Pornografi Yang Mematikan Hati

Assalamualaikum. Saya baru je baca confession ‘mangsa pornografi’, (https://iiumc.com/mangsa-2/) dan saya doakan semoga confessor diberi kekuatan untuk meninggalkan pornografi tersebut. Saya terpanggil untuk membuat confession ini lepas baca apa yang ditulis.

Apa yang saya nak share ni adalah kisah benar dari pengalaman hidup sendiri dan semoga ianya menjadi iktibar kepada semua. Dahulu saya seorang gadis yang sangat innocent dan dan memang tak tahu tentang pornografi dan saya sering rasa pelik dan hairan kenapa orang ketagih dan suka tengak bahan tersebut sedangkan mereka tahu itu haram dan dosa?

Sehinggalah saya terjebak ke kancah tersebut. Bermula dengan minat membaca novel, tetapi malangnya novel yang ada dipasaran banyak yang memaparkan ‘soft porn’. Ya, tiada adegan lucah, tetapi novel-novel dipasaran seringkali ditulis dan diceritakan babak-babak berciuman, berpelukan. (walaupun tiada adegan seks, itu membangkitkan rasa ‘teruja’ saya dalam membaca novel) orang kata aksi jiwang gitu.

Dan tanpa saya sedar, makin banyak aksi jiwang dalam novel, makin seronok novel itu dibaca. Sehinggalah saya tergerak untuk membaca novel online, saya terbaca novel dalam sebuah apps. Banyak novel-novel menarik. Pastu dekat suggestion, ada dipaparkan novel-novel lain jugak.

Entah macam mana, saya klik novel tersebut dan baca. Dan bila baca, saya terkejut kerana penulis menceritakan secara terperinci adegan tersebut. Dan saya terkejut pada mulanya, rasa bersalah sebab banyak dan rasa berdosa.

Tp pembacaan tu membuatkan saya terbayang apa yang saya baca dan saya rasa saya perlukan teruskan baca untuk tahu lagi dan lagi. Sampai tahap, saya mula ketagih untuk baca novel sebegitu. Dan sehinggakan ada ssetengah novel online turut sertakan gambar untuk memberi gambaran kepada pembaca ttg adegan yang ditulis.

Perasaan ingin tahu tu membuatkan saya rasa nak cuba tonton video pulak huhu. Tapi setiap kali nak bukak dan tengok saya rasa takut dan rasa berdosa dan paling saya takut, kalau saya mula mencuba tonton saya akan ketagih. Saya taknak. Cukuplah ketagih baca novel yang sebegitu. Itupun buat saya rasa berdosa hari-hari dan hidup rasa tak gelisah dan belajar susah nak masuk. Betullah maksiat itu boleh mematikan hati.

Dan lepas baca novel macam tu saya rasa teringin utk ‘memuaskan diri sendiri’. I mean ada satu perasaan yang perlu awak ‘lunaskan’ – you know what I mean. I feel bad dan sangat berdosa. Again, sebab Allah masih sayang saya, dan mendengar doa saya.. saya tak buat benda tu sebab saya takut sekali buat susah nak berhenti.

Now saya dah hampir 4 tahun berperang dengan diri sendiri untuk meninggalkan kesukaan baca novel yang berunsur dewasa. I feel bad. Saya rasa berdosa. The worst part is, kebanyakan penulis novel sebegitu adalah wanita dan pembaca pun wanita. Dan ramai budak sekolah jugak. Even ada budak sekolah rendah yang menjadi pembaca di laman novel online tersebut.

Kesian. Dan saya kesiankan diri saya juga. saya masih dalam proses meninggalkannya. Alhamdulillah, dah kurang sangatttttttttt sekarang. Tapi kadang-kadang ada fasa yang rasa macam – i need to read that T_T. Dan saya benci. Sebab saya rasa saya makin lembab belajar sebab terjerumus benda macam ni lah.

Dan apa yang saya buat, saya denda diri saya. Kalau saya terbaca novel mengarut tu, saya denda diri saya untuk solat taubat. So lama-lama saya kurang dah buat.

Alhamdulillah, Allah masih campakkan rasa bersalah dan berdosa dalam hati saya bila saya buat benda macam ni. And yes, mujahadah untuk melawan nafsu tu sukar sangat. Dan Allah masih sayangkan saya dan menjaga aib saya, takde siapa yang tahu apa yang saya buat.

Setiap kali tu saya berdoa agar Allah ampunkan dosa saya dan bagi saya kekuatan utk menjauhi maksiat. Itu doa saya hari-hari sepanjang ramadhan. Moga Allah bagi kekuatan untuk meninggalkan maksiat dan berubah.

Nasihat saya kepada makcik makcik, kalau anak perempuan kali gemar membaca novel, tapislah novel yang dibaca. Ambil tahu genre novel tersebut, huhuhuhu lagi lagi novel online ni lagi bahaya. Guys doakan aku ya. Dan aku doakan kalian jugak agar diberi kekuatan untuk berubah semoga ramadhan kali memberi kekuatan kpd kita utk berubah kearah yg lebih baik. Ameen.

Pornografi mematikan hati guys, jangan sesekali kau cuba.

– Reen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kalau mata tu duk layan benda haram
    Otak pun duk pikiaq benda haram
    Hati jadi hitam
    Muka jadi kelam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *