Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku dapat disiarkan.. terima kasih admin jika disiarkan.
Aku terpanggil untuk menulis ketika lepas bersahur ni sebab igauan kakak kesayangan aku.. yang dah berbulan bulan tidak bertemu suami kesayangannya! Dari kandungan tak nampak hingga menanti hari… So, korang boleh bayangkan berapa lama kan?
Kalau family dia atau abang ipar aku yang membaca ni, baliklah.. kalau bukan demi isteri, demi anak2, darah daging sendiri.. amanah yang akan dipersoalkan diakhirat kelak… ibu bapa disini tak pernah menyalahkan abang ipar, setiap manusia melakukan kesilapan dan takkan ada yang sempurna.. kami bukan Tuhan untuk menghukum.. balik lah..
Kisahnya macam ni, kakak aku ditinggalkan suami kesayangan nya iaitu abang ipar yang sangat aku hormati selama ini ketika diawal mengandung kerana bergaduh. Yes, diorang selalu bergaduh. Kakak aku pon ada silapnya.. sejenis yang tak pandai menyimpan rasa.. sejenis luah je apa yang dia rasa..
Aku tak salahkan dia 100%, sebab dia jadi manusia yang memendam rasa dah lama.. macam2 tekanan dari sekolah.. dia mula bahagia bila dah kahwin dan dia takut untuk ditindas.. silap dia kerana agak berkasar… mungkin juga kerana dia terlalu risaukan masa depan anak2 nya dengan kewangan mereka yang tidak menentu..
Kakak aku seorang yang kuat bekerja. Sampai abg ipar naik rimas dan penat.. kerja sendiri, income tidak menentu.. abang ipar menurut je segalanya.. dulu rumahtangga mereka aman bahagia waktu tinggal dirumah keluarga kami.. lepas tu pindah rumah sendiri walaupun sewa.. tapi mereka sangat bahagia.
Makan pakai minum suami dia, dia jaga.. tak pernah terabai walaupun mulut kadang2 macam peluru berpandu.. takut sakit, takut bersalin tapi demi zuriat untuk suami, dia sanggup! Kalau korang tengok alahan yang dia alami setiap kali pregnant, confirm korang akan berfikir banyak kali! Aku yang mengadapnya! Pagi petang siang malam tak stop muntah.
Tapi tu lah, kakak aku jenis cakap tak bertapis.. tak pakai filter.. main keluar je.. tapi aku tahu dia sayang suami dia.. abang ipar aku pergi tanpa sebarang pesan.. lepas diorang gaduh, suami dia terus pergi.. macam aku kata, bukan salah abang ipar aku semata mata.. ada salah kakak aku.. tapi tak bermakna salah akak aku semata.. akak aku tengah mengandung, awal mengandung, emosi lagi lah bertambah ke laut…
Walaupun mulut macam peluru berpandu, tak pernah lagi mereka short keperluan.. semua akak aku akan pastikan terbayar tepat pada masanya.. tak pernah kedekut bab makanan untuk family.. adik ipar atau adk sendiri disayang sama rata! Mertua atau ibu bapa sendiri tak pernah ada perbandingan. Sayang sama rata.
Tapi mengandung kali ni, lagi teruk alahannya, dengan uruskan bisnes, call aku menangis sakit selalu. Hanya harap abang ipar aku yang uruskan hal kerja rumah… dia memang tak larat.. tapi bila dia larat, dia tetap buat…
Aku tak nak ceritakan keburukan abang ipar aku.. sebab kakak aku selalu pesan, jangan tengok pada keburukan dia tapi ingatlah pada kebaikan dia. Manusia tak sempurna.. cuma satu aku nak cakap, sebagai imam dalam keluarga, jadilah sebetul betul imam dan tunjukkan contoh yang baik. Suami cerminan seorang isteri. Buat keputusan sendiri, sebab baik buruk pon seorang suami, hanya isteri yang tahu lebih dari segalanya.. ingat setiap kebaikan bukan keburukan…
Bulan pertama abang ipar aku pergi, siang malam kakak aku menangis.. dengan anak sulung yang selalu demam mungkin sebab rindu bapanya.. anak yang sentiasa berkepit dengan bapanya tiba2 hilang.. hampir kehilangan bayi dalam kandungannya sebab terlalu stress.. dari banyak cakap berubah jadi pendiam.. sana sini kami cuba kembalikan semangat dia.. simpanan makin susut. Tapi tak pernah sesen pon, dia minta pertolongan dari keluarga.
Suatu hari dia bangkit dari tidur. Dia cuba kuat demi anak.. dia cuba bisnes dia di kampung tapi di kampung, jauh beza dengan bandar.. tapi dia cuba walaupun beberapa kali tersungkur.. dia jual ais krim tengah panas depan sekolah.. aku teman kakak aku.. aku selalu renungkan dan perhatikan dia.. kuatnya seorang ibu!
Ketika kandungan masih lemah, tetap gagah menjual ditengah panas. Kadang habis, kadang tak habis.. bantuan dari kawan2 dia hadiahkan itu ini buat aku kagum.. tak ada satu pon kawan2 yang tinggalkan dia ketika susah!
Walaupun semua jauh tapi mereka tetap menolong dan memberi semangat… tapi tak lama, alahan yang on off, kakak aku terpaksa berhenti jual ais krim atas desakan ibu bapa ku.. risau kandungannya.. tapi satu sahaja aku terkilan ketika menolong dia jual ais krim.. boleh orang merisik dia.. bukan seorang ya..
Aku yang single mingle ni tak ada pula tanya… tapi kakak aku tak segan, dia beritahu semua orang yang dia dah kahwin.. satu yang aku kagum, kakak aku sangat pandai bawa status sebagai isteri! Tak pernah curang walau sekali!
Kakak aku makin berubah.. tak se laser dulu.. tetap menanti suami balik.. walaupun dihina oleh ahli keluarga sana, dia tetap butakan mata, pekakkan telinga.. dia tetap tunggu dan tunggu… dari perut tak nampak hingga dah menanti hari.. Allah itu Maha Kaya.. bisnes kakak aku makin okay.. cukuplah untuk bayar kereta dan keperluan anak2.. beli baju baru? Tak ada.. beli keperluan sendiri? Tak ada.. cukuplah untuk anak2…
Betapa strunggle nya aku tengok dia kerja.. langsung tak ada rehat.. ada hari hampir pitam. Kami hanya bantu menjaga anaknya sebab dari segi duit, dia tak bagi.. selagi ada kudrat, dia akan jaga anak2nya.. nafkah? Tak pernah dapat satu sen pon dari pihak sana.. tapi kakak aku redha walaupun dia tahu je apa aktiviti suami, income semua..
Ada penyampai berita dari sana.. yang setia melaporkan segalanya.. tapi bila tanya, dia akan kata, biarlah suami dia merasa senang.. dia dan anak2 dah banyak susahkan… dan dia takkan menyusahkan lagi… biarlah dia tunggu dan terus tunggu.. sebab dia ada sebab kenapa untuk terus tunggu.. jangan tanya sebab aku pon tak tahu sebabnya…
Cuma kebelakangan ni, aku agak risau dengan keadaan dia.. dia kerja tanpa henti.. kaki mulai bengkak… jalan pon kadang terhuyung hayang… bila suruh stop dan rehat, dia tahu anak dalam perut dia kuat.. kalau dia tak kerja nanti, macammana dengan masa depan anak2 kalau dia tak ada.. dia buat surat wasiat… buat perjanjian penjagaan anak2 kalau dia tak ada…
Sampailah aku dengar beberapa kali dia berdoa, kadang2 cakap dengan anak sulung atau baby… kalau dia tak ada nanti, kena macam ni, macam tu.. macam2 dia pesan… dia peluk anak dia sambil menangis.. aku terbaca diari dia.. dia terlalu rindukan suami dia…
Dia sangat berharap agar suami dia balik sebelum dia bersalin… sebab dia kata, dia tahu Allah akan ambil dia.. hampir setiap malam mengigau panggil suami dia.. aku tahu sebab aku tidur teman dia dan anak2…
Allah itu Maha Mengasihani. Tak pernah walau satu malam pon dia tak mimpikan suami dia.. semua dalam keadaan gembira. Kepada abang ipar aku, baliklah.. lupakan segala keburukan, ingatlah hanya kebaikan.. manusia boleh berubah.. andai tak sayangkan kakak aku, baliklah demi anak2… siapa nak azankan anak kedua ni? Balik lah sebelum terlambat…
Aku harap korang dapat doakan kakak dan abang iparku kembali bersama sebelum baby kedua lahir. Mungkin berkat doa korang, mereka akan kembali bahagia.. kepada yang mereka yang tengah bergaduh, ingatlah setiap kenangan manis dan kebaikan pasangan..
Ingatlah pengorbanan seorang isteri yang melahirkan zuriat korang.. melahirkan bukan semudah 1, 2, 3.. antara hidup dan mati… Sebagai suami, jadilah imam sebaiknya.. jaga solat kerana itu bukan sahaja tiang agama tapi tiang rumahtangga…
Terima kasih.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit