Assalamualaikum. Salam ramadhan semua pembaca. Saya di sini nak kongsi pengalaman peribadi tentang pornografi walaupun isu pornografi ini orang sedia tahu banyak bahayanya. Lain orang lain kisahnya tak gitu?
Saya umur 20an. Sudahpun berumahtangga dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel. Kisah saya bermula dari tadika sebenarnya. Masa tu saya suka lepak rumah sepupu bermalam bila cuti sekolah. Dipendekkan cerita abang sepupu ajak semua sepupu2 saya tengok movie. Katanya movie robot, tapi rupanya movie lucah. Time tu makcik pakcik saya takde dekat rumah.
Tengok movie tu pelik. Rasa bersalah tapi rasa nak tahu macam seronok dapat tengok benda yang dilarang tengok. Jadi diam je lah. Cumanya sejak dari tu saya dah mula ada rasa ingin tahu tentang perempuan. Mulalah saya geledah almari rumah sana sini cari majalah AVON. Time tu saya koyakkan bahagian iklan baju dalam perempuan buat koleksi.
Perasaan ingin tahu yang mendalam menyebabkan saya terjebak dalam masalah onani dari umur darjah 6. Oh ya, masa saya dekat rumah sepupu tu sebenarnya saya pernah kena serangan seksual, diliwat oleh abang sepupu saya yang saya benci sampai sekarang.
Mungkin sebab saya pernah diliwat saya merasa trauma rasa seperti hilang kelelakian saya. Dan sebab tak mahu rasa “kurang lelaki” saya lebih2 lagi banyak mencari peluang untuk halakan nafsu ke wanita. Pernah saya sampai satu tahap sanggup meraba adik sepupu saya semasa tidur. Astaghfirullah..
Bila dah masuk alam universiti, dah ada handphone dan internet, saya menggila dengan banyak melihat web2 lucah. Dan terus menerus tidak dapat berhenti tabiat onani. Pernah satu tahap saya hampir melanggan pelacur kerana terlalu terikutkan nafsu. Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya jauhkan saya dari zina.
Sampai sekarang saya masih bertarung dengan nafsu. Saya selalu sedih tengok wajah isteri dan anak sebab dapat suami dan ayah macam ni. Dah beristeri pun sekali sekala saya masih terjerumus dengan pornografi dan onani. Sungguh susah nak berlepas diri dari neraka dunia ni.
Akhir kata ada beberapa perkara penting yang saya belajar selama ni.
1. Pornografi ni satu dadah. Nak berhenti susah. Selalu je ada trigger ingatkan balik. Contoh tengok tv tibe2 ada keluar perempuan seksi. Atau jalan2 nampak perempuan cantik sikit mesti trigger balik ingatan pornografi.
2. Pornografi ni punca kes rogol. Kenapa saya cakap macam ni?. Bila terlalu asyik denga pornografi kita akan melihat perempuan sebagai objek puaskan nafsu. Makin tengok makin kuat rasa nk rogol orang.
Saya tak pelik bila banyak kes bapak rogol anak, abang rogol adik dan sbagainya. Sebab dalam web lucah banyak lakonan yang menggalakkan seks songsang. Sebab tu lama2 nafsu kita pun tak betul boleh bernafsu dengan family sendiri apatah lagi dengan orang jauh. Tengok perempuan je kita dah boleh bayang apa yang ada bawah lapisan baju mereka dengan terperinci.
3. Onani mengakibatkan masalah ejakulasi pramatang. Disebabkan terlalu kerap beronani, sekarang saya alami masalah ejakulasi pramatang. Kemaluan terlalu sensitif dan boleh bertahan lama diranjang. Maaf agak sensitif topik ni. Tapi kawan2 kalau sayangkan diri dan nak hidup berkeluarga dengan bahagia, sila elakkan onani. Ia merosakkan iman, mental dan juga fizikal. Bila dah jadi tak boleh nak patah balik.
Doakan aku dapat bertarung untuk tinggalkan pornografi selamanya ya kawan.
Yang benar,
– Binjai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit