Kasih Si Isteri

Bukan ingin membalas aib sesiapa.. cuma jadikan lah pengajaran buat kita semua yang sudah bergelar suami isteri sekian lama…

Aku ingin bercerita tentang kehidupan kakak aku yang dirundung malang. Awal perkahwinan ku lihat kakak ku bahagia.. tetapi bertukar menjadi bermacam2 hal bila sudah ada anak seorang. Abang ipar ku mula buat hal. Mencari perempuan lain kerana konon2nya kakak ku tidak melayan dia dgn baik.

Tidak dinafikan abang iparku seorang yang berduit dan ada rupa. Kerjanya pun bagus lah. Boleh dapat duit dengan banyak. Kakak ku dan abang iparku ku dulu satu tempat kerja.

Tapi kakak ku berhenti kerja atas permintaan sang suami agar boleh menjaga anak sendiri dan dia mampu. Kakak ku diminta berhijab dan berubah ke arah yang lebih baik Demi keluarga. Kakak ku mengikut Demi keluarga dan kasih sayang.

Sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Abang ipar ku mula buat perangai buat kali pertama dengan perempuan lain. Sehingga kantoi dengan kakak ku dan suami perempuan jalang tersebut. Kecoh teruk.

Tapi kakak ku masih boleh menerima kembali suaminya walaupun abang ipar ku dah terlanjur bersama perempuan itu. Demi kasih sayang untuk anak2 dan ibu mentua kakak ku, dia meneruskan perhubungan mereka atas nasihat kami sekeluarga. Fikirkan anak.

Rupa2 abang ipar ku masih tidak serik. Masih dengan perangai lamanya. Kakak ku menghadapi masalah ketika melahirkan anak yang kelima. Kakakku koma selama seminggu dan hampir2 maut ketika melahirkan anak mereka.

Setelah kakak ku sedar dari koma dan selamat melahirkan anak nya, kakakku jadi seorang yang lupa ingatan dan seolah olah orang yang baru. Semua nya dia tak ingat kesan dari proses ketika kelahiran anaknya. Memerlukan bantuan semua orang. Sian sungguh dia.

Di sini abang iparku mengambil peluang mengenali perempuan lain. Kononnya tak dapat perhatian dari si isteri.. Allah.. proses pemulihannya memang mengambil masa. Cuma perlulan kesabaran.

Setelah beberapa lama bermain cinta ngan janda (babi sondol) dengan kuasa Allah abang iparku kantoi. Dia ingin berkahwin dengan janda anak 4. Konon2nya janda tu baik dan tidak ingin duit dia. Hanya ingin membantu. Kakak ku dibiarkan terkapai2 tanpa bimbingan.

Setiap hari kakakku akan menelefon aku dan menggadu tentang sikap dan perangai suaminya kepadaku. Aku menjadi sedih dan sebak. Mengadu kepadaku mengatakan suami jijik dan tidak mahu menyentuhnya. Telefon sentiasa ditangan 24 jam dan nak ke toilet pun dibawa.

Betapa hina nya kakak ku dibuat kakak ku. Keluarga ku dihina dengan kata2 yang tidak sedap didengar. Keluarga kami orang kampung, miskin dan busuk. Allah.. tinggi sungguh darjatnya.

Sehingga lah bulan puasa ni mereka masih lagi bergaduh. Sehingga membabitkan ibu bapa ku. Abang ipar ku menghina ibu bapa ku. Aku menjadi marah dan menegur abang iparku supaya jangan melibatkan ibu bapaku.

Abang ipar jadi marah dan memaki ku dengan mengatakan aku bodoh, sial dan babi. Kalau ikutkan level education aku lagi tinggi dari dia. Cuma nasib menyebelahi dia dapat kerja yang gaji banyak dengan level education diploma dia.

Mak dan ayah ku sendiri mendengar cacian yang abang ipar aku ckp. Tapi dia tak malu. Boleh datang ke rumah orang tua ku pada hari raya pertama tanpa rasa bersalah. Mana agaknya dia letak muka bila datang kerumah orang tua ku. Abang, kakak dan semua ahli keluarga ada.

Tak tahulah macam mana nasib kakak ku sekarang. Samada ada dicerai atau digunakan umpama “patung”. Sungguh bongkak si suami kerana berkemampuan dari segi nafsu dan harta. Bini dan anak2 sekadar syarat jer utknya. Tergila2 kan janda sampai tahap “gila babi”.

Sian anak2 buahku.. Sian kakakku.. sepatutnya Hari raya hari yang bahagia bersama keluarga.. tapi mereka menyambut dalam keadaan dan perasaan yang menggembirakan.

Apalah yang boleh aku bantu selain nasihat dan doa untuk kakak ku semoga Keluarga nya bersatu semula… Untuk janda (babi sondol) jagalah anak2 yang ada.. carilah calon yang betul2 sesuai utk diri kau.. jangan kau cuti ayah kepada anak2 buahku. .

Lihatlah kehidupan anak2 kau tanpa seorang ayah… buka lah mata buka lah minda.. dekat kan diri kepada Allah.. hari ni kau runtuhkan rumah tangga orang lain belum tentu kau bahagia.

– Ima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *