Onani: Kisah Silam Hidupku

Assalamualaikum. Aku seorang gadis usia dalam AWAL 20-an. Disini aku nak berkongsi kisah aku. AIB aku. Bukan untuk diejek. Tetapi ingin meminta nasihat dan doa moga2 aku berjaya keluar dari “dark side” ini .

Masa aku kecil. Masa sekolah rendah. Arwah tok ayah (bapa ibuku) tinggal dengan kami. Detik hitam yang tak akan aku lupakan. Arwah tok ayah pegang erti kata lain mengusap dan membelai alat sulit aku dan adik adik perempuan yang lain. Perkara ini berlaku setiap kali mama dan abah pergi kerja.

Mula2 kami biar je sebab tak tau apa2 . Lama2 jadi suka. Kalau parents tak ada dirumah dan cuma ada arwah tok ayah mesti berlaku hal ini. Ya.. Kami Masih sekolah rendah dan kami rela diperlakukan seperti itu. Naif kan aku dan adik adik?

Entah berapa kali berlaku aku tak ingat. Tapi sejak perkara itu berlaku. Aku mulai nak kan belaian. Aku dan adik adik mula nak kan sesuatu seperti itu. Sikap ingin tahu, ingin mencuba telah mengheret aku ke lembah onani.

Suatu hari masa sekolah rendah kami terjumpa video lucah ibu ayah dalam rumah masa tengah bermain sorok sorok. Video tu kami tonton. Masa tu nak sangat tahu itu ini. Tapi sebab ibu garang. Jadi kami diamkan. Both my parents don’t know about this thing.

Long short about my family. Beberapa tahun kemudian parents aku divorce, tok ayah meninggal. Ibu kena depression dan menjadi seorang paranoid + gastlighting. Kehidupan kami dihimpit dengan pandangan serong orang sekeliling dan kesusahan. Sebab ibu jadi janda dan sebab ayah kahwin lain jadi duit selalu tak cukup.

Ayah jarang datang jumpa anak anak. Ibu dengan hal emosi yang tak stabil. Aku dan adik adik menjadi seperti manusia yang dahagakan kasih sayang dan belaian. Aku mula belajar onani seawal darjah 4. Masa tu buat onani sebab nak rasa happy. Seronok rasa macam disayangi. Setiap kali ibu @ ayah marah mesti aku buat onani. Sebab seolah2 nak pujuk diri sendiri.

Meningkat sekolah rendah, aku kena ganggual seksual. Bermula ketika aku tingkatan 1, apabila aku ke pasar dengan ibu. Masa ibu tengah ambil ikan. Tiba2 datang seorang lelaki dewasa berdiri dibelakang aku. Seolah2 mengeselkan alat sulitnya pada punggung aku. Masa tu ramai orang, bersesak2. Ibu jauh di depan. Aku cuba lepaskan diri namun tak berjaya.

Lelaki itu seolah2 sedang ambil ikan lah. Tapi sangat rapat dengan aku. Usaha aku sia2. Perkara terkutuk ini terjadi dqlqm 2-3 minit . Dan aku sangat terkesan dengan perbuatan lelaki itu. Masa tu ibu dah nampak aku lalu ibu tarik aku dari celahan ramai orang.

Ibu periksa aku takut2 aku lemas bersesak dengqn ramai orang. Aku sangka ibu nampak perbuatan lelaki itu. Tapi tak. Aku nampak lelaki itu. Dia pakai baju hujan tapi ketika itu mana hujan, hari cerah .

Kemudian aku dihantar ke asrama yang ada perempuan saje. Kawan kawan baik tapi diorang suka bergurau pelik. Contohnya sentuh bahagian itu lah ini lah. Yang bagi aku tak kelakar. Setiap sentuhan diorang buatkan aku nak lagi disentuh. Tapi aku selalu elakkan diri dari bergurau seperti itu .

Maka semenjak itu aku ketagih perkara2 seperti itu . Aku nak kan dibelai dan disayangi. Tapi Allah masih sayangkan aku. Aku belum pernah berzina. Cuma aku takut dengan diri aku sendiri. Aku takut terlakukan perkara2 diluar batasan.

Apabila lihat lelaki tak berpakaian (pakai short pants) aku mula berimaginasi hal diluar batasan. Aku takut nak cerita hal ini kepada sesiapa. Aku malu. Diluar aku seorang perempuan sopan dan bertutup. Tapi hakikatnya tak. Diri aku kotor. Jijik sangat rasa. Aku seolah setaraf dengan haiwan sebab haiwan ada otak tak ada akal. Batin aku kotor. Hati aku kotor dengan perkara ini (onani).

Aku takut untuk berterus terang hal ini pada bakal suami aku. Dia mesti jijik dengan aku. Keluarga diorang baik baik. Aku ? Zahir saja. Jadi setiap pinangan aku tolak. Aku tolak sebab aku rasa aku jijik dan hina.

Aku masih ketagih onani jadi aku takut jika selepas kahwin perangai aku tak berubah. Aku sedar bakal suami aku akan malu dan sedih jika tahu hal ini. Aku malu dan takut jika akhirnya dia tahu perangai aku.

Setiap kali solat aku rasa berdosa. Setiap kali lepas buat onani aku rasa berdosa. Aku jijik dengan diri aku. Aku berus badan aku. Jijik sangat rasa. Aku rasa macam tak berguna. Aku ada terdengar kawan aku cerita masa sekolah “manusia yang selalu buat onani akan mandul, jauh dari syurga, tak boleh mengandung. Jadi aku takut nak berkahwin.

Apa yang harus aku lakukan? Aku penat dengan nafsu aku. Ada masa aku rasa tak nak solat. Sebab walaupun aku solat, baca Qur’an. Tapi onani tetap berlaku..

Apa yang perlu aku lakukan? Bantu aku…

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. cerita kita hampir sama awak , sakit sangat :) nak cerita dkt org takut, usaha berhenti pun tak jalan.. makin terseksa 🥲🥲

  2. Cmna kalo jumpa dgn psikiatris, mgkn dorg blh bg solusi.. kalo kahwin sja n x pyh crita psl onani tu cmna? Mna tau lps kawin, awk blh lepaskn nafsu pd suami awk kn.. hal aib tu x pyh la crita.. lps kawin, brtaubat n berazam tinggalkn bnda tu..

  3. Assalamualaikum..sy rasa penyelesaianny akk kene kawin..dgn kawin mgkin akk akn tinggalkn perkara camtu sbb ad si suami…akk jgn downkn diri akk tu ye🙂kn pp kan mulia❤️✨jgn hina,jijikan dirinsngt…PERCAYA DIRI.ALLAH KN ADA ❤️sya fhm situasi akk tpi bknkah klu kita ad rasa nk berubah,bersalah,berdosa dah lebih baik dri org yg lngsung tk rasa bersalah…tkpun akk solat istikhoroh minta petunjuk..❤️❤️stu lgi klu akk dah kawin nnti jgn takutt nk cita dkt suamii tauu❤️sbb biasany org laki yg ad otak akn fhm dgn situasi akk dri kecik, district parents…lgi stu akak jgn tinggal solat tau❤️❤️syg akak muahhh..

  4. Aq tak tau nak cakap panjang je tak tapi,cuba akak banyak solat sunat,baca Al-Quran dan fahamkan ayat Al-Quran tu je mampu saya cakap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *