Dilema Telemarketing Insurans Konvensional

Salam Ramadan ke-28 semua pembaca IIUMC.

Aku Z umur 23. Baru je start tukar kerja dan masuk ke bidang baru, iaitu sebagai telemarketer. Harini genap sebulan lah aku bekerja dekat situ. Kalau korang dapat call dari no bank-bank tu. Aku lah salah sorang dari mereka. Produk yang aku kena promote ialah insurans am. Basically insurans ada 3 jenis,

1. Insurans nyawa,

2. Insurans am (kemalangan diri),

3. Medical card.

Ok baik. So sebelum masuk ke dalam call floor ni, kitorang ada attend training selama lebih kurang seminggu untuk belajar pasal product knowledge dan sebagainya..

Lepastu bermula la episod aku kena call customer2 bank yang mana namanya ada dekat sistem komputer tu. Mula-mula tu agak tergagap jugak la, nervous, stres, nak nangis, kelakar pun ada jugak sebab jumpa dengan macam-macam orang..

Kadang-kadang tu seronok pulak bila customer yang kita approach tu layan baik-baik. Alangkah indahnya kerja ni kalau semua orang bercakap dengan penuh budi bahasa. Gituu!

So pada awalnya nak cerita sikit, aku agak susah nak buat sales apa semua. Bila ada leader yang bagi semangat apa semua, dia cakap cuba jangan ada mindset buat call bukan nak buat sales semata. Tapi niat nak bantu orang dapatkan perlindungan ni and so on..

Then, aku pun cuba dan doa banyak-banyak masa dialing tu. Alhamdulillah, makin hari makin meningkat sales aku buat. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doa aku. Niat aku nak bantu orang, sekurang-kurangnya tak nak beli pun takpa. Janji dengar apa yang aku nak terangkan ni. Supaya dapat tambah sikit ilmu. Betul?

Ok, tapi semalam bermula la episod aku tak tahu apa dia.. Ada customer ni tanya takaful ke konvensional. Then aku bagitahu la. Bila dia dengar je konvensional. Terus tak nak. Sejujurnya, aku tak tahu sangat hukum-hakam ni. Aku cuba clarify pasal takaful dan insurans ni. Sebab apa kan, masa awal training tu dah diajar yang insurans ni dah clear dari unsur Riba’, Maisir dan Gharar ni.. So aku rasa selamat la..

Tapi balik kerja tu aku tergerak hati untuk cuba google. Allahuu.. Betapa terkejutnya aku yang Insurans ni difatwakan HARAM. Aku baru je dapat gaji pertama harini. Aku baru je rasa seronok sebab dapat kerja yang fun, enjoy.

Sebab apa? Aku tanamkan dalam diri, sekurang-kurangnya setiap apa aku cakap, aku boleh dapat pahala sebab sampaikan ilmu pada customer.. Yelah, kemalangan tu tak dijangkan. Dari segi premium yang dikenakan pun rendah. Dengan orang kita kebanyakannya kurang cakna dengan pentingnya ada insurans ni.

Tapi bila aku baca banyak orang cakap HARAM. Aku jadi buntu. Macamana dengan gaji aku dapat ni, berkat ke tidak? Tapi aku selalu doa, urusan aku dipermudahkan untuk buat kerja ni. Aku anggap kerja ni satu ibadah. Tapi persoalannya.. apa hukumnya ni????

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *