Bismillah.. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan confessionku.
Assalamualaikum buat kamu semua yang meluangkan masa untuk menghayati kisahku. Nama aku Annisa tapi bukan nama sebenar. Tujuan menulis kisah ini adalah sebagai kenangan dan ibrah untuk diriku dan insyaAllah moga dapat jadi ibrah untuk orang lain.
Aku dilahirkan dari keluarga yang menitikberatkan tentang agama dari bab aurat sampailah bab2 Syar’ie yang lain dan aku bersyukur tentang itu. Ibu ayah ku telah mendidik aku berhijab dari aku kecil sampai aku akil baligh. Sehinggalah satu hari ketika itu aku di usia 15 tahun di mana usia tersebut aku da mulai dihantar ke pusat tusyen untuk menimba ilmu pada hujung minggu.
Aku ke pusat tusyen bukan berseorangan tapi ibu atau ayah aku sendiri akan hantar aku depan pusat tusyen. Di pusat tusyen tersebut bermacam manusia aku jumpa, perempuan cantik, hot, seksi, innocent, lelaki yang nakal,bijak dan macam2 lagi. Tapi ada seorang yang berjaya menarik perhatian aku. Dia seorang perempuan yang cantik, hot dan free hair.
Rupanya perempuan tu sebaya aku dan satu kelas dengan aku. Aku pun mendekati dia dan berborak seperti biasa. Bila hujung minggu selalu berjumpa di pusat tusyen, hati aku terpaut untuk menjadi seperti dia, free hair dan hot.
Sehinggalah satu hari aku buka tudung aku, pergi tusyen tak pakai tudung, keluar dengan ibu ayah pun tak pakai tudung. Pakaian aku makin berubah. Keluarga aku tak henti nasihat aku minta aku menutup aurat semula, ibu aku sampai menangis minta aku menutup aurat semula, ayah aku pun sentiasa tak berputus asa beri teguran tapi ketika itu aku belum rasa nk berubah.
Sehinggalah satu hari tu selepas 2tahun aku tak menutup aurat, Allah beri aku rasa TAK TENANG, HATI GELISAH, dan macam apa yg aku buat semua tak kena. Pusat tusyen aku ada segelintir je yang menutup aurat dengan sempurna. Jadi dalam pada aku tak tenang,aku mendekati kumpulan muslimah tersebut. Aku tanya macam mana nak jadi macam korang tutup aurat, tudung labuh. Jadi mereka pun bagi tips dan nasihat. Mereka tak sombong dan tak pandang serong pada aku.
Bermula sejak aku rasa tak tenang tu aku tahu Allah tak suka aku berubah melawan perintah Dia walhal aku da diasuh untuk menjaga aurat dan menjaga diri sejak dari kecil. Aku mulai kumpul kekuatan diri cari hidayah Allah dengan buat solat sunat taubat dan solat2 lain, join program2 Islamik dan lain2 disamping bergaul dengan orang yang baik2.
Betul, hidayah bukan untuk ditunggu tapi untuk dicari. Dalam masa kita mencari hidayah untuk menjadi seorang yang Allah suka, Allah akan tunjukkan jalan yang lurus, beri kefahaman agama dan permudahkan jalan tersebut. Alhamdulillah Segala Pujian Bagi Allah hanya 2tahun aku tidak menutup aurat dan akhirnya Allah kembalikan aku kepada seorang muslimah yang menutup aurat insyaAllah dengan sempurna sehingga ke hari ini semoga ianya selamanya..
Nak jadi baik,dimulai dengan niat dan perbetulkan niat untuk apa berubah dan kerana siapa? Kerana Allah atau kerana manusia. Sejak aku mulai berubah, aku cuba bersihkan diri aku dengan bermacam solat sunat. Aku cuba nk tarik perhatian Allah biar Allah suka aku, biar Allah sayang aku sebab hanya dengan KASIH SAYANG ALLAH KITA BOLEH BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
Aku perasan, bila aku selalu bangun solat sunat Tahajjud, ada satu perubahan dalam diri aku. Aku mulai betul2 jaga batasan dan pergaulan seolah2 Allah sedang jaga maruah aku dan lindung aku dari perkara2 mungkar. Bukan itu sahaja, aku selalu dapat mimpi yang menarik dan best2.
Pernah 1 malam aku mimpi nampak kalimah Allah di atas langit dan kalimah Allah itu bercahaya sampai buat kau rasa terpesona, aku pernah mimpi aku menunaikan solat, berjemaah, mengaji Quran, dan ada 1mimpi ni hingga ke akhir ini aku masih ingat. Mimpi yang aku rasa, aku tak layak untuk bermimpi. Mimpi yang terlalu mahal untuk aku dapat dan rasakan. :'( mimpi yang buat aku hampir tak percaya dan rasa terharu bila mana Allah tunjukkan padaku dalam mimpi tersebut.
Cuma 1 aku nak cakap, apa yang Allah beritahu dalam Al Quran semuanya benar. Tentang neraka, tentang Syurga, tentang kiamat semua itu benar. Dan aku mulai perasan kalau aku jauh siket dari Allah, aku takkn dapat mimpi2 best tersebut.
Segala Pujian Hanya Milik Allah. Sesungguhnya Allah menyukai manusia yang sentiasa membersihkan diri dan bertaubat. Semoga aku, kau, mereka dan kita semua mampu istiqamah dan terus istiqamah menjadi baik, menjadi hamba yang Allah sayang, menjadi hamba yang Allah redha dan menjadi hamba yang Allah rindu… Ingatlah duhai manusia, dunia ini tidak kekal, bawalah bekalan yang Allah suka menuju Dia, kelak kita bersama di Syurga Firdaus Tertinggi Milik Si Dia..
Allahumma Aamiin.
– An-Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit