Cikgu Aina Nak Betulkan Situasi

Assalamualaikum. Saya Cikgu Aina. Pernah post pasal, (https://iiumc.com/anak-cikgu-aina/). Saya dah baca komen-komen kat post tu. Btw, saya minta maaf sebab tak dapat kawal emosi sampai cubit anak murid. Saya dah bertaubat.

Dan kepada mak cik yang suruh saya letak jawatan sebagai guru, saya tak dapat tunaikan permintaan mak cik sebab saya masih dalam kontrak. Kalau letak jawatan, kena bayar pampasan hampir berpuluh puluh ribu. Maaf ye. Dan bekerja sebagai guru ni merupakan salah satu impian saya dan arwah ayah saya.

Bab cubit,tampar dan ramas tu, percayalah bahawa saya buat semua tu dalam skala yang ringan. Kalau cubit tu seakan cubit garam, kalau tampar tangan murid tu, setakat tampar dengan gaya mak cik bawang sedang membawang.

Boleh bayang tak kalau mak cik bawang sebut sambil tangan tampar/tepuk tangan mak cik halia? ‘alaaaaaa kau ni, macam tak tahu dengan perangai si santan tu’.

Yang saya ramas perut murid tu, sekadar ramas sambil urut. Cuba mak cik try sendiri. Tak sakit pun. Syok ada laaaaaa.

Macam mana saya tahu tak sakit? Saya tahu sebab saya akan tanya anak murid yang kena denda tu.

Di akhir pembelajaran sebelum saya keluar, saya akan panggil murid tu. Saya tengok kembali tempat kena tu sama ada tinggal kesan ke tak.

Then, saya akan tanya sakit ke tak. Memang tak sakit sebab saya buat slow je, sekadar melepaskan rasa kecewa sebab murid menunjukkan sikap yang negatif.

Saya tak mahu mereka ulang kesalahan yang sama. Nanti akan ada suara yang cakap, cikgu tahun 1 ni tak ajar ke murid-murid bab adab ni.

Langkah terakhir, saya rasionalkan murid tu kembali. Antara soalan yang saya tanya

1.awak tahu tak kenapa cikgu denda awak? Patut tak cikgu denda awak?

2.Siapa yang salah? Cikgu ke awak yang salah?

3. Nak jadi pandai ke tak?

4. Nak buat lagi ke tak? – yang ni diorang janji tak nak buat dah, tapi buat lagi. Pening saya tau nak membentuk anak murid supaya tak ulang benda yang sama. Marah tanda sayang tau mak cik.

Akhir sekali saya minta maaf kepada murid tu. Saya cakapkan cikgu marah denda sebab sayang. Nak awak jadi murid yang baik dan mendengar kata. Cikgu sayang awak semua.

Ini ayat yang selalu saya cakap lepas denda mereka.

Dan satu FAKTA yang mak cik kena tahu. Di saat seorang guru yang tidak menghiraukan seorang murid, percayalah di saat itu hati cikgu itu sudah mati, penat dan kecewa dengan sikap murid itu.

Tapi, tak ada cikgu yang nak tengok murid dia gagal. Apatah lagi murid tu tahun 1. Diaorang masih ada 11 tahun untuk belajar di sekolah. Kalau seusia ni pun tak boleh dibentuk, macam mana bila dah dewasa.

Mak cik, sikap saya yang mudah melenting bukan sikap saya yang sebenar. Tahun pertama saya mengajar , saya belum mengandung. Juga mengajar tahun satu. Saya langsung tak marah murid. Malah, saya jadi kesayangan murid. Murid yang saya tak ajar pun mesra dengan saya. Siap panggil suruh saya mengajar kelas diorang. Bukan nak angkat bakul, tapi itulah realitinya.

Tapi, disebabkan pembawa budak semasa hamil, memang saya tak dapat kawal emosi tu. Saya mengandung semasa tahun ke dua dipostingkan. Tahun ni tahun ketiga saya mengajar. Ada seorang murid ni cakap, ‘saya suka la dengan cikgu sekarang. Dah tak garang macam tahun lepas’. Ya. Tahun lepas memang saya seorang yang garang.

Mungkin mak cik tak pernah merasakan sakitnya alahan. Mungkin la kann…

Saya alami alahan dari usia kandungan 6 minggu sehinggalah sehari sebelum bersalin. Nak bersalin pun still lagi muntah. Tengok iklan KFC pun saya akan muntah walhal tiada makanan dalam perut. Saya akan muntah keluar lendir hijau bersama darah. Perit tekak tauuuu.. Akibat alahan jugalah, saya pernah admit sebanyak 5 kali. Kena masuk air pun berbotol-botol sampai berat turun hampir 10kg.

Mak cik cuba bayangkan saya hadap semua ni seorang diri tanpa suami yang jauh. Tidur tak lena dengan kaki bengkak.

Btw, luahan saya pertama tu menfokuskan kepada ibu hamil supaya jaga emosi dan tingkah laku semasa mengandung. Tapi, saya usulkan post ke dua ni supaya mak cik dapat penjelasan macam mana situasi saya apabila murid kena denda.

Saya juga nampak perbezaan ibu emosi dan tak emosi. Kakak ipar saya suri rumah. Mungkin tak ada tekanan sangat dan anak yang dilahirkan tu cukup senang dijaga. Usia anak dia sebaya anak saya.

Kalau menyusu senyap je. Kalau letak kat bawah, senyap je. Tak menangis pun dan boleh main sendiri.

Berbanding dengan anak saya. Langsung tak boleh letak bawah sebab dia akan menangis dan menjerit dengan bersungguh sungguh. Maka, saya terpaksa dukung dia sambil buat kerja. Bukan mengeluh, tapi saya rasakan emosi semasa mengandung memberikan kesan kepada anak. Setiap hari saya berdoa agar anak saya menjadi anak yang solehah dan tidak terikut-ikut dengan sikap semasa saya mengandung tu.

Btw, ada yang minta saya ceritakan kenapa PJJ best. Nak menulis kat sini dah panjang, nanti next post saya cerita ya. Saya bukan nak PJJ selama-lamanya. Tapi disebabkan belum rezeki dapat balik kampung, saya kena sentiasa positifkan diri dan menikmati hidup PJJ dengan suka dan gembiranya. Setakat ni boleh saya katakan bahawa saya suka PJJ.

Iyaaa, saya suka hidup PJJ. Majulah PJJ untuk EGtukar. Hehehehehe.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *