Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Nama aku Sofeyya, umur 25 tahun dan masuk tahun ni dah setahun aku menganggur.
Aku di lahirkan dari keluarga yang sederhana, tatkala orang lain berbelanja rm2 – rm5 masa sekolah aku hanya berbelanja rm1 sahaja masa sekolah menengah. Masa tu mampu beli nasi lemak je, itupun kena top up duit saving aku kalau nak tambah lauk telur. Kalau ada kelas tambahan, terpaksa berlapar kejap sementara tunggu nak balik.
Alhamdullilah, mak aku suri rumah so takde masalah bab makan. And tatkala rakan rakan aku pergi sekolah dengan beg serba baru, aku cuma recycle yang lama saja. Aku tak kesah sebab ayah cuma pekerja buruh saja dan aku tahu kerja ayah susah dan berat. Jadinya, aku dah tanam dalam diri aku, yang hanya pelajaran je mampu ubah nasib keluarga aku.
Start dari sekolah rendah aku selalu fokus belajar dan dari sekolah rendah hingga ke menengah aku ni top scorer, pantang turun dari top 3 aku akan rasa diri aku ni useless. Lagipun, dalam family aku, mak and ayah letak harapan tinggi untuk aku masuk universiti.
So dekat sini aku nak cakap dekat individu-individu yang claim kenapa ramai sangat beria nak masuk U, haaa ni one of the factor. Parents aku senyum tak lekang bila aku di tawarkan masuk ke research Uni, sebagai anak takkan aku nak tolak? Lagipun aku sendiri percaya yang pelajaran mampu ubah segalanya.
Aku tak ada masalah dalam pelajaran, aku top scorer juga masa dekat matrik dan uni, tapi itu lah. Tak semua yang kita rancang, akan jadi kenyataan. Bila aku dah grad, aku start rasa lost. Kepercayaan aku pada “pendidikan mampu ubah kehidupan” semakin pudar. Tiba rasa menyesal dan aku rasa semua penat lelah aku belajar selama ni macam sia-sia sebab not even single job pun aku dapat, sedangkan rakan-rakan aku yang lain semua dah start kerja dan dah nampak hala tuju masing-masing.
Mungkin salah aku juga, sebab niat aku dah salah. Aku jarang letak pengharapan dan niat aku untuk jalan Allah. Yang aku tahu, aku score exam dan aku boleh secure better job lepas grad. Dalam aku alpa tu, aku selalu juga buat solat dhuha dan baca al-Waqiah masa final year.
So bila aku grad, aku persoalkan lagi kenapa rezeki aku lambat? Dan masa ni aku terdetik, sebenarnya niat aku solat dan baca surah surah tu sebab nak rezeki semata, pengharapan aku pada surah dan bukannya pada Allah. Aku start bina diri aku balik dan betulkan niat aku.
Oh sebelum terlupa, aku graduate dari biomolecule kos, so boleh tahu kan betapa payahnya nak cari kerja dalam bidang ni. Masa aku menganggur almost 7 bulan after grad, aku dapat offer kerja kilang, tapi as technician. Sebab aku rasa ni one of the opportunity dan aku tak layak nak memilih, so aku terima.
Tapi tu lah, aku hanya mampu bekerja selama 6 bulan saja, sebab nya biarlah aku simpan sendiri. Aku tak nak burukkan sesiapa. Lepastu aku struggle cari kerja semula, dan dalam tempoh setahun ni ada lah dalam 5 interview aku pergi. Kalau pergi interview pun, mesti interviewer akan cakap, “we will call you back” dan hilang selama- lamanya.
Selama aku tak kerja ni aku buat part time jadi tutor dan online business sikit. Cukup lah nak buat aku survive basic makan, tapi jiran sekeliling semua pandang sinis dekat aku. Selalu kalau terserempak dengan makcik-makcik area rumah aku ni, soalannya mesti “kau tak kerja lagi ke?” “sayang belajar tinggi tak kerja” “buat apa duduk rumah, kalau kerja ada jugak duit dekat tangan” Kalau jarang tak apa, ni setiap kali jumpa mesti soalan ni akan di tanya.
Aku cuma nak cakap, benda benda macam ni tak perlulah nak kita tanya kan selalu, orang yang mengalaminya tu setiap hari soal benda yang sama dekat diri dia sendiri, dan sampai satu masa otak ni rasa nak meletup bila fikirkan. Aku tak pernah kata aku tak nak kerja, aku nak sangat kerja. Dari kecik aku dah berazam nak ada pekerjaan yang elok supaya aku boleh ubah nasib keluarga dan balas jasa mak dan ayah aku.
Tapi Alhamdullilah, Allah tu Maha Adil, Dia kurniakan aku ibu bapa yang cukup memahami aku, tiap kali jiran tanya pasal aku dah kerja ke belum, mak aku cuma senyum dan cakap belum ada rezeki. Tapi ada juga yang cakap dengan mak aku, pointer tak tinggi la tu sebab tu susah dapat kerja.
Hmmmmm karang aku keluarkan transcript result aku karang, kata aku riak. Jadi aku diamkan saja dan aku cakap dengan mak aku, buat tak tahu je la mak, nanti lama-lama dorang penat la tu. Sampai satu masa aku tak ada mood nak bertegur sapa dengan jiran – jiran aku. Sumpah penat dan depressed.
Aku tak ada masalah dengan kawan-kawan aku, sebab semuanya memahami, cuma masalahnya datang dari aku, sebab aku rasa kerdil dengan mereka yang dah bekerjaya. Tapi sebab aku sayangkan persahabatan, walaupun berat aku nak keluar makan dengan dorang, aku relakan juga dan terpaksa buat buat konfident kalau bersembang dengan dorang. Tapi hanya Allah je tahu, aku rasa aku tak selevel dengan dorang. Tapi itu cuma anggapan aku, aku tahu kawan kawan aku tak pernah anggap aku macam tu.
Long short story, masa bulan Ramadhan ni aku dapat offer pergi interview jawatan yang mmg related dengan apa yang aku belajar. Aku tekan apply dekat jobstreet tu main main je sebenarnya. Dan dalam masa yang sama, aku dah berazam nak betulkan balik niat aku. Aku buat solat dhuha, sebab aku bersyukur dengan rezeki yang sedia ada, dan aku aku baca surah al-waqiah dengan tafsirannya sekali, dan bukan nya baca sebab nak rezeki semata.
Ternyata mendalam sungguh tafsiran surah al-Waqiah, banyak yang boleh kita ambil iktibar dari apa yang mahu di sampaikan Allah. Dan masa ni juga, aku terdetik nak bagi sumbangan dekat pelarian Syria, walaupun duit aku cukup cukup je aku rasa duit ni bukan hak aku. Duit ni rezeki dari Allah, dan tugas aku dekat dunia ni, kena berbagi rezeki dengan saudara islam yang lain.
Tak lama lepastu, aku dapat interview invitation dan aku tak berharap langsung dapat position ni, sebab gaji yang di tawarkan pun lebih tinggi dri gaji kerja aku sebelumnya dan position pun mmg secure. Tapi rezeki Allah yang tentukan, Alhamdullilah, aku dapat jawatan tu, dan akan bekerja selepas cuti raya ni.
Korang doakan aku, semoga aku mampu galas tanggungjawab kerja ini, dan boleh tolong saudara islam mahupun yang bukan islam yang kurang berkemampuan. Sebab aku tahu peritnya bila kita dari keluarga yang biasa biasa nak ubah nasib kita sendiri.
Aku bersyukur juga bila Allah, jentikkan hati ini, supaya sentiasa berharap kepadaNya dan bukan semata buat sesuatu kebaikan atau amalan sebab mahukan sesuatu. Aku doakan yang masih struggle nak cari kerja dekat luar sana Allah permudahkan segalanya, dan jangan risau sebab akan sentiasa ada jalan keluar bagi yang yakin pada Allah.
– Sofeyya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit