Waktu kami masih kanak-kanak, dibalik sliding door tinted, duduk atas sofa empat anak beranak. Ibu, Angah, Alang. Renung ja pakcik jiran depan rumah sidai baju raya esok di ampaian. Cantik cantik bajunya, sedondon. Esoknya raya, kami tetap duduk di sofa yang sama, tengok ramai orang lalu lalang jalan depan rumah beraya.
Bila ada budak budak ramai menuju kearah rumah, kami semua bersembunyi di sebalik tirai sliding door, diam semuanya, sebab tiada duit raya atau kuih raya. Makanan harian pun berapa kali lauk ayam seekor, basi, ibu basuh sambil mengalir air mata kemudian masak balik sedap sedap, kongsi empat orang makan.
Abah mana? Tak tahulah. Ibu ayah kedua dua kerja government tapi ibu yang tanggung semua aku dan adik adik, memang tak cukup sangat, dari makan minum makan pakai sampailah yuran sekolah dan buku-buku, semuanyalah. Kiranya darah daging aku dan adik adik semua duit ibu.
Aku paling rapat dengan abah. Kami selalu ada macam deep conversation. Tapi makin aku besar, aku mula sedar yang hulur gula gula kat aku tu bukan duit abah sebenarnya tapi ibu. Abah cakap macam macam pasal ibu. Isteri nusyuz, sepatutnya begini, begitu. Aku pun pulangkan paku buah keras, abah cakap pasal hukum tapi solat? Abah ketawa saja.
Makin lama abah masih pukul ibu. Masih bersikap bujang. Masih baran. Ubat tak nak makan. Ibu ambil hati pun dia caci maki ibu. Aku sebagai Along aku rasa cukuplah ibu, ibu nak tunggu kita semua mati sampai busuk bangkai tak siapa tahu atau nekad keluar rumah tuntut cerai? Kami pun keluar rumah. Lari tinggalkan abah dengan kejamnya orang cakap.
Orang keji kami tinggalkan abah bagai layang-layang terputus tali yang sentiasa rindu anak-anak. Tapi tak siapa pernah ambil tahu hari hari kami hidup dalam ketakutan. Ada saja yang buat abah mengamuk hari hari, pukul ibu. Kami semua berpeluk ja dengan ibu.
Pernah aku lari dengan ibu tidur banglo tak siap sembunyi dari amarah abah. Atas lantai berlapikkan surat khabar, ditutup kotak sekeliling tu. Nyamuk banyak tapi kami tidur dengan tenang malam tu. Banyak lagi lah kejadian. Perempuan bersilih ganti.
Pernah sekali abah bengang baling mangkuk kaca penuh salad untuk kami berbuka sebab Alang terbunyi ‘ah’ waktu abah nak habiskan salad satu satunya lauk berbuka kami sebelum waktu berbuka. Dia mengamuk tak mengaku anak. Ibu bawa Alang lari keluar.
Alang waktu tu budak lagi, tadika atau darjah satu. Kami ni dari kecil sampai kebesar tak pernah hidup tenteram dengan abah. Pernah sekali saja wakti bahagia, waktu abah jadi imam, aku masih tadika tau, di rumah sewa, bahagianya rasa, aku masih ingat saat tu. Tapi sekali saja lah aku pernah nampak abah solat dan baik.
Ada sekali abah kejar ibu dengan parang keliling taman, jiran semuanya termasuk lelaki tutup pintu rumah. Tiada siapa bantu. Semua pekakkan telinga, butakan mata termasuklah adik abah yang ada sesetengahnya pernah nampak abah mengamuk.
Kami keluar tinggalkan rumah yang kami ingat akan membahagiakan kami. Ibu tinggalkan tempat kerja dan kawan kawan baik. Aku dan adik adik tinggalkan negeri kelahiran, kawan kawan dan masa depan cerah kami. Kami apprentice sukan sukan dan juga akademik. Bukan mudah. Hidup dalam pelarian trauma dengan abah.
Satu hari kami beranikan diri. Bermula dari tu, tiap kali cuti ibu akan drive jauh bagi peluang kami jumpa abah. Kami memang susah abah lepaskan untuk balik, faham sebab rindu. Tapi nafkah tetap sama. Abah cakap nak kahwin semula dengan ibu, saya cakap biarlah masing masing macam ni, lagi bahagia. Sebenarnya kami dapat tahu dari orang lain. Abah masih lagi ada perempuan lain. Kami doa kebahagiaan abah dan tak kisah dia nak kahwin lain.
Abah nazak. Salah seorang adik abah ambil dan jaga. Awalnya abah sakit dimasukkan wad kami yang usahakan sebab tiap kali cuti ibu akan bawa jumpa abah. Lastly, kami ditelefon, diperli, sebab tak nak jaga ‘suami’ dan ayah sendiri. Adik adik abah tak percaya ibu dah bercerai, mana surat cerai, katanya. Kami susah hati. Ibu lagi susah hati. Nak jaga abah di rumah kami, ibu abah dah tiada talian, haram.
Kami survey rumah jagaan yang dekat dengan tempat tinggal supaya kami boleh berulang alik jaga abah. Waktu abah sakit kami cari masa melawat abah, selalunya tanpa pengetahuan adik adik abah. Ada masa abah di rumah adik. Lamanya abah di hospital swasta berdekatan rumah adiknya.
Akhirnya ibu jumpa pusat penjagaan yang berpatutan, dekat dengan rumah kami, 2k sebulan. Aku waktu tu tahun akhir di universiti. Adik adik masih bersekolah. Aku doa sempatlah abah jadi wali, biar dia happy dan merasa bahagia. Tapi Allah jemput abah awal. Alhamdulillah kami maafkan abah walau susah sangat untuk maafkan. Susah untuk lupakan segala perbuatan abah.
Adik abah yang masukkan dalam hospital swasta tu ada jumpa kami sehari sebelum abah meninggal, dia cakap abah ada tanah pusaka, dia nak beli kalau boleh harga murah sebab dia dah buat pinjaman dari syarikat dia untuk bayar bil hospital abah. Saya dan ibu cakap nanti kami bagi ja lah, bukan hak kami, itu hak abah dan keluarga abah.
Hari ke pengebumian abah, kereta rosak di hentian rnr. Ibu telefon sepupu sulung, kami ke kubur. Sampai di kubur, masamnya muka adik adik abah kecuali seorang. Sepupu ada pesan, sebagai anak sulung, perkara akhir yang boleh aku tunaikan, uruskan sijil mati abah. Aku minta ic dan kad pesara abah, tapi adik abah tu cakap “along nak apa sebenarnya ni?”. Aku tersentak.
Dengan adik adik abah yang lain berdiri di belakang adik abah (pak An) aku. Aku singgah di masjid. Aku sebagai anak sulung tak pernah sekali lemah terutama dengan ibu, angah dan alang. Tapi hari tu di masjid, aku nangis semahunya, dalam masjid kampung abah. Aku janji pada diri sendiri lepas ni tiada lagi tangisan disebabkan drama bengong ni.
Pak An aku macam macam cara mencari aku, ibu, angah dan alang untuk tuntut hutang dia buat pinjaman bil hospital swasta abah. Bila aku dah mula sedar, aku masih jawab telefon dan cakap direct tp the point akan bayar tapi tunggu bekerja dan mampu ansuran sahaja kalau nak. Dia burukkan aku pulak bila bercakap dengan ibu, katanya aku kurang ajar. Sabor je lah labu. Dia yang maki maki aku, aku pulak kurang ajornya.
Tuan tuan dan puan puan, arwah abah dimasukkan hospital swasta tanpa izin kami. Aku dan ibu tak mampu, makan pun tak cukup. Bukan tak mahu jaga abah. Memang tak mampu. Dengan aku tahun akhir. Ibu cakap kalau aku stop pengajian, aku tak akan ada peluang sambung kemudian, habiskan, kejar cita cita aku. Niat aku untuk bantu keluarga juga termasuk abah.
Aku dapat biasiswa pelajar cemerlang waktu tu. Susah payah sambung belajar mengisi duit zakat, mengangkat sumpah ayah hilang dengan bantuan seorang pesuruhjaya yang juga dibesarkan ibu tunggal. Tanpa bantuan keluarga kecuali ibu. Susah kami, hanya kami berempat.
Waktu tiap kali raya, dengan duit biasiswa tu aku beli baju melayu abah. Tak apalah walau abah tak pernah seumur hidup belikan baju raya kami, aku belikan baju melayu raya abah, saiz L. Tiap kali cuti kan jumpa abah.
So, tiap kali musim jual baju raya, aku teringat baju melayu abah. Dah tak da peluang untuk belikan abah baju melayu raya. Aku rasa aku berdosa. Anak derhaka macam yang orang cakap sebab tak mampu dan tak sempat jaga abah waktu abah sakit. Moga abah ampunkan dosa Along. Hari hari along doakan Allah lapangkan kubur abah. Nanti ada duit insyaaAllah Along upah haji abah.
Rumah abah sekarang terbiar. Pak An waktu abah sakit teruk cakap boleh la ibu keluarkan barang ibu, dia nak renovate jadikan rumah sewa. Tanpa ibu sedar, waktu abah meninggal rupanya rumah tu separuh nama ibu. Separuh lagi perlu difaraidkan. Aku, angah & alang perempuan.
Sampai hari ni rumah tu tak selesai. Pak Noah, Pak Di dan Pak An marah sangat kat kami. Diorang tak beri kerjasama, tak mahu turunkan tanda tangan walau kami just nak selesaikan cepat ikut faraid, nak serahkan hak diorang jugak. Duit saguhati abah pun adik adik abah ingat kami yang ambil. Walhal kami hidup susah sesen pun takda duit abah atau orang lain.
Waktu sekolah tahun 5 aku jual kacang kuda ibu rebus tiap pagi kat kawan kawan. Gula gula kami peketkan jual. Sekolah menengah jual coklat dan dedikasi. Satu hari PK HEM cari aku adik beradik, nasb baik rupanya nak beli untuk anak dia.
Di universiti di luar negara, aku ada peluang buat part time, aku mula mula kerja sebagai cleaner walau alah habuk yang sangat, mata merah bengkak setiap kali dan waktu jadi cashier, pernah berdiri senyum layan customer tapi waktu sunyi, mengalir air mata, sakit belakang, mild scoliosis waktu tu, tapi sebab tringat ibu, angah dan alang yang akan happy tiap kali hantar duit balik Malaysia, aku happy.
Waktu ni lah dah mampu belikan baju raya ma, angah dan alang. Sampai hari ni dah kahwin pun paling tak cukup duit pun support sebahagian besar duit baju raya diorang. Baru ni dapat ja duit raya, alang keluarkan dari sampul beli baju bawah RM100. Sedih pulak dalam hati. Tu ja lah mampu alang.
Sekarang ni Along kena jaga suami along pulak sakit kronik. Dapat merasa menjaga suami, tak sempat menjaga abah. Tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat sangat. Memang walau susah tak pernah terlintas kami nak harta yang bukan hak kami, milik orang lain.
Sekarang ni rumah abah terbiar. Aku tak mampu nak upah lawyer walau jiran jiran bising rumah terbiar semak. Tak mampu dah kami nak maintain rumah. Niat nak wakafkan ja untuk jadi pusat mengaji supaya abah dapat pahala berterusan tapi tak tau prosedur. Boleh ke? Rumah yang masih tak selesai diwakafkan. Sebelum ni lantik wakil, rasa tertipu, isu tak selesai, upah kena bayar walau dah janji selesai baru bayar. Mohon jasa baik sapa yang arif. Supaya saya dapat selesaikan rumah abah.
Walau penuh duka, tetap rumah kami tapi biarlah dilepaskan, sebab tu titik peluh arwah abah, bukan aku adik beradik. Ibu susah hati sampai berusaha jual tanah pusaka milik mak ayahnya, semata mata nak selesaikan isu rumah abah kami. Sebab dia rasa kesian, anak anak dia ni susah sampai ke sudah, dia cakap sementara dia ada di dunia, dia nak usahakan supaya selesai.
Matlamat kami bukan duit rumah. Matlamat kami nak selesaikan. Duit semua dapat kepada adik beradik arwah pun kami tak kisahlah tapi kalau boleh aku nak buat benda yang bermanfaat untuk arwah kalau mampu. Ikut hati aku nak biarkan saja tapi ibu pulak susah hati.
Selamat hari raya semua. Doakan pembedahan suami aku berjalan lancar. Moga semua Allah sayang.
P/s : aku malas cerita drama wali aku nak kahwin. Nanti korang semua tak percaya pulak. Ni bukan novel. Aku nak pendapat dari yang pakar. Terima kasih tau.
– Along brutal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit