Interview IPG TESL

Waktu dapat tahu aku terpilih untuk interview IPG, runsing juga lah. Aku apply pilihan pertama TESL, yang kedua pula BM. Runsing sebab English ini bahasa kedua saja. Kemaskini status aku selama ini di social media yang berbunyi English, bukan sebab I love English dooh.

Tapi tak salah rasanya, dan tak rugi pun untuk mahir bahasa kedua. Walaupun Bahasa Melayu aku agak ke laut. Interview dua kali. Maksudnya diadakan pada dua hari yang berbeza dan jarak harinya agak jauh. Dua dua pun aku minta untuk interview di IPG terdekat.

Interview kali pertama, ujian psikologi sahaja. Tiada jawapan yang salah, tiada juga yang betul. Waktu aku jawab, aku cuba letakkan diri aku di tempat cikgu kegemaran aku. Jika aku di kasut cikgu, apa yang bakal aku jawab. Sebab I rapat dooh dengan cikgu tu. Ternyata taktik aku menjadi. Aku siap awal dan rasa nak letak saja kepala atas meja, nak tidur. Sebab bosan dooh.

Aku terpilih untuk hadir interview seterusnya. Interview dalam English awak oi. Bila orang tanya ambik apa, kita jawab la TESL. Orang pun tengok kita macam kita ni hebat. Padahal sama saja, kita semua pun calon guru.

Ada 3 jenis ujian pada hari kedua tersebut. Pertama, amali. Dia bagi aku teks pasal kahwin campur. Ada satu soalan tu aku kurang faham la. Dia tanya aku persamaan antara Melayu dengan India dari segi kenduri perkahwinan. Apa yang sama dalam teks itu pun aku kurang pasti, sebab teksnya tentang pedagang mix kaum baba nyonya macam tu. Pasti itu adalah soalan KBAT. Haha. Sungguh aku tak mengerti.

Oh ya, amali ni sebelum dia suruh baca teks, dia suruh kau explain pasal diri kau, family background, fav food, fav drink apa segala terlebih dahulu. Teks berbeza untuk setiap calon. Soalan based on text pula random. Serious banyak soalan time amali. Kau cool je, sebab aku pun noob je. Jawab seboleh mungkin.

Yang kedua, interview secara berkumpulan. Yang ini, pertama dia suruh kau explain satu point based on apa yang kau tulis atas kertas pernyataan hasrat. Kau yang tulis, bila orang tanya mana-mana point, mesti lah kau tahu kan apa nak sembang. Oh, group aku time tu lect perempuan yang tanya pasal ni sbb yg lelaki tengah tengok dokumen.

Kedua, dia suruh kau buat demo mengajar pula. Aku ni tak prepare apa-apa, sebab aku memang plan not to prepare, ralat juga la. Tapi sebab dia cakap jangan lebih 5 minit. Kurang takpe. Apa lagi, 1 minit je rasanya demoku sebab aku bab explain English ni aku kurang mahir tau. Mengarut sangat tapi groupmates cakap okay haha. Okay diaaa. Demo ni kau jangan kecut sangat sebab dia tak ambik port mana. Asal kau cakap, sudah.

Third, dia tanya kau tentang isu semasa. Yang ni lecturer lelaki tanya. Aku sebenarnya kurang faham dia tanya apa. Tapi memang tentang isu semasa pendidikan pada waktu itu lah. Pasal STEM. Pasal TVET. Like that.

Aku buat je muka yakin sikit. Lecturer cakap, haa dah ada idea tu. Padahal aku nak sembang apa pun tak tahu. It ends dengan jawab ikut giliran. Sampai giliran aku, TVET takde orang ulas lagi. Aku pun tak tahu nak ulas apa. Aku sembang pasal issue allowance budak IPG, padahal time tu dah dalam sebulan benda tu settle. Aku kisah apa. Haha.

Lepastu aku tambah sikit, aku cakap sekarang ni peluang pekerjaan tertumpu dalam bidang teknologi (macam engineering gitu yang mana memerlukan anda mahir sains) dan diikuti bidang pendidikan. Nasib aku terbaca advertisement dalam group kelas sebelum tu, kaunselor aku yang hantar.

Aku kalau sembang, panjang weh. Orang lain, dah siap explain pun kena tanya lagi. Aku ni, kalau boleh dia nak suruh berhenti. Sejujurnya, aku sembang apa pun aku tak tahu. Aku berhenti pun sebab tak tahu nk cakap supaya negara akan berkembang maju dalam English macam manoi. Kahkah. Lastly, aku stop dengan ayat more prosper tak silap. Lect lelaki tu puji, dia cakap dia tak tahu pun pasal issue allowance tu. Biar bener. Memanglah, isu dah lama mana taknya. Tapi revelan je lagi time tu.

Basically, interview secara individu yang amali tu lagi susah bagi aku. Sebab kau sorang, interviewer sorang. Tu tak kisah. Tapi banyak pula dia tanya. Ada satu soalan tu, dia suruh pilih bolded words, satu je. Then explain. Aku pilih perkataan mix. Sebabnya, perkataan lain aku tak tahu apa. Nasib aku tak memalukan diri sendiri.

Interview secara berkumpulan pula, aku rasa objektif dia untuk tahu kenapa kau nak jadi cikgu. Next, nak tengok kau ni nak bercakap kat depan ke tak. Third, nak tahu kau ni kisah tak dengan isu semasa. Tak kira la pendidikan ke tak. Sebab lain group lain soalannya. Rasanya gitu. Huhu. Last sekali time lect perempuan nak jot down, dia tanya sorang sorang, apa offer yang kau dah dapat and kau prefer yang mana.

So aku cakap aku dah dapat offer matrik. Dia tanya tau matrik mana kau dapat. Upu pulak aku apply fis, lepastu dia tanya, “UiTM?” Sebab nak jot down kan. Aku cakap ya dan tengah tunggu result upu. And I’d prefer IPG over fis. Fis over matrik. So dia jot down preference tu sebab nak taja kan, bukan main-main.

Sebenarnya, atas rezeki kau la. Ada orang, settle interview yang group tu dulu. Ada orang, interview yang amali dulu. Better buat amali dulu lah, sebab kau akan dapat balik awal. Tapi benda ni based on jadual yang ipg dah tetapkan jugak. Lepas dah settle, baru pergi physical test. Lupa, pagi tu time queue untuk amali, lect pj pesan dekat aku suruh pesan dekat orang lain jugak, nanti direct ke gym untuk physical test. Boleh chaw awal.

So physical test basically ujian ketiga pada hari tersebut. Dekat gym tu, aku tak tahu la pulak kena queue dekat pondok sebelah gym. So far test dia senang dooh. Atas orang la kot, senang atau susah. Cuma bagi aku, beep test la susah sikit walaupun group test aku tu, aku antara harapan. Aku lepas level minimum and hampir ke maximum level tau. Tapi aku surrender. Physical test aku group dengan budak matrik 2 orang, lagi 2 orang, budak sama umur. Lepas physical test kau boleh balik terus. Kira urusan kau dah selesai.

Sir yang pesan dekat aku supaya direct ke gym tu, ada dekat gym tu sekali. Waktu lepas je aku surrender daripada buat beep test, gaya aku ni macam nak mati saja kalau orang tengok. Haha. Time lepas siap beep test, group aku duduk kat tepi dewan jap sebab lenguh kan, sir tadi pun datang dan tanya aku, “lepas tak minimum level?” “Lepas” “Oh , lepas okay la”. Dia pun blah.

Masa ni aku rasa macam terharu dooh. Bukan part blah tu tapi part tanya tu. Sebabnya, cara dia tanya tu dah macam cara cikgu favourite aku bercakap dengan aku. Aku rasa macam, itu cikgu aku. Caringnyaaa HAHAHHAA aku tahu yang dia tanya random je tapi aku syak dia cam aku la, walaupun dia tak kenal aku.

Sebab masa aku tunggu untuk physical test tepi gym, dia ada sapa aku jugak. “Dah siap kan physical test?” “Eh, tak buat lagi” “Oh ye lah, saya jumpa awak pagi tadi”. Asal boleh je sir ni. Ceritanya sebab pagi tu time aku queue amali, aku sorang je layan dia nak pesan apa. Senyum senyum lepastu angguk. Itulah aku. Yang lain macam takde respon. Maka bercakaplah beliau dengan aku. Kahkah. Tapi tak tahu lah kalau aku pay attention sebab aku ni jenis gelabah dooh. Ye lah, sebab aku ni tak pandai mana beri reaksi.

Begitulah kenangan indah sewaktu interview April lepas. Dalam pada taknak masuk IPG sebab dia tak offer course maths sk, pergi jugak sana. Dah lah pergi, buat yang terbaik pula tu. Hahahahaha. Al-kisahnya, aku dah dapat dah pun offer tu. Nak nangis aku time dapat, sebab aku tak nak belajar English, nak maths jugak.

Sekarang ni aku dalam proses terima kenyataan yang aku akan belajar English jugak, suka tu boleh datang kemudian kan. Lagipun aku suka jugak belajar English. And aku memang nak jadi cikgu. By the way, lima kali je aku dapat A English sepanjang aku sekolah. Time trial upsr, upsr, pt3, trial spm (A-) dan spm. Waktu darjah 3 ke bawah aku tak ingat. Kalau ada pun time darjah 1. Hahaha.

Gce-o level aku dapat 3B. Aku agak smooth speaking walaupun vocabs aku ni takde hebat mana dan aku jenis suka belajar dan suka ajar. Walaupun kekadang tindakan aku nampak macam paloi. Doakan aku dapat graduate course TESL dengan jayanya okay.

Ke aku tak layak?

By the way aku bukan orang Kelantan tapi itulah, kecek klate ni best dooh.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *