang) Sumpah aku menangis lepas ibu aku letak telefon. Aku rasa menyesal ada adik kadang2.

Aku? Aku disini rasa aku anak yang tak berguna, aku cuba tolong sehabis baik waktu aku pulang tapi entah aku tetap rasa aku anak dia yang paling tak berguna .Aku tak dpt bagi keselesaan hidup yang sepatutnya aku beri pada ibu ayah. Aku kalau balik kampung, memang hilang selera makan, kadang emosi terganggu.

Serius aku ckp, aku kalau balik memang tak bercakap banyak. Kalau aku di bandar aku terlupa pada realiti sekejap sebab busy keje. Tapi itulah, mana mungkin dapat aku lari dari ini. Aku kadang2 cuba berfikir positif disebalik apa yang berlaku tapi kadang2 jugak aku rasa ini mungkin atas asbab kami ni kurang bersujud kepada Allah.

Aku pun bukan gadis baik, kadang tertinggal jugak solat isyak. Adik beradik aku kurang solat, melainkan abang sulung aku. Pernah aku tegur secara lembut tentang solat pada kakak dan adik, aku cakap solatlah walau sekali sehari dia cakap tak usah kau sibuk, aku tahulah. Apa lagi yang aku mahu buat?

Diluahkan rasa hati pada kawan, kadang2 bila diorg kata “seronoknya balik kampung, tak sabarnya nak balik kampung”. Aku cuma boleh kata aku tak rasa yang macam tu, kawan aku terus cakap “mak kau tak sayang kau sebab tu kau tak suka balik kampung.” Luluhnya hati aku waktu tu, aku ingatkan bila aku show the vulnerable side of me orang boleh faham rupanya tidak sama sekali. Makanya aku pendam sahaja.

Impian sejati aku inginkan keluarga sakinah dan mawaddah tapi apa daya, aku tidak tergapai tapi aku cuba untuk mensyukuri segala nikmat diberikan Allah. Lagi seminggu kita nk beraya tapi seperti biasa aku tak rasa apa2 sebab hari raya, hari kelahiran kami jrg ada sambutan.

Pagi raya berlalu pergi tiada bersalam salaman sepanjang aku hidup. Ye aku tahu mungkin kalian akan cakap aku harus cubakan dahulu, mulakan dahulu. Sudah aku cuba masih tiada progress. Makanya begitu jelah hari raya aku. Aku yakin dan tahu ada yang lebih teruk dari aku tapi ini bahagian aku, aku juga layak untuk bersedih bukan?

Kadangkala terdetik di hati untuk memiliki pasangan juga tapi apakan daya aku tidak berguna di mata keluarga apatah lagi diluar sana. Aku pula pernah dibuli dibangku sekolah, membuatkan aku kurang bergaul dengan lain jantina. Ini stage awal aku alami depressi ditambah pula dengan hal sebegini.

Maaf mungkin jalan cerita ku kurang difahami tapi aku harap kalian dapat berikan kata2 semangat untuk aku teruskan kehidupan. Kata2 itu satu doa yng terindah buat aku.

Hujan dikala ambang berbuka puasa, aku menangis teresak2 mengikut iramanya seorang diri.

– Lily_ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *